Pengumuman Penting!
Untuk Maklumat dan pengetahuan anda semua, laman blog
akubencipaklah.blogspot.com sedang dalam perhatian pihak blogger.com dan telah disekat dari menambah dan juga menghantar segala bentuk posting di dalamnya.


Di sini juga saya telah menyediakan satu laman blog sementara yang boleh diakses melalui :

ihatepaklah.blogspot.com (mirror).

Harap Maaf...


LATEST POSTING

AHLI PAK LAH DISERANG VIRUS BRONTOK

AHLI UMNO PERLU BERANI....TAK RUGI APA-APA....

DOWNLOAD DAN SEBARKAN (UNTUK AHLI UMNO SAHAJA)

SURAT KAPTEN ZAHAR KEPADA PUCUK PIMPINAN UMNO - PAK LAH & NAJIB HARUS DIHUKUM MANDATORI

Thursday, July 31, 2008

AHLI UMNO PERLU BERANI....TAK RUGI APA-APA...



 

Thursday, July 31, 2008

Pak Lah Diserang Virus Brontok



Selama lima tahun pemerintahan Perdana Menteri yang saya benci ini, kita telah dipertontonkan dan dipersembahkan dengan cerita-cerita yang menarik dan juga yang paling banyaknya adalah yang tidak baik dan tidak menarik langsung. Kita rakyat hanya mampu melihat saja depan mata mereka akan “kebobrokan” pemimpin kita ini. Kebobrokan bermaksud kelemahan ataupun sikap tidak bertanggungjawab dalam bahasa Malaysianya.

Bila saya sebut perkataan “kebobrokan” itu tadi mengingat saya mengenai sejenis virus komputer yang agak terkenal juga pada masa lalu, tak silap saya tahun 2004/05. Virus ini dinamakan “Brontok” atau nama lain “RontokBro”, bro jugak!. (
sila klik sini! Untuk maklumat lanjut) . Kepada yang belum pernah dengar nama ini, saya akan cuba terang serba ringkas. Virus ini berasal dari Indonesia dan dibuat oleh orang Indonesia sendiri. Dia merebak terlalu cepat melalui email-email yang mengandungi ‘attachment file’ yang bernama keygen.exe. Kepada mereka yang menekan ataupun meng”klik” file itu, dengan rasminya anda akan terkena jangkitan virus ini.

Virus “Brontok ini” menyerang dan dapat melumpuhkan sistem operasi Windows anda terutamanya pengguna Windows XP. Virus ini telah meng’take over’ komputer anda tanpa anda sedari. Virus ini juga merebak dengan cepat melalui Pen Drive yang dicucuk di USB port komputer anda. Virus tersebut akan ‘bersembunyi’ di dalam pen drive tersebut dan kemudiannya kan merebak dan terus menyebarkan virus tersebut jika di cucuk ke komputer lain.

Antara simtom-simtonnya yang paling “hebat” ia akan memberi “mesej” jelas kepada anda melalui ‘Web Browser’ anda seperti Internet Explorer secara automatik akan keluar sedang asyik anda melayari internet. Jika anda tutup mesej tersebut. Dia akan keluar kembali. Memang degil dan tidak boleh berbuat apa-apa mengenainya.

Mesejnya adalah seperti berikut :

-- Hentikan kebobrokan di negeri ini –-

1. Adili Koruptor, Penyeludup, Tukang Suap, Penjudi, & Bandar NARKOBA( Send to "
NUSAKAMBANGAN")
2. Stop Free Sex, Absorsi, & Prostitusi
3. Stop (pencemaran laut & sungai), pembakaran hutan & perburuan liar.
4. SAY NO TO DRUGS !!!

