Pengumuman Penting!
Untuk Maklumat dan pengetahuan anda semua, laman blog
akubencipaklah.blogspot.com sedang dalam perhatian pihak blogger.com dan telah disekat dari menambah dan juga menghantar segala bentuk posting di dalamnya.


Di sini juga saya telah menyediakan satu laman blog sementara yang boleh diakses melalui :

ihatepaklah.blogspot.com (mirror).

Harap Maaf...


LATEST POSTING

AHLI PAK LAH DISERANG VIRUS BRONTOK

AHLI UMNO PERLU BERANI....TAK RUGI APA-APA....

DOWNLOAD DAN SEBARKAN (UNTUK AHLI UMNO SAHAJA)

SURAT KAPTEN ZAHAR KEPADA PUCUK PIMPINAN UMNO - PAK LAH & NAJIB HARUS DIHUKUM MANDATORI

Thursday, July 31, 2008

AHLI UMNO PERLU BERANI....TAK RUGI APA-APA...



 

Thursday, July 31, 2008

Pak Lah Diserang Virus Brontok



Selama lima tahun pemerintahan Perdana Menteri yang saya benci ini, kita telah dipertontonkan dan dipersembahkan dengan cerita-cerita yang menarik dan juga yang paling banyaknya adalah yang tidak baik dan tidak menarik langsung. Kita rakyat hanya mampu melihat saja depan mata mereka akan “kebobrokan” pemimpin kita ini. Kebobrokan bermaksud kelemahan ataupun sikap tidak bertanggungjawab dalam bahasa Malaysianya.

Bila saya sebut perkataan “kebobrokan” itu tadi mengingat saya mengenai sejenis virus komputer yang agak terkenal juga pada masa lalu, tak silap saya tahun 2004/05. Virus ini dinamakan “Brontok” atau nama lain “RontokBro”, bro jugak!. (
sila klik sini! Untuk maklumat lanjut) . Kepada yang belum pernah dengar nama ini, saya akan cuba terang serba ringkas. Virus ini berasal dari Indonesia dan dibuat oleh orang Indonesia sendiri. Dia merebak terlalu cepat melalui email-email yang mengandungi ‘attachment file’ yang bernama keygen.exe. Kepada mereka yang menekan ataupun meng”klik” file itu, dengan rasminya anda akan terkena jangkitan virus ini.

Virus “Brontok ini” menyerang dan dapat melumpuhkan sistem operasi Windows anda terutamanya pengguna Windows XP. Virus ini telah meng’take over’ komputer anda tanpa anda sedari. Virus ini juga merebak dengan cepat melalui Pen Drive yang dicucuk di USB port komputer anda. Virus tersebut akan ‘bersembunyi’ di dalam pen drive tersebut dan kemudiannya kan merebak dan terus menyebarkan virus tersebut jika di cucuk ke komputer lain.

Antara simtom-simtonnya yang paling “hebat” ia akan memberi “mesej” jelas kepada anda melalui ‘Web Browser’ anda seperti Internet Explorer secara automatik akan keluar sedang asyik anda melayari internet. Jika anda tutup mesej tersebut. Dia akan keluar kembali. Memang degil dan tidak boleh berbuat apa-apa mengenainya.

Mesejnya adalah seperti berikut :

-- Hentikan kebobrokan di negeri ini –-

1. Adili Koruptor, Penyeludup, Tukang Suap, Penjudi, & Bandar NARKOBA( Send to "
NUSAKAMBANGAN")
2. Stop Free Sex, Absorsi, & Prostitusi
3. Stop (pencemaran laut & sungai), pembakaran hutan & perburuan liar.
4. SAY NO TO DRUGS !!!

-- KIAMAT SUDAH DEKAT –-
Terinspirasi oleh: Elang Brontok (Spizaetus Cirrhatus) yang hampir punah

Dan jika seseorang yang mahir untuk membaiki dan meyelesaikan virus tersebut ataupun kita panggil juruteknik/jurutera computer juga akan memeningkan kepalanya dan mengambil masa yang agak lama untuk menyahkan virus tersebut dari dalam komputer yang dijangkiti itu melainkan ‘terpaksa’ memformat terus hard disk tersebut. Ini merupakan ‘jalan terakhir’ untuk memecahkan kebuntuan tersebut. Berikut merupakan serangan awal virus tersebut. Sekarang ini kebanyakkan anti-virus sudah boleh menghindarkan dan menghapuskan terus virus tersebut.

Virus tersebut akan cuba menghalang dirinya daripada di usir keluar oleh juruteknik komputer dengan pelbagai cara dan helah bagi menyusahkan mereka menyahkan Virus tersebut. Segala bentuk Anti-Virus yang digunakan juga disekat sementara dari berfungsi. Windows Registry juga terus di halang untuk membuat repair dan akan terus men’restart’ kembali komputer anda.

