Pengumuman Penting!
Untuk Maklumat dan pengetahuan anda semua, laman blog
akubencipaklah.blogspot.com sedang dalam perhatian pihak blogger.com dan telah disekat dari menambah dan juga menghantar segala bentuk posting di dalamnya.


Di sini juga saya telah menyediakan satu laman blog sementara yang boleh diakses melalui :

ihatepaklah.blogspot.com (mirror).

Harap Maaf...


LATEST POSTING

AHLI PAK LAH DISERANG VIRUS BRONTOK

AHLI UMNO PERLU BERANI....TAK RUGI APA-APA....

DOWNLOAD DAN SEBARKAN (UNTUK AHLI UMNO SAHAJA)

SURAT KAPTEN ZAHAR KEPADA PUCUK PIMPINAN UMNO - PAK LAH & NAJIB HARUS DIHUKUM MANDATORI

Thursday, July 31, 2008

AHLI UMNO PERLU BERANI....TAK RUGI APA-APA...



 

Thursday, July 31, 2008

Pak Lah Diserang Virus Brontok



Selama lima tahun pemerintahan Perdana Menteri yang saya benci ini, kita telah dipertontonkan dan dipersembahkan dengan cerita-cerita yang menarik dan juga yang paling banyaknya adalah yang tidak baik dan tidak menarik langsung. Kita rakyat hanya mampu melihat saja depan mata mereka akan “kebobrokan” pemimpin kita ini. Kebobrokan bermaksud kelemahan ataupun sikap tidak bertanggungjawab dalam bahasa Malaysianya.

Bila saya sebut perkataan “kebobrokan” itu tadi mengingat saya mengenai sejenis virus komputer yang agak terkenal juga pada masa lalu, tak silap saya tahun 2004/05. Virus ini dinamakan “Brontok” atau nama lain “RontokBro”, bro jugak!. (
sila klik sini! Untuk maklumat lanjut) . Kepada yang belum pernah dengar nama ini, saya akan cuba terang serba ringkas. Virus ini berasal dari Indonesia dan dibuat oleh orang Indonesia sendiri. Dia merebak terlalu cepat melalui email-email yang mengandungi ‘attachment file’ yang bernama keygen.exe. Kepada mereka yang menekan ataupun meng”klik” file itu, dengan rasminya anda akan terkena jangkitan virus ini.

Virus “Brontok ini” menyerang dan dapat melumpuhkan sistem operasi Windows anda terutamanya pengguna Windows XP. Virus ini telah meng’take over’ komputer anda tanpa anda sedari. Virus ini juga merebak dengan cepat melalui Pen Drive yang dicucuk di USB port komputer anda. Virus tersebut akan ‘bersembunyi’ di dalam pen drive tersebut dan kemudiannya kan merebak dan terus menyebarkan virus tersebut jika di cucuk ke komputer lain.

Antara simtom-simtonnya yang paling “hebat” ia akan memberi “mesej” jelas kepada anda melalui ‘Web Browser’ anda seperti Internet Explorer secara automatik akan keluar sedang asyik anda melayari internet. Jika anda tutup mesej tersebut. Dia akan keluar kembali. Memang degil dan tidak boleh berbuat apa-apa mengenainya.

Mesejnya adalah seperti berikut :

-- Hentikan kebobrokan di negeri ini –-

1. Adili Koruptor, Penyeludup, Tukang Suap, Penjudi, & Bandar NARKOBA( Send to "
NUSAKAMBANGAN")
2. Stop Free Sex, Absorsi, & Prostitusi
3. Stop (pencemaran laut & sungai), pembakaran hutan & perburuan liar.
4. SAY NO TO DRUGS !!!

-- KIAMAT SUDAH DEKAT –-
Terinspirasi oleh: Elang Brontok (Spizaetus Cirrhatus) yang hampir punah

Dan jika seseorang yang mahir untuk membaiki dan meyelesaikan virus tersebut ataupun kita panggil juruteknik/jurutera computer juga akan memeningkan kepalanya dan mengambil masa yang agak lama untuk menyahkan virus tersebut dari dalam komputer yang dijangkiti itu melainkan ‘terpaksa’ memformat terus hard disk tersebut. Ini merupakan ‘jalan terakhir’ untuk memecahkan kebuntuan tersebut. Berikut merupakan serangan awal virus tersebut. Sekarang ini kebanyakkan anti-virus sudah boleh menghindarkan dan menghapuskan terus virus tersebut.

Virus tersebut akan cuba menghalang dirinya daripada di usir keluar oleh juruteknik komputer dengan pelbagai cara dan helah bagi menyusahkan mereka menyahkan Virus tersebut. Segala bentuk Anti-Virus yang digunakan juga disekat sementara dari berfungsi. Windows Registry juga terus di halang untuk membuat repair dan akan terus men’restart’ kembali komputer anda.

