Pengumuman Penting!
Untuk Maklumat dan pengetahuan anda semua, laman blog
akubencipaklah.blogspot.com sedang dalam perhatian pihak blogger.com dan telah disekat dari menambah dan juga menghantar segala bentuk posting di dalamnya.


Di sini juga saya telah menyediakan satu laman blog sementara yang boleh diakses melalui :

ihatepaklah.blogspot.com (mirror).

Harap Maaf...


LATEST POSTING

AHLI PAK LAH DISERANG VIRUS BRONTOK

AHLI UMNO PERLU BERANI....TAK RUGI APA-APA....

DOWNLOAD DAN SEBARKAN (UNTUK AHLI UMNO SAHAJA)

SURAT KAPTEN ZAHAR KEPADA PUCUK PIMPINAN UMNO - PAK LAH & NAJIB HARUS DIHUKUM MANDATORI

Thursday, July 31, 2008

AHLI UMNO PERLU BERANI....TAK RUGI APA-APA...



 

Thursday, July 31, 2008

Pak Lah Diserang Virus Brontok



Selama lima tahun pemerintahan Perdana Menteri yang saya benci ini, kita telah dipertontonkan dan dipersembahkan dengan cerita-cerita yang menarik dan juga yang paling banyaknya adalah yang tidak baik dan tidak menarik langsung. Kita rakyat hanya mampu melihat saja depan mata mereka akan “kebobrokan” pemimpin kita ini. Kebobrokan bermaksud kelemahan ataupun sikap tidak bertanggungjawab dalam bahasa Malaysianya.

Bila saya sebut perkataan “kebobrokan” itu tadi mengingat saya mengenai sejenis virus komputer yang agak terkenal juga pada masa lalu, tak silap saya tahun 2004/05. Virus ini dinamakan “Brontok” atau nama lain “RontokBro”, bro jugak!. (
sila klik sini! Untuk maklumat lanjut) . Kepada yang belum pernah dengar nama ini, saya akan cuba terang serba ringkas. Virus ini berasal dari Indonesia dan dibuat oleh orang Indonesia sendiri. Dia merebak terlalu cepat melalui email-email yang mengandungi ‘attachment file’ yang bernama keygen.exe. Kepada mereka yang menekan ataupun meng”klik” file itu, dengan rasminya anda akan terkena jangkitan virus ini.

Virus “Brontok ini” menyerang dan dapat melumpuhkan sistem operasi Windows anda terutamanya pengguna Windows XP. Virus ini telah meng’take over’ komputer anda tanpa anda sedari. Virus ini juga merebak dengan cepat melalui Pen Drive yang dicucuk di USB port komputer anda. Virus tersebut akan ‘bersembunyi’ di dalam pen drive tersebut dan kemudiannya kan merebak dan terus menyebarkan virus tersebut jika di cucuk ke komputer lain.

Antara simtom-simtonnya yang paling “hebat” ia akan memberi “mesej” jelas kepada anda melalui ‘Web Browser’ anda seperti Internet Explorer secara automatik akan keluar sedang asyik anda melayari internet. Jika anda tutup mesej tersebut. Dia akan keluar kembali. Memang degil dan tidak boleh berbuat apa-apa mengenainya.

Mesejnya adalah seperti berikut :

-- Hentikan kebobrokan di negeri ini –-

1. Adili Koruptor, Penyeludup, Tukang Suap, Penjudi, & Bandar NARKOBA( Send to "
NUSAKAMBANGAN")
2. Stop Free Sex, Absorsi, & Prostitusi
3. Stop (pencemaran laut & sungai), pembakaran hutan & perburuan liar.
4. SAY NO TO DRUGS !!!

-- KIAMAT SUDAH DEKAT –-
Terinspirasi oleh: Elang Brontok (Spizaetus Cirrhatus) yang hampir punah

Dan jika seseorang yang mahir untuk membaiki dan meyelesaikan virus tersebut ataupun kita panggil juruteknik/jurutera computer juga akan memeningkan kepalanya dan mengambil masa yang agak lama untuk menyahkan virus tersebut dari dalam komputer yang dijangkiti itu melainkan ‘terpaksa’ memformat terus hard disk tersebut. Ini merupakan ‘jalan terakhir’ untuk memecahkan kebuntuan tersebut. Berikut merupakan serangan awal virus tersebut. Sekarang ini kebanyakkan anti-virus sudah boleh menghindarkan dan menghapuskan terus virus tersebut.