Sungguh ‘dasyat’ mesej ini ditujukan. Tapi ini adalagi yang “dasyat” nak cerita dan aku memang betul respek giler dengan pencipta virus ini. Walaupun dia dianggap sebagai “salah” di dalam “undang-undang” siber ini. Aku respek tang ‘niat’ ataupun ‘nawaitu’ dia tu dan kepandaian dia mencipta virus tu. Sehinggakan komputer yang diserang virus ini akan secara automatiknya akan membanjiri (flood) data-data ke server-server kerajaan Israel bagi melumpuhkan dan menjadikan server-server berkenaan ‘sesak nafas’.

Terdapat 2 cara sahaja untuk menyelesaikan ataupun menyahkan virus tersebut dari terus ‘berkampung’ dan terus merebak ke komputer-komputer lain. Iaitu cara yang pertama, dengan memanggil jurutera yang betul-betul berkelayakkan dan berpengalaman luas tentang keselamatan komputer. Jika tiada masalah virus tersebut akan hilang dalam jangkamasa singkat sahaja.

Dan cara yang kedua, ialah dengan memformat hard disk tersebut. Masalahnya apabila kita memformat sesebuah hard Disk, banyak kerja yang perlu kita lakukan da mengambil masa yang agak panjang untuk menyiapkan keseluruhan dan menginstallasi semua aplikasi yang ada sebelum ini. Tetapi kebaikannya banyak dan sistem pengoperasian komputer akan menjadi segar dan ianya nampak seperti komputer baru .

Apa yang ingin saya perjelaskan di sini berkenaan keadaan Pak Lah dan Virus Brontok ini hampir sama simtom-simtomnya, kesannya dan juga jalan penyelesaiannya. Jika beliau sedar dan bertanggungjawab, beliau perlu akur dan menerima nasihat daripada mereka yang berpengalaman luas dan sedia untuk mengundurkan diri ataupun bersedia memperbaiki keadaan dengan rasa tanggungjawab tanpa ‘membuang’ mereka-mereka ini.

 
 
 

Thursday, July 10, 2008

Melayu Menangis Bila Mahathir Sudah Tiada

Sila mainkan video ini semasa membaca tulisan ini

Hari ini 10 Julai 2008 bersemaan 7 rejab 1429 S.M., maka genaplah umur Negarawan Ulung ataupun dipanggil dengan panggilan ‘Malay Ultra’ yang selama ini yang cemerlang, gemilang dan terbuang iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ke-83 tahun. Terlebih dahulu seperti biasa apabila kita menyambut harijadi seseorang yang tertalu istimewa bagi kita, kita akan ucapkan selamat Hari Lahir Atau Ulangtahun kepada beliau.

Tetapi tahun ini, saya berkesempatan ataupun secara jelasnya ingin mengambil kesempatan yang terlalu berharga buat diri saya ini di dalam seumur hidup saya ini, dan juga sebagai penghargaan yang cuma sedikit ini jika hendak dinilaikan dengan jasa dan pengorbanan beliau semasa hayatnya ini kepada aku dan mungkin kepada semua bangsaku dan juga rakyat jelata yang terdapat di negara ini.

Tidak aku nafikan bahawa jasa dan pengorbanan beliau selama ini tidak boleh kita lupakan begitu sahaja. Tidak aku nafikan juga ‘idea’ dan ‘wawasan’ nya telah dapat aku rasai dan nikmati. Tidak aku nafikan juga ‘pekerjaan’nya dan ‘lakonan’nya begitu memikat dan memukau diri aku. Tidak aku nafikan juga ‘jiwa’nya dan ‘hati’nya juga ‘bersih’ dan ‘terang’.Dan Tidak aku nafikan juga ‘nawaitu’nya ‘jujur’ dan niatnya ‘ikhlas’.

Ini memang tidak boleh aku nafikan sampai bila-bilapun.Tidak kira apapun orang berkata kepada aku.Aku juga bersedia menerima tamparan dan teguran daripada bangsaku sendiri Asalkan bukan dari bangsa asing yang ada di sini.

Aku sudah muak dan mual mendengar beliau di perlekeh-lekehkan kewibawaan dan kehebatan beliau selama aku masih lagi hidup dan juga selama beliau ini masih lagi hidup di dunia ini. Aku marah dan benci kepada mereka-mereka ini yang tidak sudah-sudah memaki, mengeji dan bersikap kurang ajar dengan beliau ini.Aku ‘sedih’ dan ‘berdukacita’ tentang apa yang dilakukan oleh bangsanya kepada dirinya.Dan aku menangis apabila bangsaku sendiri melupakan apa yang telah beliau lakukan demi untuk bangsanya sendiri.