-- KIAMAT SUDAH DEKAT –-
Terinspirasi oleh: Elang Brontok (Spizaetus Cirrhatus) yang hampir punah

Dan jika seseorang yang mahir untuk membaiki dan meyelesaikan virus tersebut ataupun kita panggil juruteknik/jurutera computer juga akan memeningkan kepalanya dan mengambil masa yang agak lama untuk menyahkan virus tersebut dari dalam komputer yang dijangkiti itu melainkan ‘terpaksa’ memformat terus hard disk tersebut. Ini merupakan ‘jalan terakhir’ untuk memecahkan kebuntuan tersebut. Berikut merupakan serangan awal virus tersebut. Sekarang ini kebanyakkan anti-virus sudah boleh menghindarkan dan menghapuskan terus virus tersebut.

Virus tersebut akan cuba menghalang dirinya daripada di usir keluar oleh juruteknik komputer dengan pelbagai cara dan helah bagi menyusahkan mereka menyahkan Virus tersebut. Segala bentuk Anti-Virus yang digunakan juga disekat sementara dari berfungsi. Windows Registry juga terus di halang untuk membuat repair dan akan terus men’restart’ kembali komputer anda.

Sungguh ‘dasyat’ mesej ini ditujukan. Tapi ini adalagi yang “dasyat” nak cerita dan aku memang betul respek giler dengan pencipta virus ini. Walaupun dia dianggap sebagai “salah” di dalam “undang-undang” siber ini. Aku respek tang ‘niat’ ataupun ‘nawaitu’ dia tu dan kepandaian dia mencipta virus tu. Sehinggakan komputer yang diserang virus ini akan secara automatiknya akan membanjiri (flood) data-data ke server-server kerajaan Israel bagi melumpuhkan dan menjadikan server-server berkenaan ‘sesak nafas’.

Terdapat 2 cara sahaja untuk menyelesaikan ataupun menyahkan virus tersebut dari terus ‘berkampung’ dan terus merebak ke komputer-komputer lain. Iaitu cara yang pertama, dengan memanggil jurutera yang betul-betul berkelayakkan dan berpengalaman luas tentang keselamatan komputer. Jika tiada masalah virus tersebut akan hilang dalam jangkamasa singkat sahaja.

Dan cara yang kedua, ialah dengan memformat hard disk tersebut. Masalahnya apabila kita memformat sesebuah hard Disk, banyak kerja yang perlu kita lakukan da mengambil masa yang agak panjang untuk menyiapkan keseluruhan dan menginstallasi semua aplikasi yang ada sebelum ini. Tetapi kebaikannya banyak dan sistem pengoperasian komputer akan menjadi segar dan ianya nampak seperti komputer baru .

Apa yang ingin saya perjelaskan di sini berkenaan keadaan Pak Lah dan Virus Brontok ini hampir sama simtom-simtomnya, kesannya dan juga jalan penyelesaiannya. Jika beliau sedar dan bertanggungjawab, beliau perlu akur dan menerima nasihat daripada mereka yang berpengalaman luas dan sedia untuk mengundurkan diri ataupun bersedia memperbaiki keadaan dengan rasa tanggungjawab tanpa ‘membuang’ mereka-mereka ini.

 
 
 

Sunday, July 6, 2008

SAH NAJIB LAYAK JADI PM KE-6

Wajah Bakal Perdana Menteri Malaysia Ke-6
Dato' Sri Najib Tun Razak

Sewaktu saya melayari laman-laman blog di internet malam tadi sekitar jam 8 malam, (lama sudah saya tak tengok berita Di TV), saya sempat memasuki laman web Bernama. Terbaca satu petikan berita bertajuk “ Allah Akan Tentukan Kebenarannya – Najib”. - (Sila Klik di Sini Untuk Baca). Dan pagi ini juga setelah ibu mertuaku membeli akhbar ‘Mingguan Malaysia’ dengan tajuk besar nya ‘Saya tidak Gentar’ – Najib (Sila Klik Di Sini Untuk Baca) . Terus saya istigfar banyak-banyak. Dan terus meyakinkan hati saya “Najib layak jadi PM” – ini janji Pak Lah. Dan “Najib juga layak menjadi Presiden UMNO” ataupun kemungkinan lain “Najib jadi PM” Dan Tengku Razaleigh Hamzah jadi “Presiden UMNO” - sebab dia seorang sahaja ‘berani’ bertanding melawan Pak Lah setakat cerita ini ditulis. Atau kemungkinan lain, seperti di alam fantasi saya, ‘kedua-duanya ‘melepas’ seterusnya Anuar Ibrahim menjadi ‘PM’. Ini tidak mustahil boleh berlaku. Ataupun juga ‘ketiga-tiga’ mereka ni melepas dan ‘Abdullah Ahmad Badawi’ masih lagi menjadi ‘PM’ dan ‘Presiden UMNO’.

Kenyataan Najib ini hendaklah kita beri perhatian serius-seseriusnya dan memikir sedalam-dalamnya tentang kenyataan Najib ini. Sebagai orang melayu yang beragama Islam kita percaya bahawa nama Allah ini tidak boleh di’permain-mainkan’ dan digunakan dengan niat untuk melindungi ‘keburukan’ seseorang itu. Tidak seperti perkataan Islam yang di gunakan sewenang-wenangnya walaupun berniat ‘baik’ atau mungkin mempunyai niat yang tidak baik di dalam sesuatu ‘kumpulan’ tertentu. Apa yang ada dalam hati mereka kita tidak tahu. Kita hanya manusia biasa, bak kata orang, rambut sama hitam tapi hati dan perasaan lain-lain. Tak sama.

‘Nawaitu’ seseorang yang penting samaada menuju perkara ‘kebaikan’ ataupun ‘keburukan’. Ada juga yang mula-mula niatnya baik tetapi setelah ‘terlayan’ seketika niatnya mula berubah dan tanpa disedarinya ‘roh’nya memilih perkara ‘keburukan’ sebagai pedoman dan amalan mereka. Besok ‘neraka’ lah tempatnya. Kalau salah, betulkan saya. Tetapi jika memilih kearah ‘kebaikan’ untuk selama-lamanya dan tidak akan menyimpang dari tujuan yang sebenarnya nescaya dijanjikan ‘syurga’ baginya. Inilah ‘Hadiah’ yang ‘paling istimewa’ untuk kita terimanya atas kebaikan dan yang sentiasa memperhambakan dirinya kepada tuhan. Moral untuk orang melayu islam kita ini ‘sepatut’nya ialah “ Melakukan apa yang disuruh, dan tinggalkan apa yang dia larang”. Inilah inilah yang kita kene buat sebagai ‘orang melayu yang Beragama Islam’. Apa yang dia larang itu ada disebut didalam Al-Quran dan Hadis-Hadis Sahih.

Maaf apa yang saya nak cakapkan ini ‘mencuit' anda dan ini juga peringatan untuk diri saya sendiri.Takpolah kalau tak boleh ‘cepat-cepat’ tu ‘pelan-pelan’ kayuh la bro. cuba ‘ballance’ kan ‘dacing’ yang ada.dan seterusnya lebihkan ‘muatan’nya supaya dapat ‘hadiah’ seperti yang saya sebutkan tadi. Cubalah setakat mana mampu untuk berubah semuanya bergantung pada diri sendiri untuk mengubahnya.

