Pengumuman Penting!
Untuk Maklumat dan pengetahuan anda semua, laman blog
akubencipaklah.blogspot.com sedang dalam perhatian pihak blogger.com dan telah disekat dari menambah dan juga menghantar segala bentuk posting di dalamnya.


Di sini juga saya telah menyediakan satu laman blog sementara yang boleh diakses melalui :

ihatepaklah.blogspot.com (mirror).

Harap Maaf...


LATEST POSTING

AHLI PAK LAH DISERANG VIRUS BRONTOK

AHLI UMNO PERLU BERANI....TAK RUGI APA-APA....

DOWNLOAD DAN SEBARKAN (UNTUK AHLI UMNO SAHAJA)

SURAT KAPTEN ZAHAR KEPADA PUCUK PIMPINAN UMNO - PAK LAH & NAJIB HARUS DIHUKUM MANDATORI

Thursday, July 31, 2008

AHLI UMNO PERLU BERANI....TAK RUGI APA-APA...



 

Thursday, July 31, 2008

Pak Lah Diserang Virus Brontok



Selama lima tahun pemerintahan Perdana Menteri yang saya benci ini, kita telah dipertontonkan dan dipersembahkan dengan cerita-cerita yang menarik dan juga yang paling banyaknya adalah yang tidak baik dan tidak menarik langsung. Kita rakyat hanya mampu melihat saja depan mata mereka akan “kebobrokan” pemimpin kita ini. Kebobrokan bermaksud kelemahan ataupun sikap tidak bertanggungjawab dalam bahasa Malaysianya.

Bila saya sebut perkataan “kebobrokan” itu tadi mengingat saya mengenai sejenis virus komputer yang agak terkenal juga pada masa lalu, tak silap saya tahun 2004/05. Virus ini dinamakan “Brontok” atau nama lain “RontokBro”, bro jugak!. (
sila klik sini! Untuk maklumat lanjut) . Kepada yang belum pernah dengar nama ini, saya akan cuba terang serba ringkas. Virus ini berasal dari Indonesia dan dibuat oleh orang Indonesia sendiri. Dia merebak terlalu cepat melalui email-email yang mengandungi ‘attachment file’ yang bernama keygen.exe. Kepada mereka yang menekan ataupun meng”klik” file itu, dengan rasminya anda akan terkena jangkitan virus ini.

Virus “Brontok ini” menyerang dan dapat melumpuhkan sistem operasi Windows anda terutamanya pengguna Windows XP. Virus ini telah meng’take over’ komputer anda tanpa anda sedari. Virus ini juga merebak dengan cepat melalui Pen Drive yang dicucuk di USB port komputer anda. Virus tersebut akan ‘bersembunyi’ di dalam pen drive tersebut dan kemudiannya kan merebak dan terus menyebarkan virus tersebut jika di cucuk ke komputer lain.

Antara simtom-simtonnya yang paling “hebat” ia akan memberi “mesej” jelas kepada anda melalui ‘Web Browser’ anda seperti Internet Explorer secara automatik akan keluar sedang asyik anda melayari internet. Jika anda tutup mesej tersebut. Dia akan keluar kembali. Memang degil dan tidak boleh berbuat apa-apa mengenainya.

Mesejnya adalah seperti berikut :

-- Hentikan kebobrokan di negeri ini –-

1. Adili Koruptor, Penyeludup, Tukang Suap, Penjudi, & Bandar NARKOBA( Send to "
NUSAKAMBANGAN")
2. Stop Free Sex, Absorsi, & Prostitusi
3. Stop (pencemaran laut & sungai), pembakaran hutan & perburuan liar.
4. SAY NO TO DRUGS !!!

-- KIAMAT SUDAH DEKAT –-
Terinspirasi oleh: Elang Brontok (Spizaetus Cirrhatus) yang hampir punah

Dan jika seseorang yang mahir untuk membaiki dan meyelesaikan virus tersebut ataupun kita panggil juruteknik/jurutera computer juga akan memeningkan kepalanya dan mengambil masa yang agak lama untuk menyahkan virus tersebut dari dalam komputer yang dijangkiti itu melainkan ‘terpaksa’ memformat terus hard disk tersebut. Ini merupakan ‘jalan terakhir’ untuk memecahkan kebuntuan tersebut. Berikut merupakan serangan awal virus tersebut. Sekarang ini kebanyakkan anti-virus sudah boleh menghindarkan dan menghapuskan terus virus tersebut.

Virus tersebut akan cuba menghalang dirinya daripada di usir keluar oleh juruteknik komputer dengan pelbagai cara dan helah bagi menyusahkan mereka menyahkan Virus tersebut. Segala bentuk Anti-Virus yang digunakan juga disekat sementara dari berfungsi. Windows Registry juga terus di halang untuk membuat repair dan akan terus men’restart’ kembali komputer anda.

Sungguh ‘dasyat’ mesej ini ditujukan. Tapi ini adalagi yang “dasyat” nak cerita dan aku memang betul respek giler dengan pencipta virus ini. Walaupun dia dianggap sebagai “salah” di dalam “undang-undang” siber ini. Aku respek tang ‘niat’ ataupun ‘nawaitu’ dia tu dan kepandaian dia mencipta virus tu. Sehinggakan komputer yang diserang virus ini akan secara automatiknya akan membanjiri (flood) data-data ke server-server kerajaan Israel bagi melumpuhkan dan menjadikan server-server berkenaan ‘sesak nafas’.

Terdapat 2 cara sahaja untuk menyelesaikan ataupun menyahkan virus tersebut dari terus ‘berkampung’ dan terus merebak ke komputer-komputer lain. Iaitu cara yang pertama, dengan memanggil jurutera yang betul-betul berkelayakkan dan berpengalaman luas tentang keselamatan komputer. Jika tiada masalah virus tersebut akan hilang dalam jangkamasa singkat sahaja.

Dan cara yang kedua, ialah dengan memformat hard disk tersebut. Masalahnya apabila kita memformat sesebuah hard Disk, banyak kerja yang perlu kita lakukan da mengambil masa yang agak panjang untuk menyiapkan keseluruhan dan menginstallasi semua aplikasi yang ada sebelum ini. Tetapi kebaikannya banyak dan sistem pengoperasian komputer akan menjadi segar dan ianya nampak seperti komputer baru .

Apa yang ingin saya perjelaskan di sini berkenaan keadaan Pak Lah dan Virus Brontok ini hampir sama simtom-simtomnya, kesannya dan juga jalan penyelesaiannya. Jika beliau sedar dan bertanggungjawab, beliau perlu akur dan menerima nasihat daripada mereka yang berpengalaman luas dan sedia untuk mengundurkan diri ataupun bersedia memperbaiki keadaan dengan rasa tanggungjawab tanpa ‘membuang’ mereka-mereka ini.

 
 
 

Monday, May 26, 2008

Siapa Mahathir?

Tun Dr Mahathir bin Mohammad (popular dengan gelaran Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad semasa menjadi PM) dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Beliau adalah anak kepada Encik Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi. Pada masa itu,Encik Mohamad telah pun mempunyai lapan orang cahaya mata. Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke-empat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai, 1981 sehingga 31 Oktober, 2003, beliau telah membawa Malaysia ke mercu kemodenan dan kemajuan dengan pantas.

Ada pendapat mengatakan bahawa beliau berjaya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritikkan atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan mengutamakan kroni.

Dr Mahathir juga merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang berterus terang dan banyak menimbulkan kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia.

Nama Tun Dr Mahathir terus diingati sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia". Juga sebagai negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, dan terkehadapan dalam era globalisasi. Beliau dianugerahkan pangkat Tun pada 25 Jun, yakni pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia. Dengan perkhidmatan sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan di Asia Tenggara.

Masa muda
Dalam autobiografinya, Dr Mahathir mengatakan bahawa dia adalah adalah dari keturunan orang India (daripada bapanya) yang mempunyai kaitan dengan Kerala, India, sementara ibunya adalah orang Melayu yang dilahirkan di Kedah. Walau bagaimanapun, beliau tetap mengganggapkan dirinya sebagai Melayu yang tulin.

Dr Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Kedah, dan kemudian melanjutkan pelajaran di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Sewaktu Perang Dunia Ke-2, Dr Mahathir menghabiskan masanya dengan berniaga cendul, diikuti dengan membuka kedai kopi dan kemudiannya gerai buah-buahan di Pekan Rabu, Alor Setar. Beliau menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953.
Selepas mendapat ijazah perubatan, Dr Mahathir berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar, Jitra, Langkawi dan Perlis dari 1954 hingga 1957. Beliau kemudian melangsungkan perkahwinan dengan Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada 5 Ogos, 1956 dan dikurniakan lima cahaya mata, iaitu tiga lelaki dan dua perempuan. Anak-anak beliau ialah :

- Marina Mahathir
- Mirzan Mahathir
- Melinda Mahathir
- Mokhzani Mahathir
- Mukhriz Mahathir
- Maizura
- Mazhar

Pada 1957, beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, Maha Clinic di Alor Setar.

Kerjaya Politik
Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945 yang mana beliau turut sama terlibat dalam kempen menentang Malayan Union. Apabila United Malayan National Organisation (UMNO) ditubuhkan pada 1946, beliau adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Sebagai Pengerusi Parti Negeri Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengaja menimbulkan perasaan marah di golongan yang mempunyai perkaitan dengan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman apabila beliau membentangkan kriteria-kriteria kelayakan dalam pemilihan calon untuk pilihan raya umum 1959. Justeru tidak puas hati atas tuduhan bahawa beliau hendak memilih calon-calon yang rapat dengannya, Dr Mahathir enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut.

Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar selepas menewaskan calun Parti Islam (PAS) dengan majoriti sebanyak 60.2%. Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Dalam Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dengan cuma 989 undi sahaja, selepas beliau mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina untuk mencapai kerusinya.

Berikutan peristiwa 13 Mei, 1969, Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritikkan cara pentadbiran Tunku. Pada 26 September, Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.

Semasa di luar parti, Dr Mahathir mengarang buku "Dilema Melayu" (The Malay Dilemma). Buku kontroversial itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang Melayu. Buku itu telah diharamkan pada tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya.

Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir masuk semula ke dalam UMNO pada tahun 1972 dan dilantik sebagai senator pada tahun 1973. Beliau bertanding di Kubang Pasu pada pilihan raya umum 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak. Beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden UMNO pada tahun 1975.
Pada 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan diganti oleh Datuk Hussein Onn. Penggantinya, Datuk Hussein Onn melantik Dr Mahathir sebagai timbalannya. Beliau juga masih mengekalkan portfolio pendidikan yang disandangnya. Tidak lama selepas itu Dr Mahathir dilantik menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Datuk Hussein Onn mengumumkan untuk bersara. Semasa persaraannya, beliau menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya. Pada 10 Julai, 1981 Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri Pertahanan.

Pernah berlaku dalam pemilihan pucuk pimpinan parti dalam tahun 1987, beliau dicabar oleh Tengku Razalegh Hamzah. Namun Tun Dr. Mahathir berjaya mengalahkan pencabar beliau dan mengekalkan kerusi Presiden. Demikian juga pada tahun 1990 dan 1993, beliau terus dapat mengekalkan sebagai Presiden parti dan seterusnya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Di zamannya juga, didapati Barisan Nasional pernah hilang dua buah negeri kepada pembangkang, iaitu Kelantan dan Terengganu. Selepas 22 tahun memimpin Malaysia, pada 31 Oktober 2002, Dr Mahathir mengambil keputusan untuk bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi, sebagai penggantinya.

Era Dr. Mahathir merupakan satu era yang penuh kontroversi dan polemik baik dari segi pembangunan, politik, agama maupun anjakan pemikiran. Usaha-usaha beliau untuk mengubah cara berfikir dan bekerja orang Melayu tidak selesai sepenuhnya sehingga pada saat beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri. Pernyataan beliau mengenai kekecewaan itu boleh diimbas dalam beberapa kenyataan beliau menjelang persaraan. Hal itu juga jelas dalam siri mesyuarat agung UMNO sebelum persaraan yang penuh dengan linangan air mata.

Sumber:
http://en.wikipedia.org/wiki/Mahathir_Mohamad
http://www.pmo.gov.my/

Read more on this article...

Melayu Mudah Lupa

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa

Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa

Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah Ingatlah Ingatlah
Wahai bangsaku

Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai

(Sajak ini ditulis dan dibaca oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 23 Jun 2001 semasa Perhimpunan Agong Umno 2001 ). Read more on this article...

Sunday, May 25, 2008

Perjuangan Yang Belum Selesai - Tun Dr Mahathir

Read more on this article...

Saturday, May 24, 2008

Suntikan Semangat Satria

UMNO Cawangan Cawangan Zon 12 Bahagian Petaling Jaya Selatan
Dengan kerjasama UMNO Cawangan Seskyen 14
menjemput semua hadir diprogram
“Suntikan Semangat Satria”

Tarikh : 31 Mei 2008
Masa : 900 pagi
Tempat : Hotel Crystal Crown, Jalan Utara, Petaling Jaya

Ucaptama oleh Mantan Presiden UMNO - Tun Dr. Mahathir Mohamad

Sila hantar butir butir penyertaan seperti nama penuh, no. telefon dan organisasi (termasuk Cawangan/Bahagian UMNO – sekiranya ada) kepada pra-pendaftaran online di umno.pjs14@gmail.com, bagi menjamin tempat yang dijangkakan amat terhad. Perhatian dan kerjasama semua amatlah dihargai.

*Ini merupakan majlis pertama Mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad berucap atas platform UMNO setelah mengumumkan keluar bersyarat dari UMNO pada 19 Mei 2008 di Alor Setar, Kedah


( dipetik dari http://bigdogdotcom.wordpress.com/ )
Read more on this article...

Friday, May 23, 2008

Pulau Batu Putih Milik Singapura

Akhirnya keputusan berkenaan Pulau Batu Putih telah diketahui. Iyanya akan menjadi milik KEKAL singapura. Usaha-usaha untuk mendapatkan hak kita selama ini telah gagal. Masih adakah peluang kedua? Jika masih ada, kita harus merujuknya kembali dan membuat rayuan. Walaupun ICJ telah menetapkan Terumbu Karang Tengah (Middle Rocks) milik malaysia namun saya masih tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut berkenaan Pulau Batu Putih ini.


KITA MENANG INI.....


















TAPI KITA CUMA KALAH PULAU INI SAHAJA...
Read more on this article...