Pengumuman Penting!
Untuk Maklumat dan pengetahuan anda semua, laman blog
akubencipaklah.blogspot.com sedang dalam perhatian pihak blogger.com dan telah disekat dari menambah dan juga menghantar segala bentuk posting di dalamnya.


Di sini juga saya telah menyediakan satu laman blog sementara yang boleh diakses melalui :

ihatepaklah.blogspot.com (mirror).

Harap Maaf...


LATEST POSTING

AHLI PAK LAH DISERANG VIRUS BRONTOK

AHLI UMNO PERLU BERANI....TAK RUGI APA-APA....

DOWNLOAD DAN SEBARKAN (UNTUK AHLI UMNO SAHAJA)

SURAT KAPTEN ZAHAR KEPADA PUCUK PIMPINAN UMNO - PAK LAH & NAJIB HARUS DIHUKUM MANDATORI

Thursday, July 31, 2008

AHLI UMNO PERLU BERANI....TAK RUGI APA-APA...



 

Thursday, July 31, 2008

Pak Lah Diserang Virus Brontok



Selama lima tahun pemerintahan Perdana Menteri yang saya benci ini, kita telah dipertontonkan dan dipersembahkan dengan cerita-cerita yang menarik dan juga yang paling banyaknya adalah yang tidak baik dan tidak menarik langsung. Kita rakyat hanya mampu melihat saja depan mata mereka akan “kebobrokan” pemimpin kita ini. Kebobrokan bermaksud kelemahan ataupun sikap tidak bertanggungjawab dalam bahasa Malaysianya.

Bila saya sebut perkataan “kebobrokan” itu tadi mengingat saya mengenai sejenis virus komputer yang agak terkenal juga pada masa lalu, tak silap saya tahun 2004/05. Virus ini dinamakan “Brontok” atau nama lain “RontokBro”, bro jugak!. (
sila klik sini! Untuk maklumat lanjut) . Kepada yang belum pernah dengar nama ini, saya akan cuba terang serba ringkas. Virus ini berasal dari Indonesia dan dibuat oleh orang Indonesia sendiri. Dia merebak terlalu cepat melalui email-email yang mengandungi ‘attachment file’ yang bernama keygen.exe. Kepada mereka yang menekan ataupun meng”klik” file itu, dengan rasminya anda akan terkena jangkitan virus ini.

Virus “Brontok ini” menyerang dan dapat melumpuhkan sistem operasi Windows anda terutamanya pengguna Windows XP. Virus ini telah meng’take over’ komputer anda tanpa anda sedari. Virus ini juga merebak dengan cepat melalui Pen Drive yang dicucuk di USB port komputer anda. Virus tersebut akan ‘bersembunyi’ di dalam pen drive tersebut dan kemudiannya kan merebak dan terus menyebarkan virus tersebut jika di cucuk ke komputer lain.

Antara simtom-simtonnya yang paling “hebat” ia akan memberi “mesej” jelas kepada anda melalui ‘Web Browser’ anda seperti Internet Explorer secara automatik akan keluar sedang asyik anda melayari internet. Jika anda tutup mesej tersebut. Dia akan keluar kembali. Memang degil dan tidak boleh berbuat apa-apa mengenainya.

Mesejnya adalah seperti berikut :

-- Hentikan kebobrokan di negeri ini –-

1. Adili Koruptor, Penyeludup, Tukang Suap, Penjudi, & Bandar NARKOBA( Send to "
NUSAKAMBANGAN")
2. Stop Free Sex, Absorsi, & Prostitusi
3. Stop (pencemaran laut & sungai), pembakaran hutan & perburuan liar.
4. SAY NO TO DRUGS !!!

-- KIAMAT SUDAH DEKAT –-
Terinspirasi oleh: Elang Brontok (Spizaetus Cirrhatus) yang hampir punah

Dan jika seseorang yang mahir untuk membaiki dan meyelesaikan virus tersebut ataupun kita panggil juruteknik/jurutera computer juga akan memeningkan kepalanya dan mengambil masa yang agak lama untuk menyahkan virus tersebut dari dalam komputer yang dijangkiti itu melainkan ‘terpaksa’ memformat terus hard disk tersebut. Ini merupakan ‘jalan terakhir’ untuk memecahkan kebuntuan tersebut. Berikut merupakan serangan awal virus tersebut. Sekarang ini kebanyakkan anti-virus sudah boleh menghindarkan dan menghapuskan terus virus tersebut.

Virus tersebut akan cuba menghalang dirinya daripada di usir keluar oleh juruteknik komputer dengan pelbagai cara dan helah bagi menyusahkan mereka menyahkan Virus tersebut. Segala bentuk Anti-Virus yang digunakan juga disekat sementara dari berfungsi. Windows Registry juga terus di halang untuk membuat repair dan akan terus men’restart’ kembali komputer anda.

Sungguh ‘dasyat’ mesej ini ditujukan. Tapi ini adalagi yang “dasyat” nak cerita dan aku memang betul respek giler dengan pencipta virus ini. Walaupun dia dianggap sebagai “salah” di dalam “undang-undang” siber ini. Aku respek tang ‘niat’ ataupun ‘nawaitu’ dia tu dan kepandaian dia mencipta virus tu. Sehinggakan komputer yang diserang virus ini akan secara automatiknya akan membanjiri (flood) data-data ke server-server kerajaan Israel bagi melumpuhkan dan menjadikan server-server berkenaan ‘sesak nafas’.

Terdapat 2 cara sahaja untuk menyelesaikan ataupun menyahkan virus tersebut dari terus ‘berkampung’ dan terus merebak ke komputer-komputer lain. Iaitu cara yang pertama, dengan memanggil jurutera yang betul-betul berkelayakkan dan berpengalaman luas tentang keselamatan komputer. Jika tiada masalah virus tersebut akan hilang dalam jangkamasa singkat sahaja.

Dan cara yang kedua, ialah dengan memformat hard disk tersebut. Masalahnya apabila kita memformat sesebuah hard Disk, banyak kerja yang perlu kita lakukan da mengambil masa yang agak panjang untuk menyiapkan keseluruhan dan menginstallasi semua aplikasi yang ada sebelum ini. Tetapi kebaikannya banyak dan sistem pengoperasian komputer akan menjadi segar dan ianya nampak seperti komputer baru .

Apa yang ingin saya perjelaskan di sini berkenaan keadaan Pak Lah dan Virus Brontok ini hampir sama simtom-simtomnya, kesannya dan juga jalan penyelesaiannya. Jika beliau sedar dan bertanggungjawab, beliau perlu akur dan menerima nasihat daripada mereka yang berpengalaman luas dan sedia untuk mengundurkan diri ataupun bersedia memperbaiki keadaan dengan rasa tanggungjawab tanpa ‘membuang’ mereka-mereka ini.

 
 
 

Friday, July 4, 2008

Konspirasi Pak Lah, Anuar Dan Najib - Part 1

Anda percaya atau tidak, kalau saya katakan apa yang berlaku hari ini bukan nya satu konspirasi baru yang baru di dedahkan ataupun baru dirancang oleh pihak-pihak tertentu. Sebenarnya konspirasi ini telah lama dirancang dan bermula episod ini apabila jatuhnya politik Anuar Ibrahim selepas dilucutkan jawatan TPM. Dan seterusnya apabila Paklah menjadi PM. Mereka-mereka yang saya maksudkan ini ialah :

1. Team Paklah (Kamaluddin, KJ & The Gang)
2. Team Najib & The Gang
3. Team Anuar Ibrahim & The Chronies

Konspirasi Anuar Ibrahim & Chronies
DSAI ni begitu kecewa akibat skandal liwatnya telah didedahkan dan akhirnya beliau ditahan di Penjara. Matlamat dan cita-citanya ingin menjadi "perdana menteri" suatu hari nanti berkecai, berderai dan terbarai. karier politik nyer gelap-segelapnya. Tapi apabila melihat kawan-kawannya (org politik dan ahli2 perniagaan bersekutu dgn nya), penyokong2 "taksub" yang berada dikelilingnya tetap memberi sokongan padu dan jitu. Akhirnya mereka merangka plan strategik jangka pendek dan jangka panjang untuk "membalas dendam" dan "mencari dalang" sebenar berikutan terbongkarnya kegiatan liwatnya itu. Tidak kira apa cara sekalipun dia mesti mendapat balik haknya yang sudah dinodai itu.
Maka penyokong yang "berani mati" ini pun memulakan langkah-langkah antaranya :

1. membuat tohmahan dan memfitnah Tun Dr Mahathir Mohamad melalui blog-blog, forum2 politik dan laman-lman web "reformasi"
2. membuat huru-hara dijalanan bagi mengambarkan ketidak sokongan rakyat kepada Tun Dr Mahathir
3. memasang spy dikalangan ahli-ahli politik dan juga kalangan "menteri-menteri" yang masih setia dgnnya untuk "mencari" dan mendapatkan "maklumat dalaman" mengenai keputusan dan tindakan kerajaan pada masa itu.
4. berusaha memburuk-burukan pencapaian dan jasa Tun Mahathir mohamad sehinggakan dibenci dan dilupai dikalangan ahli-ahli reformasi
5. Merancang "menaikkan" nama tertentu dikalangan menteri-menteri yang berpihak kepadanya dengan rasuah politik ataupun nama lamanya politik wang. sebagai hadiah kepada penyokong2 nya. Biasalah ada duit apapun boleh jadik.

Akhirnya masa-masa yang ditunggu ataupun PLAN A yang dirancangnya itu, tidak sia-sia dan berbaloi. Kerana ada "anak muda" ini yang "sanggup" dan "berani" kedepan demi memperjuangkan nasib "idola"nya yang turut disayanginya itu. Dia juga sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai matlamatnya. memang giler budak ini. Akhirnya budak ini ditempatkan dikedudukan paling atas mengatasi kuasa PM itu sendiri. Manakan tidaknyan cerita dalam kelambu pun dia tahu. Sungguh dasyat peranan budak ini. akhirnya Anuar dapat diselamatkan dan dikeluarkan dari penjara dengan mudahnya. Anuar sgt berterima kasih dan menghargai jasa-jasa dan pengorbanan beliau selama ini.

Budi dan jasa budak ini bukan mudah untuk anuar membalasnya. dan akan dikenang sampai mati. "Pengaruh budak" ini sangat besar dan mungkin akan digunakan sebagai C4 untuk meletupkannya pada bila-bila masa. Pada mereka UMNO mesti dihapuskan atau dilupuskan terus dari arena politik negara. ataupun dipencenkan. Beliau berhasrat menggantikan UMNO ini dengan nama lain sebagai gantinya tanpa memikirkan kepentingan bangsa, agama dan negara. hari ini kita dapat lihat akan kejayaan-kejayaannya yang cemerlang, gemilang dan temberang. Antaranya :

1. Kejayaan mengaibkan UMNO pada PRU-12 baru-baru ini.
2. Kejayaan mengurangkan sokongan rakyat kepada BN
3. Kejayaan menutup dan mengenepikan jasa Tun Dr Mahathir Mohamad
4. Kejayaanmengusai sebahagian menteri-menteri dan orang-orang besar UMNO yang mempunyai kes-kes tertentu. Yang mana tidak menurut perintahnya akan dibuangnya jauh-jauh.
5. Berjaya menunjukkan kebodohan dan jumudnya UMNO ini
6. Berjaya memecah belahkan part-parti kompenan di dalam BN.
7. Berjaya memberi "hadiah" kepada negara-negara yang bersekutu dengan nya.
8. Berjaya memperoleh sokongan "luar biasa" dari negara-negara luar termasuklah Amerika dan Pihak Israel.
9. Berjaya mengusai UMNO dan orang2 melayu - walaupun dikritik hebat dan mendapat mesej jelas sewaktu PRU12.
10. Berjaya memperolehi Dana daripada pihak tertentu untuk kepentinagn parti beliau seterusnya memudahkan beliau memenangi banyak kerusi di dalam PRU 12.

Persoalan :


1. Adakah kes liwat beliau baru-baru ini dirancang oleh beliau sendiri bersama sekutu-sekutunya untuk meneruskan kemaraan beliau untuk menjadi Perdana Menteri dan seterusnya merampas atau mengambil alih daripada UMNO? Ataupun

2. Dirancang dan dirangka oleh pihak-pihak tertentu untuk menyekat beliau dari terus menuju puncak?

Sama-samlah kita ikuti kisah beliau ini sehingga penghujungnya.....

akan disambung lagi nanti..........Konspirasi Pak Lah & The Gangs di episod akan datang...

1 comments:

infogue said...

artikel anda :

http://berita-politik-dunia.infogue.com/
http://berita-politik-dunia.infogue.com/konspirasi_pak_lah_anuar_dan_najib_part_1


promosikan artikel anda di www.infogue.com dan jadikan artikel anda yang terbaik dan terpopuler menurut pembaca.salam blogger!!!