Virus tersebut akan cuba menghalang dirinya daripada di usir keluar oleh juruteknik komputer dengan pelbagai cara dan helah bagi menyusahkan mereka menyahkan Virus tersebut. Segala bentuk Anti-Virus yang digunakan juga disekat sementara dari berfungsi. Windows Registry juga terus di halang untuk membuat repair dan akan terus men’restart’ kembali komputer anda.

Sungguh ‘dasyat’ mesej ini ditujukan. Tapi ini adalagi yang “dasyat” nak cerita dan aku memang betul respek giler dengan pencipta virus ini. Walaupun dia dianggap sebagai “salah” di dalam “undang-undang” siber ini. Aku respek tang ‘niat’ ataupun ‘nawaitu’ dia tu dan kepandaian dia mencipta virus tu. Sehinggakan komputer yang diserang virus ini akan secara automatiknya akan membanjiri (flood) data-data ke server-server kerajaan Israel bagi melumpuhkan dan menjadikan server-server berkenaan ‘sesak nafas’.

Terdapat 2 cara sahaja untuk menyelesaikan ataupun menyahkan virus tersebut dari terus ‘berkampung’ dan terus merebak ke komputer-komputer lain. Iaitu cara yang pertama, dengan memanggil jurutera yang betul-betul berkelayakkan dan berpengalaman luas tentang keselamatan komputer. Jika tiada masalah virus tersebut akan hilang dalam jangkamasa singkat sahaja.

Dan cara yang kedua, ialah dengan memformat hard disk tersebut. Masalahnya apabila kita memformat sesebuah hard Disk, banyak kerja yang perlu kita lakukan da mengambil masa yang agak panjang untuk menyiapkan keseluruhan dan menginstallasi semua aplikasi yang ada sebelum ini. Tetapi kebaikannya banyak dan sistem pengoperasian komputer akan menjadi segar dan ianya nampak seperti komputer baru .

Apa yang ingin saya perjelaskan di sini berkenaan keadaan Pak Lah dan Virus Brontok ini hampir sama simtom-simtomnya, kesannya dan juga jalan penyelesaiannya. Jika beliau sedar dan bertanggungjawab, beliau perlu akur dan menerima nasihat daripada mereka yang berpengalaman luas dan sedia untuk mengundurkan diri ataupun bersedia memperbaiki keadaan dengan rasa tanggungjawab tanpa ‘membuang’ mereka-mereka ini.

 
 
 

Friday, July 4, 2008

Nasihat Brader Bro Kepada Semua Orang Melayu - Bahagian Kedua

EPISOD 2 : KISAH SELEPAS MERDEKA, 13 MEI DAN DEB

Lepas merdeka jer semua orang kita sibuk bangunkan negara, bangsa asing pun turut serta sama-sama dengan kita. Mereka diiktiraf sebagai warganegara walaupun tak dapat taraf bumiputera. Masing bersemangat dan bersatu hati. Dapat pemimpinpun semuanya bagus-bagus, berwawasan, mesra rakyat, sampai lah kita pada tahap sekarang ni – dalam hati aku menyampuk, hanya Pak Lah jer yang hampeh dan masih “blur”.

Kamu tengoklah Malaysia hari ini, dengan kemajuannya, dengan rakyat berbilang bangsanya - bukan senang bro, pelbagai kaum boleh duduk dan hidup dalam negara ni sama-sama, kira tahap guiness book of record ni. Lagi, cuba kita tengok, bangunan-bangunan yang ada, tinggi-tinggi semuanya, orang pun banyak yang jadi kaya-kaya, jutawan-jutawan, hartawan-hartawan bro. Lepas tu pulak ada yang belajar pun tinggi-tinggi sampai keluar negara sebab dalam negeri semuanya dah penuh dan untuk mereka-mereka yang kurang cerdik sahaja, Lagi satu, nama negarapun sampai terkenal diseluruh pelusuk dunia. Bangga aku bro! Aku respek giler dengan Mahathir bro pasal ni.

Kita tak boleh nafikan kejayaan dan kemajuan kita hari ini bro!, Semuanyer punca kerja kuat dan pemikiran orang-orang lama ni bro!. Mereka ni semua nak tengok anak-cucu diorang ni hidup senang bro! supaya dapat keluar dari kelompok kemiskinan dan berjaya membina negara mereka sendiri. Dia orang rangka Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk kita semua bro!. Kamu semua tahu ker apsal diorang buat DEB tu? – kemudian aku menyampuk dan berkata tujuannya adalah untuk memastikan orang melayu berjaya mengusai bidang ekonomi seterusnya dapat menaiktarafkan kehidupan mereka setanding bangsa-bangsa lain di Malaysia ini.

Kemudian Brader bro ini menyambung lagi ceritanya. Memang betul tu bro, Tapi yang paling tepat aku nak bagi tahu kamu semua ni bro, terpulanglah kat korang sama ada nak mempercayainya atau tidak. Tujuan sebenarnya ialah untuk mengelakkan pergaduhan ataupun rasa tidak puas hati sesama kaum seperti yang terjadi dalam peristiwa 13 Mei 1969. Kamu mesti tahukan “Peristiwa 13 Mei ni kan? – Kami semua angguk-anguk kan kepala sahaja tanda tahu mengenai peristiwa tersebut. Kemudian dia menyambung lagi.

Pasal apa dia orang ni tidak puas hati dan bergaduh besar pada masa itu? Ini jawapan aku bro! Sebelum kejadian besar tu bro, ataupun selepas negara kita merdeka, orang-orang melayu kita ni bro! kebanyakkannya semua duduk di kampung-kampung dan di dalam-dalam hutan. Mereka ni bro! bekerja sebagai nelayan, petani, pengembala dan pendakwah. Apa yang mereka buat ini semua untuk sendiri pakai, sendiri makan dan sendiri simpan..Manakala orang cina pula duduk di Bandar-bandar dan kawasan-kawasan lombong bekerja sebagai peniaga ataupun masa tu kita panggil “tokey”, dan bekerja di lombong-lombong kepunyaan mereka. Lepas tu pulak, masyarakat India berkerja sebagai buruh di ladang-ladang ataupun estet.

Mereka di bawa masuk ke sini untuk dilibatkan dalam sektor perladangan. Macam sekarang nilah, kita bawa masuk orang Indon, orang Bangla, orang Myanmar dan macam-macam jenis orang lagi. Ini pun suatu hari nanti, “kaum” di negara kitapun akan bertambah lagi selain dari kaum cina dan India. Kamu rasa boleh jadi ker bro? – Dalam hati aku, benar juga apa yang brader ni cakap, pasal contohnya warga indon ni, sekarang kita tengok makin berleluasa empayarnya di negara kita. Tapi dalam hati aku berkata, biarkanlah asalkan dia orang ni Melayu Islam. Kemudian dia sambung lagi. Akibat dari ketidakseimbangan inilah orang-orang melayu dan India pada masa tu mundur dan miskin. Manakala orang cina jadi kaya raya hasil perniagaan dan kegiatan perlombongan mereka. Mereka mengusai bidang ekonomi dan perniagaan di negara ini. Mereka tamak bro, dan tak bagi peluang langsung kat orang kita bro. Dia orang risau juga bro, nanti kedudukan dia orang akan tergugat. Biasalah tu bro.

Kemudian kamu tahu apakah kesannya kepada orang Melayu masa tu? Mereka rasa iri hati dan rasa curiga dengan orang cina ini. Tapi itu semua bro! itu semua mereka simpan dalam hati dan juga mereka sedar dan bersikap sabar melihat apa yang berlaku di depan mata mereka. Tiada niat pun sampai nak bergaduh dengan kaum cina ini pada masa itu. Mereka mula sedar akan kelemahan diri sendiri dan cuba untuk memperbaiki keadaan. Sebab mereka tahu ini semua “orang putih” punya angkara memberi peluang kepada kaum cina untuk mengelakkan orang melayu menjadi “tuan” masa sebelum merdeka lagi.. Tidak dinafikan juga bro! masa tu banyak juga orang-orang melayu yang kaya-kaya, mereka ini bekerja dengan orang putih, tokey-tokey ladang, jadi mando, ahli-ahli politik dan pembesar-pembesar negeri.

Macammana boleh orang melayu dengan orang cina ni bergaduh bro? Inilah masalahnya dan bukan kehendak kita semua bender ni terjadi bro. Cuba kamu tengok anak isteri kamu, mak bapak kamu kat rumah tu. Kamu tak saying mereka ker, sampai nak gaduh-gaduh ni. Setakat gaduh bertumbuk tu biasalah bro. Ni kalau dah bunuh-bunuh ni yang bahaya. Apa nak buat ? dia orang yang cabar kita. Mulanya begini, kemudian dia sempat menghabiskan kopi panas yang dah sejukpun yang tinggal suku gelas di depan dia sebelum menyambung semula ceritanya. Kes ini berlaku masa kempen pilihanraya lagi. Biasalah berkempen bro, parti ni cakap macam ni, yang parti lain pun bercakap jugak itu, ini. Apa orang panggil tu ..??? Aku pun mencelah manifesto ker bro? ya..ya..manifesto. Baru aku teringat bro. Sorry lah dah tua, macamnilah. Sambil ketawa sinis.

Masa tu parti pembangkang ni, DAP lah aku cakap terus terang, masa dia orang ni berkempen, dia orang telah membangkitkan isu-su sensitif bro, sambil matanya memandang kiri dan kanan, ingin melihat jika ada orang yang pasang telinga. Isu apa kamu nak tau bro, pasal isu bahasa kebangsaan, pasal isu kedudukan orang melayu sebagai bumiputera dan hak kerakyatan bukan bumiputera. Inilah yang dikempenkan oleh mereka. Orang-orang melayu ni tahu, tapi masih bersabar lagi. Kalau “nigger” tadi aku ingat dia dah tembak kat situ jugak dah. Sempat jugak brader bro ni bergurau. Kami hanya ketawa kecil jer. Bukan apa ni dah cerita tembak-tembak dah macam cerita mafia kat tv jer. Risau jugak aku di buatnya. Dan kemudian dia bersambung lagi. Kali ini dia memperlahankan suaranya sedikit. Mungkin penat dia bercakap lama. So dia controlkan volume dia sikit.

Akhirnya dalam masa pilihanraya tahun 1969 ni selesai, Parti Perikatan (sebelum ditukar kepada Barisan Nasional) kalah teruk bro! Lebih kurang macam pilihanraya baru-baru inilah. Kerajaan yang dibentuk Parti Perikatan hilang majoriti dua-pertiga undi. Puak pembangkang ni menang pulak banyak kerusi. Dipendekkan cerita, kerana kegembiraan pihak pembangkang ini menang, akhirnya mereka lupa diri. Mereka berarak di jalan-jalan utama di KL sambil memaki hamun orang-orang melayu. Habis orang-orang melayu kat panggung Odeon tu dia orang serang. Tak sempat bro, orang melayu dalam panggung tu tengah syok-syok tengok wayang, tak tahulah dia orang tu tengok wayang ker buat wayang ker dalam tu, itu aku tak tahulah. Katanya sambil berlawak kepada kami.

Bila keluar jer dari panggung, habis riwayat dia orang ni bro. Cerita ini panjang tapi terpaksa dipendekkan dan diringkaskan ceritanya, kerana mengandungi unsur-unsur ganas dan brutal. Tidak sesuai di ceritakan disini…saya minta maaf.

Itu yang orang melayu “mengamuk” bro, mengamuk habis. Mengamuk bro….betul aku tak tipu ni bro. Kamu boleh tanya orang-orang tua yang masih muda zaman tu bro, tak pun lu cari buku lu baca, kalau kamu tak jumpa buku, kamu carik lah dalam internet. Mesti ada bro, kisah-kisah ni. Inilah sebenarnya sebab dan punca terjadinya peristiwa 13 Mei pada tahun 1969. Inilah puncanya kalau kaum lain berani usik “kesabaran” orang melayu bro. dan orang melayu itu sendiri “pantang di cabar” bro. Ini betul punya cerita bro, dalam sejarah cerita ni semua keluar bro. Tak tahu lah kalau kamu dah lupa akan peristiwa ini. Bagi aku bro, sampai matipun aku tak lupa peristiwa ini.

Inilah kesannya akibat dari ketidakseimbangan sosio ekonomi antara kaum yang menyebabkan Rancangan Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini perlu di tubuhkan bro dan diadakan demi untuk mengagih-agihkan peluang dan hasil ini kepada semua bangsa dan kaum terutamanya keutamaan akan diberi kepada Orang Melayu ataupun kaum bumiputra yang dianggap masih ketinggalan di belakang dari segi ekonominya berbanding kaum cina.

Akhirnya pada tahun 1970, Tun Abdul Razak – Perdana Menteri ke-2 Malaysia pada masa itu dengan secara rasminya melancarkan DEB ni bro.Beliaulah yang bertanggungjawab merangka dan memikirkan strategi terbaik ini demi masa depan orang melayu dan demi mengukuhkan perpaduan semua bangsa di negara ini di masa hadapan. Jika DEB ini tidak dilaksanakan segera pada masa itu, nescaya lagi porak perandalah negara kita dan masa depan orang melayu amnya akan hancur dan musnah bro. Seperti yang Raja Nazrin cakapkan hari tu “ Melayu akan menjadi musafir di negara sendiri”. Dasyat tu bro, kamu semua nak ker orang kita sudah tiada tempat bergantung di negara sendiri bro.

Terus terang bro, aku tak sanggup ini semua terjadi. Sebab itulah aku ni bro, carik makan berniaga jer bro, Dalam Quran pun ada cakap bro, 99% dari sumber rezeki dibumi Allah ini adalah melalui perniagaan bro. Kamu pikir lah bro 1% jer dari pekerjaan makan gaji ni bro. Nabi Muhammad pun berniaga bro. Kamu semua aku nasihatkan, kalau boleh berniaga lah bro. Tak tahu macammana nak berniaga ni bro, pergilah tanya orang ataupun pergi kursus ker, banyak peluang bro kerajaan bagi bro. Bank-bank pun berlambak bro. Tapi orang melayu jer bodoh sombong kebanyakkannya.

Tetapi kadang-kadang tu tak jugak bro, kalau orang kita ni baru jer nak mula berniaga, bro, macam-macam halangan dan rintangan yang jadik kat diorang. Dengki lah, semangat separuh jalan lah, modal tak adalah, kerenah birokrasilah bro, macam-macam lagilah bro. Korang belum berniaga , belum tahu lagi. Tapi bro, persetankan itu semua bro. Yang penting kita berusaha, mencuba dan sentiasa berdoa semoga Allah permudahkan jalan kita bro. Setiap kegagalan itu jadikan pengajaran dimasa depan bro. Ingat ni bro!. Kamu janagan kat sini jer angguk-angguk pastu besok bangun tidor kamu pegi beli toto pulak? – ketawa kami semuanya, ada member tu tersipu-sipu pulak pandang kat aku. Aku gelak dalam hati jer.

Tapi Alhamdulillah la ni kesan daripada DEB ni bro, banyak orang kita yang berjaya hari ni bro, ramai yang jadi cikgu, jadi polis, masuk tentera, kerja kerajaan, swasta, jadi hakim, jadi peguam (yang ini tak ramai lagi..teruskan usaha anda), jadi bos-bos di syarikat besar, jadi doktor, jadi ahli politik, jadi businessman, masuk MLM, kerja luar negara pun ada, yang duduk rumah besar-besar, pakai kereta pun dasyat-dasyat dan terkini. Dasyat orang kita ni bro...memang aku respek dan bangga giler. Sampai aku pun semangat tengok orang-orang kita punyer kejayaan. Nak jadi cam diorang gak berjaya.

Tapi kalau boleh aku nak nasihatkan di sini, bagi muka lah kat orang melayu ini, pimpinlah diorang, tunjukkanlah jalan kat diorang bukannya dengan hasad dengki, pilih bulu, dendam dan bomoh-membomoh ni. Hentikanlah bro, demi “memperhebat” dan “memperkasakan” melayu bro. InsyaAllah boleh berjaya bro. Aku yakin sangat.

Bukan kita jer berjaya bro! Bangsa asing pun berjaya gak, malah lebih berjaya dari kita bro, kita relakan mereka berkongsi hasil kekayaan di negara ini dengan kita, kita bagi peluang bangsa asing ni berniaga, macam-macam jugak kita dah bagi kira sama-sama tolonglah..itu macam.sampai rasa irihati gak lah tengok diorang ni. banyak gak kita blajor dari diorang ni. terutama dari segi ekonomi, kita bersaing. sampai aku rasa diorang pun risau gak tengok tahap orang melayu ni makin hari makin meningkat., esok dia risau kedudukan mereka tergugat, semua orang melayu pegang. Pegang ekonomi, pegang politik, pegang kuasa, katakan semua kita pegang lah.. senang criter. Nanti nasib mereka mcammane? Mereka pulak rasa iri-hati dan curiga dengan kita.Mungkin yang ni aku terlebih fantasi skit bro. Tapi katakanlah macam tu. Tak Mustahilkan? – Kami sekali lagi angguk-anggukkan kepala, sambil menguap-nguap. Dalam hati kami bilalah brader bro ni habiskan cerita. Jam dah hampir pukul 4 pagi dah ni. Kemudian dia menyuruh kami order lagi air. Sambil dia mengambil sebatang rokok di dalam poket bajunya dan terus membakarnya. Bukan main dia tarik lagi asap rokok tu. Brader ni biar betul, tak sayang jantung betul, aku berkata dalam hati.


(IKUTI SAMBUNGAN BAHAGIAN 3 - MINGGU HADAPAN)

4 comments:

alangtrio said...

Bro, ingat tak cerita cerita pasal silat Melayu? Bila Tok Guru ajar, dia tak ajar semua padan anak muroid. Takut anak murid lawan tok guru. Maknanya, kalau ilmu tu ada 10, 9 sahaja dia ajar. Anak murid yang dapat 9 ni pulak, tak ajar semua pada anak muridnya yang baru. Maknanya cuma lapan sahaja dia ajar. Jadi, bila benda ini berlaku diulang ulang, ilmu yang ada dah makin berkurangan.

Begitu jugak dengan cerita cerita yang berlaku. Jangan catatkan yang sudah di "watered down". Catatkan yang sebenar. jangan buat self censored. 10 tahun nanti, orang yang ingin mengkaji tak dapat fakta yang sebenar. Itu sebab nya orang orang cina mula keluarkan dia punya versi.

Kalau ada orang yang pernah mengalami cerita cerita ini, catatkan adverbatim. Baru anak anak muda kita tahu cerita sebenarnya. WaAllahualam

Akar Umbi said...

Dulu, bapak aku kalau nak bagi aku sedar tentang susah akan cerita pengalaman dia zaman jepun. Biasanya bila ada argument, dalam hati aku berkata "ni nak sebut zaman jepunlah tu...".

Bila dah sampai turn aku pulak, aku nasihatkan pula anak aku agar ambil iktibar peristiwa 13 Mei 1969. Reaksi diorang blur semacam aja. Agaknya dalam hati dia "ni nak sebut 13 meilah tu...".

Dah nasihat tak mahu dengar, malah ada yang kata itu berunsur ugutan, akhir kalam KALAU KAU ORANG NAK RASA, LANTAKLAH!

zack said...

Bro!!! itu cerita dulu2 dah jadi sejarah so anak2 generasi baru kena ingat dan ambil iktibar.Kita tak mahu kekayaan dimonopoli oleh satu kaum shj jadi ada DEB untuk menjaga hati dan kemarahan orang melayu.........tapi sekarang kalau kerajaan tak atasi dengan segera dgn mengagihkan kekayaan dan wang rakyat kpd kroni2 yg bertambah maka jangan terkejut beroook bro!!!
kalau peristiwa 13 MEI berulang bukan kerana perkauman tapi sesama melayu pula berantakan dimana orang yang rasa tiada peluang merebut kekayaan itu akan berlaku samun dan rompakan, pecah-rumah,pecah-gudang, pecah-syarikat macam2 pecahlah.......siapa akan halang kalau nampak didepan mata pun terutama kalau dah tahu yang dipecahkan tuu pun tuannya adalah kroni2 yang kaya makan duit rakyat.so ingatlah yang kaya-raya hasil wang haram jagn ingat ALLah tak boleh balas di dunia...Jadi lu fikiaklah sendiri.

zack said...

Bro!!! itu cerita dulu2 dah jadi sejarah so anak2 generasi baru kena ingat dan ambil iktibar.Kita tak mahu kekayaan dimonopoli oleh satu kaum shj jadi ada DEB untuk menjaga hati dan kemarahan orang melayu.........tapi sekarang kalau kerajaan tak atasi dengan segera dgn mengagihkan kekayaan dan wang rakyat kpd kroni2 yg bertambah maka jangan terkejut beroook bro!!!
kalau peristiwa 13 MEI berulang bukan kerana perkauman tapi sesama melayu pula berantakan dimana orang yang rasa tiada peluang merebut kekayaan itu akan berlaku samun dan rompakan, pecah-rumah,pecah-gudang, pecah-syarikat macam2 pecahlah.......siapa akan halang kalau nampak didepan mata pun terutama kalau dah tahu yang dipecahkan tuu pun tuannya adalah kroni2 yang kaya makan duit rakyat.so ingatlah yang kaya-raya hasil wang haram jagn ingat ALLah tak boleh balas di dunia...Jadi lu fikiaklah sendiri.