Betulker bro apa yang aku cakap ni? Ker aku dah melalut sampai mana ni? dekat dalam hutan ker aku ni kat tengah laut dah. Macam nak jadi ustaz sekolah rendah jek. Tak pun macam ustaz akhil havvy – betulker spelling aku ni. Cerita macam nak bercakap kat ‘mimbar masjid’ jer aku ni. Ada pulak dapat maki free jek aku ni. Sebelum orang pas kutuk aku, aku mintak maaf dulu banyak-banyak kalau boleh jangan lah kutuk. Bagi komen ‘membina’ dan tegur secara berhemat. – be ‘gentlement’ la bro. Email bagi nasihat kat saya, tegur serta perbetulkan apa yang tak betul tentang ‘syarahan’ saya tadi tu yang panjang Lebar Daun - Lebar Daun adalah antara sebuah syarikat hartanah termaju di Selangor yang dikata dimiliki oleh kroni ‘Dato’ Khir Toyo’ – kalau salah maafkan saya Dato’. Cuma nak tanya dah kene kacau ka belum lagi dengan MB baru kita pasal ‘syarikat’ ni – la ni semua pakat tukar-tukar baru semua orang-orang yang dok atas ni nanti nak nyambut ‘PM’ baru mereka. – maaf ya MB Khalid dan bekas MB Selangor - Khir Toyo . Saja jer nak gurau ngan MB pagi-pagi Ahad ni. Macam dalam akhbar utusan – senyum kambing tu.)

Ni lagi satu nak pesan sempena nak sambut bulan Kemerdekaan negara kita yang ke-51 ni yang dah tak beberapa lama lagi ni. Saya rasa seperti 'perayaan' ini sangat hambar dan tidak seperti yang dialu-alukan sebelum tibanya 'perayaan' ini. Cuma apa yang saya tengok la ni ‘orang kita’ ni buat-buat lupa bender ni dan dah pandai-pandai buat hukum sendiri ataupun tak tahu langsung dengan hukum-hakam agama ini. Yakni mengenai banyak dah orang melayu yang dah tak ikut suruhan dan ajaran agama yang sebenar sebagai panduan hidup mereka. Ada yang 50-50 dan paling dasyatnya yang dah jadi seratus peratus tak ikut langsung. Aku yakin ‘manusia’ macam ni wujud. Inilah dia ‘topeng’ kejahatan dan ‘menjadi duri dalam daging’ dan satu lagi yat yang biasa kita dengar ‘musuh dalam selimut’. InsyaAllah suatu hari nanti kita sendiri tahu siapa yang di maksud kan ‘duri dalam daging’ dan ‘musuh dalam selimut’ ini ?

Dan mana yang sampai seratus peratus ‘KPI’nya apabila dia ‘benar-benar’ mengikut ‘ajaran’ ini. Alhamdulillah, ‘pimpin’lah dan ‘bimbing’lah ‘orang yang di bawah’ ni. Seterusnya jika dia terdiri daripada kalangan ‘pemimpin’ – pimpinlah masyarakat dan negara ini.

Kesimpulan apa yang ingin aku katakan dan ‘mesej’ yang hendak aku sampaikan ini, "Jangan di’permain’ nama Allah ini untuk kepentingan peribadi. Kelak badan binasa. Bertanggungjawablah apa yang dikatakan itu. Untuk dunia dan Akhirat."

Dan Kesimpulan dari ‘fantasi’ yang aku alami selama ini sudah hampir terjawab. Persoalan aku selama ini, Benarkah Najib tidak bersalah dengan pelbagai ‘konspirasi’ dan ‘fitnah’ yang timbul sejak dari dulu lagi hinggalah ke akhir-akhir ini. Ianya nampak menyerang beliau dari berbagai-bagai sudut. ‘Luar’ dan ‘dalam’- Semata-mata untuk menyekat kemaraan karier politik beliau di akhir garisan . Akhirnya aku sudah dapat jawapannya. Jika ini bukan juga jawapannya yang aku carik selama ini, sahlah aku ni ‘gila meroyan’ dan ‘terlebih berfantasi’.

Sebut pasal masalah ‘dalam’, aku nak buat ‘senyum kambing’ sikit kat Dato Najib ngan Datin Rosmah ni tadi dah bagi kat Dato Khir Toyo. Alhamdulillah, nampaknya bender-bender yang ada dalam kain Tok Najib ngan Datin Rosmah ni masih ‘selamat’ dan ‘masih OK’ dan ‘masih belum di nodai’ lagi. Sebabnya saya tak suka nak intai-intai apa yang ada ‘dalam kain’ Dato Najib dan tak sanggup dan tak berniat langsung nak intai apa yang ada ‘dalam kain’ Datin Rosmah ni. Mak saya pun pernah pesan dengan saya , dia kata jangan suka jaga tepi kain ataupun masuk terus dalam kain orang . Berdosa dia kata lagi. Jaga ‘dalam kain’ sendiri sudah. Bak kater orang Negeri Sembilan pulak ‘Tak sanggup den nak tengok bonda-bonda dalam tu. Tapi kalu nak bagi den tengok jugak..den tengok jor lah. Dah dio sendiri nak bagi den tengok. Busuk ker tak busuk den tak kiro lai, janji den tahu crito sebenor-benornya. Sorry yer Dato Najib ngan Datin Rosmah. Gurau-gurau hujung minggu ni. Jangan simpan dalam hati. Nanti sakit hati, pergi jumpa ‘Al-Jabar’, dia ada ubat dan tonik untuk pelbagai penyakit pasal ‘hati’ ni.

Tidak takkan kasih sayang Datin Rosmah pada Dato’ Najib makin hari makin bertambah ‘mesra’ dan 'bahagia' nampaknya sejak akhir-akhir ini dan hari-hari mendatang. Maklumlah besok kalau jadi lah salah satu “Teori” yang akan saya bongkarkan dan ‘bincang’kan disini di cerita akan datang, dengan tajuk "Teori RAHMAN, RAHMAT & RAHMAA" - InsyaAllah Datin Rosmah Mansur ni akan jadi ‘First Lady’ kedua selepas Datin Sri Jean isteri Pak Lah yang ‘baru’– maafkan saya jika spellingnya salah.

Jangan ‘melompat’ dulu Datin Rosmah. Dengan syarat Dato Najib berjaya merempuh semua dugaan dan rintangan yang ada, dan ‘berbekal’kan dan ‘mewarisi’ darah seorang pemimpin negara pada masa lalu. Seperti kata pepatah melayu ‘mana tumpahnya kuah kalau tak ker nasi’, Betul tak Datin? Sebab datin lah yang paling rapat dan ‘kenal’ benar ‘luar dan dalam’ Dato Najib ni. Kami hanya ‘dengar’ dan dapat lihat yang luarnya. Okey, bab senyum kambing ni dah selesai dan cerita Dato' Najib ni sudah hampir selesai ke penghujung ‘syarahan’ aku pagi ahad ini.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda membaca hingga ke akhir. Walaupun agak merapu dan membosankan cerita saya ini. Semoga anda juga mendapat ‘hidayat’ ketika membaca posting terbaru saya ini. Akhiri kalam, aku nak ucapkan “Tahniah dan Syabas” kepada Dato’ Najib secara personal kerana “berani’ menyatakan kebenaran yang ikhlas lagi jujur dari hati", yang kami cari jawapannya selama ini. Sekarang "tabuh telah berbunyi, dan gendang telah di palu. Ayuh teruskan perjuangan mu. Beranilah ke depan demi menyelamatkan kami semua ini". 'Selamat Berjaya dan Berjuang' kepada Dato’ Najib dan Ahli keluarganya. Saya juga berkesempatan mengenali sedikit tentang latar belakang beliau sebagai manusia biasa daripada ‘orang’ yang pernah menjaga beliau sejak dari kecil lagi sehingga lah sekarang ini. Dato Najib, keluarganya serta 'orang-orang tertentu' sahaja tahu siapakah ‘orang’ ini? Terima kasih ‘Dato’. Jasamu takkan ku lupakan hingga akhir hayat.

Wassalam.

‘AMN’
akubencipaklah.blogspot.com


0 comments: