Tuesday, June 24, 2008
Memperhebat dan Memperkasakan Melayu

Orang Melayu seharusnya menerima dan memikirkan mesej baginda ini secara positif dan mengakuinya serta mengubah sikap masing-masing terlebih dahulu untuk mempersiapkan orang melayu supaya kuat dan menjadi "tuan" di negara sendiri. Mesej baginda ini juga harus mendapat perhatian kepada pemimpin-peminpin yang terdiri dari orang melayu sendiri. Mereka inilah yang dapat memimpin dan melaksanakan apa yang sepatut mereka lakukan demi bangsa melayu keseluruhannya. Tanpa tindakan dan kesedaran mereka ini nescaya apa yang dititahkan oleh baginda ini kelak akan benar-benar menjadi kenyataan. Sedarlah wahai pemimpin-pemimpin melayu hari ini, janganlah memikirkan pangkat dan kekayaan masing-masing semata-mata tapi tugas anda adalah lebih dari itu iaitu memperjuangkan serta memperkasakan bangsa melayu di negara ini supaya mereka ini dapat mempertahankan hak dan mengusai sendiri negara mereka ini.
Perjuangan orang melayu hari ini bukanlah seperti hendak berperang dan membantah dengan pihak british, komunis dan jepun seperti sebelum ini. Tapi perjuangan orang melayu hari ini mestilah jelas dan nyata untuk "memperhebatkan" dan "memperkasakan" keseluruhan orang melayu sendiri. Pada pendapat saya inilah perjuangan yang kita perlu "hidupkan" dan tegakkan pada hari ini. Jangan biarkan orang melayu ketinggalan di belakang, bawalah mereka keluar dari kemiskinan yang mereka alami, tunjukkanlah mereka peluang yang ada demi kepentingan orang melayu hari ini dan berikanlah segala kemudahan dan ilmu yang berguna untuk mereka tempoh hari-hari yang mendatang.
Sekarang ini bermacam-macam persatuan, gabungan, dan dewan-dewan perniagaan untuk membantu dan memberi peluang kepada orang melayu. Persoalan saya, adakah mereka ini berjaya atau mencapai matlamat membawa orang melayu keluar dari kepompong kemiskinan? Adakah mereka berjaya dan mencapai matlamat untuk membawa dan mendorong orang melayu supaya berniaga dan menjadi pedagang? Kesimpulannya saya rasa belum cukup kuat matlamat dan kesediaan mereka-mereka ini membantu orang melayu. Melainkan mereka-mereka ini sibuk mengagih-agihkan dan merayu simpati dari orang lain untuk mendapat kepentingan mereka dan kroni-kroni mereka sahaja dan tidak lupa juga mengenai pengaruh politik yang kuat didalamnya. Maafkan saya dengan kenyatan saya ini. Mungkin penubuhan awalnya mereka begitu bersemangat dan berjiwa melayu tapi setelah apa yang mereka telah dapat dan nikmati, mereka telah lupa dan lalai dalam perjuangan mereka. Hari ini kita lihat peranan persatuan-persatuan, gabungan-gabungan, dewan-dewan yang mengandungi istilah "melayu" ini longlai dan sepi untuk meneruskan dan memberi peluang kepada orang-orang melayu khususnya. Tanyalah sama mereka apa yang mereka telah buat hari ini. Berjayakah? kurang berjaya? ataupun tidak berjaya langsung?.
Dan ingatlah orang-orang melayu semua sebenarnya perjuangan untuk "memperhebatkan" dan "memperkasakan" orang melayu ini tidak akan tamat dan selesai hingga akhir zaman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment