Pengumuman Penting!
Untuk Maklumat dan pengetahuan anda semua, laman blog
akubencipaklah.blogspot.com sedang dalam perhatian pihak blogger.com dan telah disekat dari menambah dan juga menghantar segala bentuk posting di dalamnya.


Di sini juga saya telah menyediakan satu laman blog sementara yang boleh diakses melalui :

ihatepaklah.blogspot.com (mirror).

Harap Maaf...


LATEST POSTING

AHLI PAK LAH DISERANG VIRUS BRONTOK

AHLI UMNO PERLU BERANI....TAK RUGI APA-APA....

DOWNLOAD DAN SEBARKAN (UNTUK AHLI UMNO SAHAJA)

SURAT KAPTEN ZAHAR KEPADA PUCUK PIMPINAN UMNO - PAK LAH & NAJIB HARUS DIHUKUM MANDATORI

Thursday, July 31, 2008

AHLI UMNO PERLU BERANI....TAK RUGI APA-APA...



 

Thursday, July 31, 2008

Pak Lah Diserang Virus Brontok



Selama lima tahun pemerintahan Perdana Menteri yang saya benci ini, kita telah dipertontonkan dan dipersembahkan dengan cerita-cerita yang menarik dan juga yang paling banyaknya adalah yang tidak baik dan tidak menarik langsung. Kita rakyat hanya mampu melihat saja depan mata mereka akan “kebobrokan” pemimpin kita ini. Kebobrokan bermaksud kelemahan ataupun sikap tidak bertanggungjawab dalam bahasa Malaysianya.

Bila saya sebut perkataan “kebobrokan” itu tadi mengingat saya mengenai sejenis virus komputer yang agak terkenal juga pada masa lalu, tak silap saya tahun 2004/05. Virus ini dinamakan “Brontok” atau nama lain “RontokBro”, bro jugak!. (
sila klik sini! Untuk maklumat lanjut) . Kepada yang belum pernah dengar nama ini, saya akan cuba terang serba ringkas. Virus ini berasal dari Indonesia dan dibuat oleh orang Indonesia sendiri. Dia merebak terlalu cepat melalui email-email yang mengandungi ‘attachment file’ yang bernama keygen.exe. Kepada mereka yang menekan ataupun meng”klik” file itu, dengan rasminya anda akan terkena jangkitan virus ini.

Virus “Brontok ini” menyerang dan dapat melumpuhkan sistem operasi Windows anda terutamanya pengguna Windows XP. Virus ini telah meng’take over’ komputer anda tanpa anda sedari. Virus ini juga merebak dengan cepat melalui Pen Drive yang dicucuk di USB port komputer anda. Virus tersebut akan ‘bersembunyi’ di dalam pen drive tersebut dan kemudiannya kan merebak dan terus menyebarkan virus tersebut jika di cucuk ke komputer lain.

Antara simtom-simtonnya yang paling “hebat” ia akan memberi “mesej” jelas kepada anda melalui ‘Web Browser’ anda seperti Internet Explorer secara automatik akan keluar sedang asyik anda melayari internet. Jika anda tutup mesej tersebut. Dia akan keluar kembali. Memang degil dan tidak boleh berbuat apa-apa mengenainya.

Mesejnya adalah seperti berikut :

-- Hentikan kebobrokan di negeri ini –-

1. Adili Koruptor, Penyeludup, Tukang Suap, Penjudi, & Bandar NARKOBA( Send to "
NUSAKAMBANGAN")
2. Stop Free Sex, Absorsi, & Prostitusi
3. Stop (pencemaran laut & sungai), pembakaran hutan & perburuan liar.
4. SAY NO TO DRUGS !!!

-- KIAMAT SUDAH DEKAT –-
Terinspirasi oleh: Elang Brontok (Spizaetus Cirrhatus) yang hampir punah

Dan jika seseorang yang mahir untuk membaiki dan meyelesaikan virus tersebut ataupun kita panggil juruteknik/jurutera computer juga akan memeningkan kepalanya dan mengambil masa yang agak lama untuk menyahkan virus tersebut dari dalam komputer yang dijangkiti itu melainkan ‘terpaksa’ memformat terus hard disk tersebut. Ini merupakan ‘jalan terakhir’ untuk memecahkan kebuntuan tersebut. Berikut merupakan serangan awal virus tersebut. Sekarang ini kebanyakkan anti-virus sudah boleh menghindarkan dan menghapuskan terus virus tersebut.

Virus tersebut akan cuba menghalang dirinya daripada di usir keluar oleh juruteknik komputer dengan pelbagai cara dan helah bagi menyusahkan mereka menyahkan Virus tersebut. Segala bentuk Anti-Virus yang digunakan juga disekat sementara dari berfungsi. Windows Registry juga terus di halang untuk membuat repair dan akan terus men’restart’ kembali komputer anda.

Sungguh ‘dasyat’ mesej ini ditujukan. Tapi ini adalagi yang “dasyat” nak cerita dan aku memang betul respek giler dengan pencipta virus ini. Walaupun dia dianggap sebagai “salah” di dalam “undang-undang” siber ini. Aku respek tang ‘niat’ ataupun ‘nawaitu’ dia tu dan kepandaian dia mencipta virus tu. Sehinggakan komputer yang diserang virus ini akan secara automatiknya akan membanjiri (flood) data-data ke server-server kerajaan Israel bagi melumpuhkan dan menjadikan server-server berkenaan ‘sesak nafas’.

Terdapat 2 cara sahaja untuk menyelesaikan ataupun menyahkan virus tersebut dari terus ‘berkampung’ dan terus merebak ke komputer-komputer lain. Iaitu cara yang pertama, dengan memanggil jurutera yang betul-betul berkelayakkan dan berpengalaman luas tentang keselamatan komputer. Jika tiada masalah virus tersebut akan hilang dalam jangkamasa singkat sahaja.

Dan cara yang kedua, ialah dengan memformat hard disk tersebut. Masalahnya apabila kita memformat sesebuah hard Disk, banyak kerja yang perlu kita lakukan da mengambil masa yang agak panjang untuk menyiapkan keseluruhan dan menginstallasi semua aplikasi yang ada sebelum ini. Tetapi kebaikannya banyak dan sistem pengoperasian komputer akan menjadi segar dan ianya nampak seperti komputer baru .

Apa yang ingin saya perjelaskan di sini berkenaan keadaan Pak Lah dan Virus Brontok ini hampir sama simtom-simtomnya, kesannya dan juga jalan penyelesaiannya. Jika beliau sedar dan bertanggungjawab, beliau perlu akur dan menerima nasihat daripada mereka yang berpengalaman luas dan sedia untuk mengundurkan diri ataupun bersedia memperbaiki keadaan dengan rasa tanggungjawab tanpa ‘membuang’ mereka-mereka ini.

 
 
 

Monday, July 14, 2008

LAPORAN – PROGRAM BERSAMA TUN MAHATHIR DI PORT DICKSON


Tarikh : 12 Julai 2008 (Sabtu)
Masa : 9.30 Pagi
Tempat : Port Dickson Golf & Country Club
Anjuran : Kelab Alumni SMK Bukit Saujana, Port Dickson


Sebelum saya meneruskan laporan saya berkenaan Program Bersama Tun Mahathir bertempat di Port Dickson Golf & Country Club ini, saya ingin mengucapkan sekalung ‘Tahniah Dan Syabas’ kepada Kelab Alumni SMK Bukit Saujana, Port Dickson kerana ‘berjaya’ menganjurkan majlis yang penuh bermakna lagi bersejarah ini. Mereka ini terdiri daripada bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana Port Dickson yang diketui oleh saudara Syuhairie Shaharuddin.

Dianggarkan sebanyak 600 orang yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, tidak kira tua, muda, dan yang mengharukan saya lagi kehadiran beberapa ‘pelajar sekolah rendah’ turut hadir ke majlis ini demi untuk mendengar amanat dan penjelasan daripada orang yang mereka sanjungi dan kasihi iaitu negarawan unggul kita Tun Dr. Mahathir Mohamad dan juga ‘ahli fikir negara’ TS Sanusi Junid berkenaan isu-isu semasa dan politik tanahair yang sejak akhir-akhir ini yang tidak menentu dan ‘hanyir’.

Seperti biasa saya dan sahabat baik saya Mr Styloo memulakan perjalanan kami dari rumah. Yang paling istimewanya rombongan kami ini disertai oleh ‘Brother Jinggo’ yang juga saya gelarkan ‘The Best Malaysian Photographer’. Kami tiba di majlis tersebut pada pukul 10.30 pagi. Kami disambut dengan senyuman dan layanan yang cukup istimewa daripada petugas-petugas yang terdiri dari ahli jawatankuasa penganjur program ini. Kami seterusnya menjamah sarapan pagi yang telah di sediakan sambil menunggu kehadiran Tun Mahathir Mohamad.

Setelah menjamah makanan dan juga sempat menghabiskan sebatang rokok (amaran oleh kerajaan Malaysia, merokok membahayakan kesihatan) kamipun menuju ke Dewan Utama untuk mendengar amanat dan mesej penting daripada pemimpin-pemimpin dan ‘pejuang bangsa’ ini. Kami dapati ruang dewan telah dipenuhi dengan manusia-manusia yang ‘prihatin’ tentang nasib diri mereka dan juga nasib negaranya ketika ini. ‘Syabas dan Tahniah’ juga saya ucapkan kepada mereka-mereka yang telah hadir ke majlis ini.

Kami juga telah dibekalkan dengan atucara majlis di samping 2 helai kerta A4 putih karangan bahasa inggeris yang bertajuk Racist? What Racist? Yang telah di tulis dan dikarang oleh Saudara Kamarul Azman Habibur Rahman iaitu Pengerusi Pengelola Program tersebut . Beliau juga merupakan ‘Cikgu’ di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana Port Dickson. Saya akan paparkan isi kandungannya di tajuk yang yang lain.

Majlis kemudiannya diserikan lagi dengan ucapan daripada ‘Cikgu’ ini tadi ataupun oleh saudara Kamarul Azman. Beliau nampak begitu bersemangat dan lantang menyatakan tentang ‘masalah kepimpinan’ dan ‘pendirian’ beliau darikaca mata sebagai seorang guru dan anak melayu yang membesar di era pemerintahan Tun Dr. Mahathir ataupun pemimpin yang ‘terbuang’ ketika ini.

Dalam ucapannya juga beliau menyentuh tentang ‘mereka-mereka yang lupa’ dan kecewa dan dianggap tidak mengenang budi dan lupa daratan. Beliau juga menceritakan beberapa pengalaman menarik beliau semasa menuntut di luar negara untuk di kongsi bersama kepada semua mereka yang hadir di majlis itu. Beliau juga sempat menyentuh peranan ‘menantu’ PM dan juga ‘tingkat 4’ yang mencampuri dan yang menentukan corak pemerintahan negara hari ini. Saya sungguh tertarik mendengar ucapan dan penjelasan beliau ini.

Antara kata-katanya yang saya petik dan dianggap menarik yang ingin dikongsikan di sini adalah, antara katanya ‘Jika Tunku Abdul Rahman di kenali sebagai Bapa Kemerdekaan, Tun Abdul Razak di kenali sebagai Bapa Pembangunan, Tun Husien Onn sebagai Bapa Perpaduan, Tun Mahathir Sebagai Bapa Permodenan, Manakala Abdullah Ahmad Badawi dikenali sebagai ‘Bapa Mertua Khairy Jamaluddin’. Kemudian seterusnya keadaan dewan menjadi gamat dengan gelak ketawa para hadirin termasuk aku ini.

Sebagai seorang pendidik beliau juga sedar tentang ‘masalah-masalah’ yang di hadapi oleh anak-anak muda pada masa ini dan seterusnya berharap agar mereka ini dapat mengubah minda, sedar, prihatin tentang nasib bangsanya, agamanya dan juga negaranya supaya masa depan negara ini akan terjamin dan selamat di tangan bangsanya sendiri. Amanat dan nasihat beliau ini sangat berharga dan boleh dijadikan panduan kepada anak-anak muda yang mendengarnya. Saya juga sentiasa akan ingat dengan pesanan dan nasihat-nasihat daripada cikgu ini tentang apa yang telah beliau perkatakan dengan panjang lebar di dalam ucapannya itu. Tepukan yang gemuruh telah diberikan kepada cikgu ini oleh para hadirin selepas beliau mengakhiri ucapan beliau pada pagi itu. Syabas dan Tahniah juga patut saya berikan kepada ‘pendidik bangsa’ ini.

Kemudian majlis diteruskan lagi dengan ucapan YAB TS Sanusi Junid. Beliau ini juga antara mereka yang saya sangat sanjung tinggi dan sangat saya hormati sebagai ‘pejuang tulin melayu’ dan ‘ahli pemikir melayu’ yang terlalu hebat ilmu dan taraf pemikirannya. Terlalu banyak ‘isi’ dan ‘pengajaran’ yang boleh kita dapat dan fahami dalam setiap kata-katanya apabila beliau ini berucap. Saya juga begitu tertarik dengan gaya bahasa dan pertuturan ayatnya yang begitu tinggi nilainya demi untuk menyampaikan ‘maksud’ serta ‘mesej’ yang begitu mendalam untuk difahami oleh semua hadirin yang hadir di majlis itu. Namun apa yang saya lihat tentang ucapannya pagi itu begitu menarik minat dan membuat para hadirin begitu terhibur dari mula ucapannya hinggalah ke akhir ucapan beliau itu. Gelak tawa sentiasa kedengaran ketika beliau memberikan ucapannya itu.

Antara ucapan dan mesejnya yang menarik yang ingin saya ceritakan di sini ialah tentang ‘budi’. Mesej ini di tujukan kepada pemimpin-pemimpin yang ada hari ini dan juga kepada semua orang-orang melayu amnya tentang sikap dan perangai mereka yang sudah lupa akan jasa dan budi seseorang yang telah banyak menaburkan jasa dan bakti kepada bangsanya, agamanya dan juga negara yang tercinta ini.

Dalam ucapan beliau juga, beliau menyatakan perasaan sedih dan kesal bagaimana pemimpin-pemimpin yang dahulunya di beri peluang dan dijadikan menteri-menteri kabinet oleh Tun Dr Mahathir Mohamad telah lupa dan tidak mengenang budi langsung di atas jasa-jasa Tun selama ini kepada mereka. Malah mereka juga turut ‘mengutuk’ dan ‘megeji’ Tun dengan kata-kata kesat ataupun senang saya cakap di sini mereka ini bersikap kurang ajar. Mereka-mereka ini tidak langsung menghargai dan menghormati apa yang telah Tun lakukan dan laksanakan demi untuk bangsa, agama dan negara ini.

Menurut beliau lagi, semasa perjumpaan ketua-ketua bahagian dengan DS Abdullah Badawi yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini, mereka telah diberi wang sebanyak RM100, RM200 dan juga ada yang menerima RM300 sebagai hadiah untuk kehadiran mereka di sini. Disamping wang tunai tersebut, mereka juga di berikan kain pelikat setiap seorang dan juga penginapan percuma semata-mata untuk mendapat sokongan daripada semua ketua bahagian yang hadir. Begitu murahnya maruah diri mereka-mereka ini sehingga di gula-gulakan oleh DS Abdullah Ahmad Badawi ini.

Beliau juga menceritakan dan memberikan sedikit gambaran dan kisah tauladan bagaimana seekor lembu dan seekor anjing boleh menghormati dan mendengar kata tuannya kerana mengenangkan jasa tuannya yang memberikan makan dan minum dan juga menjaga mereka dengan sebaik-baiknya. Itu binatang tetapi bagaimana dengan manusia-manusia yang kita panggil pemimpin ini? Adakah mereka lagi rendah martabatnya daripada binatang-binatang yang disebutkannya tadi. Jikalau saya, saya beranggapan ianya ‘benar’ bahawa martabat dan maruah mereka ini lebih rendah berbanding dengan lembu dan anjing yang di sebut oleh TS Sanusi Junid ini tadi. Terpulanglah kepada anda, apa yang patut anda katakan pula berkenaan kenyataannya ini.

Di sini juga saya tidak dapat menghuraikan dengan lebih lanjut lagi kerana banyak juga ucapan dan kisah tauladan yang di petik dari kata-kata ahli pemikir dan ahli-ahli falsafah yang lain seperti ‘Alexander Fraser Tytler’ dan yang lain-lain lagi. Ini kerana saya bukanlah seorang pengkaji dan pembaca buku ‘tegar’ seperti TS Sanuji Junid ini. Cuma di sini saya dapat tuliskan dan paparkan tentang kata-kata yang di petik dari seorang ahli fikir dan juga seorang peguam dari barat ini untuk kita fahami bersama-sama yang berbunyi :

“From bondage to spiritual faith; From spiritual faith to great courage; From courage to liberty; From liberty to abundance; From abundance to complacency; From complacency to apathy; From apathy to dependence; From dependence back into bondage.”

Kenyataan ini juga saya petik daripada seseorang yang pemberi komen yang juga dikenali sebagai ‘pesanan’ di dalam posting saya bertajuk "Pak Lah Serah Kuasa tahun 2010 – Ikhlas Atau dot.dot.dot. ?".Terima kasih saya ucapkan kepada mereka-mereka ini. Apa yang ungin saya sampaikan di sini mesej dan cerita daripada TS Sanusi Junid ini juga penuh dengan ‘mesej’ dan ‘pengajaran’ yang kadang-kadang agak sukar kita fahami dan dalaminya. Ucapan beliau ini juga di berikan tepukan gemuruh dan semua hadirin berdiri sebagai tanda hormat dan berterima kasih di atas ucapannya itu. Semoga apa yang telah disampaikan oleh TS Sanusi Junid ini dapat ‘menyedarkan’ dan ‘sampai’ kepada para hadirin yang hadir di majlis itu.

Kemudiannya acara yang ditunggu-tunggu telah tiba dan nampaknya para peserta seperti tidak sabar lagi menunggu untuk Tun Dr Mahathir Mohamad berucap. Masing-masing berdiri dan memberikan tepukan yang paling gemuruh diantara kedua-dua pemberi ucapan itu tadi. Nampak begitu tinggi semangat dan rasa hormat mereka ini kepada Tun dr Mahathir Mohamad. Syabas dan Tahniah juga saya tujukan kepada orang-orang Port Dickson ini. Merekalah antara orang-orang yang tidak lupa akan ‘jasa’ dan ‘budi’ kepada pemimpin yang ‘terbuang’ ini.

Saya tidak akan menyentuh semua perkara yang telah di sampaikan oleh negarawan Unggul kita ini. Ini kerana banyak-banyak perkara yang beliau sentuh sudahpun kita ketahui dan baca ataupun kita dengar tentang apa yang telah berlaku mengenai masalah kepimpinan kita hari ini. Diantaranya mengenai sejarah dan perjuangan UMNO sejak sebelum merdeka hinggalah kehari ini, tentang kejayaan UMNO yang luar biasa yang dapat menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa, tentang kekalahan yang juga luar biasa Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum yang lalu, tentang penerimaan rakyat sejak merdeka kepada kepada parti perikatan seterusnya menjadi parti Barisan Nasional (BN) ini, tentang pembangunan yang kita lihat hari ini berbanding dengan pembangunan yang sedang ataupun yang telah dilaksanakan oleh DS Abdullah Ahmad Badawi hari ini, dan juga beliau menyentuh tentang kelemahan dan cara-cara pemerintahan DS Abdullah Ahmad Badawi hari ini yang semakin hari semakin menunjukkan kuasanya itu.

Di sini saya cuma ingin menyentuh tentang isu terbaru yang hangat dan sibuk di perbincangkan oleh rakyat ketika ini yang turut disentuh oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu mengenai peralihan kuasa oleh DS Abdullah Ahmad Badawi kepada DS Najib pada bulan Jun 2010 nanti. Saya juga ada menghuraikan serba sedikit sebelum ini di posting saya berkenaan hal peralihan kuasa ataupun layak dipanggil ‘pemimpin gila kuasa’ ini.

Dalam Ucapan Tun Dr Mahathir ini juga telah menyelar dan mengutuk keputusan DS Abdullah Ahmad Badawi ini berkenaan peralihan kuasa yang telah diputuskan pada tahun 2010 ini nanti. Menurut beliau lagi Keputusan yang telah di buat ini akan menyebabkan UMNO ini akan lumpuh dan susah untuk diperbetulkan dan seterusnya akan hancur binasa pada suatu hari ini jika kita tidak bertindak mulai sekarang in juga. Beliau juga tidak menafikan kemungkinan ini berlaku jika Perdana Menteri yang ada sekarang ini iaitu DS Abdullah ini kekal sebagai Perdana menteri dan tidak akan meletakkan jawatannya sekarang ini juga. Kenyataan beliau ini turut diberikan tepukan gemuruh tanda mereka juga bersetuju dengan kata-kata Tun Dr. Mahathir ini.

Diantara kata-katanya yang mencuit hati saya dan juga para hadirin ialah tentang cara-cara penyerahan kuasa pemimpin-pemimpin terdahulu. Di mana belum ada diantara mereka-mereka ini termasuk dirinya yang berkata bahawa mereka akan meletakkan jawatan 2 tahun daripada sekarang. Kemudian di sambut gelak ketawa para hadirin.

Beliau juga mengingatkan juga bahawa sebelum pilihanraya yang ke-13 nanti, iaitu dalam jangka masa 4 tahun dari sekarang ini kita akan mempunyai 2 orang Perdana Menteri. Yang di maksudkan beliau ialah DS Abdullah Ahmad badawi dan juga DS Najib Tun Razak. Beliau juga menyatakan keresahan beliau jika masa yang di beri kepada DS Najib Tun Razak ini tidak cukup masa untuk memperbetulkan dan memulihkan UMNO yang sekarang ini di dalam keadaan yang begitu lemah dan tidak bermaya ini. Beliau juga menyingkap bagaimana perkembangan parti-parti kompenan Barisan Nasional (BN) hari ini seperti MCA, MIC dan Gerakan telah di tolak oleh rakyat dan secara keseluruhannya Barisan Nasional ini juga di tolak oleh rakyat khususnya.

Beliau juga tidak yakin kepada Perdana Menteri yang ada sekarang ini dapat memulih dan memperbetulkan UMNO ini termasuk DS Najib sendiri jika penyerahan kuasa ini akan dilakukan pada tahun 2010 nanti. Katanya lagi kita cuma ada satu jawapan sahaja bagaimana untuk memulihkan dan memperbetulkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) ini iaitu “DS Abdullah Ahmad Badawi mesti meletakkan jawatannya sekarang ini juga”. Seterusnya para hadirin terus bersorak dan memberikan tepukan sebagai tanda setuju tentang apa yang negarawan unggul ini katakan.

Mengenai DS Najib pula, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mempertikaikan kenyataan-kenyataan yang telah di buat oleh DS Najib ini yang selama ini menyokong segala keputusan dan kenyataan DS Abdullah Ahmad Badawi. Dan dalam masa yang sama DS Najib juga di serang dengan pelbagai tuduhan yang akan membawa kepada ketidakpercayaan rakyat kepadanya. Tun Dr. Mahathir berkata demikian kerana beliau begitu yakin terhadapan kemampuan DS Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada DS Abdullah Ahmad Badawi ini, jika tidak beliau akan ‘kempunan’ untuk menjadi Perdana Menteri pada suatu hari nanti.

Menurut beliau lagi, terdapat satu perjanjian diantara DS Najib dan TS Muhyidin Yasin berkenaan kerusi Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO yang bakal dipertandingkan pada bulan Disember nanti. Menurut perjanjian tersebut DS Najib telah bersetuju akan menjadi Presiden UMNO manakala TS Muhyidin Yasin akan menjadi timbalannya. Yang menjadi persolannya sekarang adakah DS Najib telah melanggar perjanjian tersebut dan berpaling tadah oleh kerana beliau telah bersetuju dan akur dengan keputusan DS Abdullah Ahmad Badawi untuk bertanding dan kemudiannya akan kekal sebagai Presiden UMNO?

Dan diakhir ucapan beliau ini, beliau telah mengingatkan semua ahli UMNO supaya bersatu padu, berani serta rasa bertanggungjawab untuk memperbetulkan dan juga memulihkan parti UMNO yang tercinta ini. Kemudian hadirin memberikan ‘standing ovation’ serta memberi tepukan yang sangat gemuruh kepada Negarawan unggul ini. Nampak mereka begitu memberi perhatian penuh sewaktu Tun Dr. Mahathir memulakan ucapannya hinggalah keakhir ucapan beliau. Diwajah mereka begitu puas setelah mendengar penjelasan yang agak panjang juga daripada Tun Dr. Mahathir ini. Saya juga sempat melihat salah seorang peserta yang hadir menitiskan airmatanya yang tidak dapat ditahan lagi.

Acara berikutnya diteruskan dengan acara memotong kek dan nyanyian lagu ‘Selamat Hari Jadi’ oleh semua hadirin sempena menyambut hari kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad dan juga Tun Dr Siti Hasmah secara serentak. Para hadirin juga mengambil kesempatan bergambar dengan kedua-duanya sekali sebagai tanda kenang-kenangan untuk diri mereka.

Sekian dahulu laporan saya yang agak panjang lebar ini di samping ingin memberi gambaran yang jelas tentang majlis yang diadakan di Port Dickson ini buat semua pengunjung-engunjung di blog saya ini . Saya berharap anda tidak bosan membacanya. Akhir kata saya memohon ampun dan maaf sekiranya penulisan saya ini agak tersasar dan terdapat kesalahan di dalam laporan saya ini.


- Laporan ini telah disediakan oleh : AMN – moderator akubencipaklah.blogspot.com

Gambar-gambar berkenaan majlis ini boleh didapati di laman web - Jinggo Fotopages

2 comments:

Anonymous said...

salam..
terima kasih saudara kerana sudi memberi liputan program di dalam blog saudara..sy mengucapkan ribuan terima kasih sudi hadir di dlm program kami.
di harap hubungan kita tidak sampai di sini sahaja..

teruskan perjuangan mu..
-syuhairie bin shaharuddin-
port dickson

Anonymous said...

Well done bro.. Saya memang nak jumpa Tun haritu tapi ada hal mustahak pulak. Now atleast we can listen from your effort. Tq