Dan aku merayu dan sujud kepada bangsaku supaya insaf dan lupakan segala persengketaan yang ada demi menyatupadukan bangsa kita kembali. Aku juga masih menangis sekarang ini, untuk aku persembahkan tulisan yang tidak seberapa ini dimataku.

Tapi wajib bagi aku untuk ingat-mengingati antara satu sama lain di antara bangsa ku ini. Aku tidak kisah apa yang akan diperkatakan tentang tulisan aku ini. Tapi aku percaya, cara aku ini dapat menyampaikan ‘Hadiah’ yang tidak seberapa ini untuk Negarawan Ulung ataupun juga pernah dipanggil dengan ‘Ultra Melayu’.

Hari ini dan disaat ini aku rasakan bangsaku sendiri telah ataupun sedang melupai beliau ini. Cukup mudah bagi ku melihat bagaimana beliau ini telah dilupakan oleh bangsanya sendiri.Tiada cerita, tiada berita, tiada amanat, tiada wawasan, dan tiada gambarnya.

Di manakah beliau ini? Sudah hilang di dunia ini kah?Ataupun dia sudah meninggalkan kita? Ataupun dia masih hidup sekarang ini?

Bagi aku nyatalah dia masih hidup dan sentiasa segar di dalam hidup serta perjuangannya. Buat apa dia susah-payah untuk memikirkan nasib bangsa, agama dan negara.Buat apa dia bersusah payah kehulu dan kehilir untuk berjumpa bangsanya. Buat apa dia bersusah payah untuk berkata-kata dan bercakap.Buat apa dia bersusah-payah menegur dan mengkritik pejuang-pejuangnya?

Sengajakah dia untuk menghabiskan masanya dengan perkara-perkara yang tidak untung baginya? Sengajakah dia memberi segala teguran dan kritikan semata-mata untuk mempertahankan dan memperjuangkan hak dan kepentingannya sahaja? Sengajakah dia memporak-perandakan bangsanya sendiri?Namun aku masih tidak mempercayainya. Dan aku tidak akan mempercayainya sampai bila-bila.

Aku juga tahu bangsaku ‘kuat’ dan bangsaku ‘perkasa’.Aku juga tahu bangsaku ‘hormat’ dan ‘taat’ dengan ‘budaya’ dan ‘adat’. Aku juga tahu bangsaku ‘gagah’ dan ‘hebat’ di dunia dan akhirat. Aku juga tahu bangsaku ada ’semangat’ dan ‘pintar’ di dunia ini. Aku juga tahu bahawa bangsaku sudah lupa pada Tun Dr. Mahathir Mohamad

Antara manusia yang kita puji dan kita sanjung tinggi ini selain Rasullullah s.a.w, para sahabat, para anbiyak, para mujahidin, para kiyai-kiyai, para mufti-mufti,tok guru-tok guru para raja-raja dan sultan-sultan melayu yang ada, dan juga tokoh-tokoh melayu yang pernah berjasa kepada agama, bangsa dan negara tercinta ini.

Dahulu ‘Melayu Mudah Lupa, Sekarang “Melayu Sudah Lupa”.

Dahulu Melayu ‘Melayu mudah Lupa’ telah dibisikkan ditelinga bangsaku.
Sekarang ‘Melayu Sudah Lupa’ inilah yang terus melupakan segala bisikan itu.

Dahulu ‘Melayu Mudah Lupa’ inilah yang memperhebat dan memperkasa bangsaku. Sekarang ‘Melayu Sudah Lupa’ inilah yang ‘menghancur’ dan 'membinasakan' bangsa ku sendiri.

Dahulu ‘Melayu Mudah Lupa’ inilah yang berani dan tidak gentar kepada sesiapa. Sekarang ‘Melayu Sudah Lupa’ inilah yang duduk di dalam ketakutan dan kejahilan.

Dan akhir sekali ingin aku katakan ‘Melayu Sudah Lupa’ inilah yang akan menangis juga suatu hari nanti, jika ‘Melayu Mudah Lupa’ ini sudah tiada lagi nanti di dunia.

Mengapa? Kerana hari ini sudah ramai dari bangsaku menangis dan sedih melihat insan ini diperlaku sedemikian rupa oleh bangsanya sendiri. Sedangkan dia masih hidup, masih kuat dan masih bersemangat.

Akhir sekali ingin ku nyatakan rayuanku ini kepada semua bangsaku,
Ingatilah, hargailah, ‘hadiah’kanlah ucapan kemaafan kepada beliau diatas jasa dan pengorbanan beliau selama ini kepada bangsa kita, agama kita dan negara kita ini.

2 comments:

ketam said...

Ya allah selamatkan lah ISLAM dan Bangsa MELAYU,selamatkan lah Malaysia daripada org-org yg jahil dan munafik.

Peliharalah kami dan Mahathir Mohamad dari bala petaka akibat perbuatan orang yg jahil dan munafik.

Anonymous said...

good choice of songs. well done bro!