Sungguh ‘dasyat’ mesej ini ditujukan. Tapi ini adalagi yang “dasyat” nak cerita dan aku memang betul respek giler dengan pencipta virus ini. Walaupun dia dianggap sebagai “salah” di dalam “undang-undang” siber ini. Aku respek tang ‘niat’ ataupun ‘nawaitu’ dia tu dan kepandaian dia mencipta virus tu. Sehinggakan komputer yang diserang virus ini akan secara automatiknya akan membanjiri (flood) data-data ke server-server kerajaan Israel bagi melumpuhkan dan menjadikan server-server berkenaan ‘sesak nafas’.

Terdapat 2 cara sahaja untuk menyelesaikan ataupun menyahkan virus tersebut dari terus ‘berkampung’ dan terus merebak ke komputer-komputer lain. Iaitu cara yang pertama, dengan memanggil jurutera yang betul-betul berkelayakkan dan berpengalaman luas tentang keselamatan komputer. Jika tiada masalah virus tersebut akan hilang dalam jangkamasa singkat sahaja.

Dan cara yang kedua, ialah dengan memformat hard disk tersebut. Masalahnya apabila kita memformat sesebuah hard Disk, banyak kerja yang perlu kita lakukan da mengambil masa yang agak panjang untuk menyiapkan keseluruhan dan menginstallasi semua aplikasi yang ada sebelum ini. Tetapi kebaikannya banyak dan sistem pengoperasian komputer akan menjadi segar dan ianya nampak seperti komputer baru .

Apa yang ingin saya perjelaskan di sini berkenaan keadaan Pak Lah dan Virus Brontok ini hampir sama simtom-simtomnya, kesannya dan juga jalan penyelesaiannya. Jika beliau sedar dan bertanggungjawab, beliau perlu akur dan menerima nasihat daripada mereka yang berpengalaman luas dan sedia untuk mengundurkan diri ataupun bersedia memperbaiki keadaan dengan rasa tanggungjawab tanpa ‘membuang’ mereka-mereka ini.

 
 
 

Wednesday, June 18, 2008

Melayu Akan Mengemis Di Bumi Sendiri? (Part II)

Ada antara melayu bukannya lahir dari keluarga jutawan ataupun hartawan. Melayu ini bermacam-macam peringkat kehidupannya. Mereka ini terdiri dari yang kaya, miskin, bijak pandai, yang malas, yang samseng dan sebagainya. Mereka ini hanya menyambung salasilah nenek moyang mereka. Jika nenek moyang mereka berada dalam kelompok kaya ataupun hartawan. Secara automatiknya mereka juga akan menjadi kaya raya hasil dari kekayaan nenek moyang mereka. Jika nenek moyang meraka berasal dari golongan miskin, secara automatiknya mereka akan menjadi miskin kerana nenek moyang mereka miskin. Apa yang ada itulah mereka dapat. Melainkan mereka sedar dan berusaha untuk memajukan diri mereka dari kehidupan yang miskin lagi daif kepada kehidupan yang lebih baik dan sempurna.


Tetapi semua ini tidak datang bergolek kepada kita. Semua ini tidak akan turun dari langit kepada kita. Semua ini tidak dijanjikan yang kita mesti dapat apabila kita dilahirkan. Semua ini tidak mudah diperolehi oleh semua orang dalam sekelip mata.

Tetapi apabila mereka-mereka ini yang telah kaya ataupun telah dapat kesenangan dan kemewahan yang mereka perolehi hasil kesungguhan mereka, mereka telah lupa diri, mereka hanya mementingkan diri sendiri, bermegah-megah, menjadi tamak haloba dan berlumba-lumba untuk menambah kekayaan yang ada. Mereka telah lupa asal usul mereka, mereka tindas bangsa mereka sendiri, mereka sombong dengan bangsa sendiri, mereka mengasingkan diri mereka dari masyarakat orang melayu yang lain, mereka memperkecilkan bangsa mereka sendiri dan mereka tidak mempedulikan masa depan bangsa mereka sendiri malah mereka beranggapan masyarakat melayu hari ini kuno. Tidak sesuai dengan kehidupan mereka sekarang. Mereka berlaku kejam kepada bangsa mereka sendiri. Inilah yang dapat kita lihat hari ini. Mereka hanya memikirkan untuk menambah kekayaan sahaja. Meraka sanggup menutup peluang kepada orang melayu lain dan memberinya kepada bangsa asing ataupun membolot segala apa yang ada untuk kepentingan diri sendiri. Ini semua kerana wang dan kekayaan semata-mata. Rasuah dikalangan orang melayu sendiri sudah berleluasa, bak kata pepatah ‘alah bisa tegal biasa’. Walaupun mereka tahu ianya salah disisi agama dan undang-undang negara. Rasuah juga membuatkan mereka buta dan menjadi tamak haloba. Bangsa asing hanya mengunakan wang sahaja bagi mengaburi mata orang melayu. Mereka juga mampu memiliki apa sahaja mengikut kehendak mereka. Maka terlepas peluanglah orang melayu lain dan terbuka luas lah peluang ini kepada bangsa asing.

Bagi bangsa asing pula mereka sangat bersungguh-sungguh dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memajukan diri mereka walaupun mereka tahu peluang orang melayu di negara ini sangat besar dan kukuh berbanding untuk bangsa mereka di sini. Malah mereka saling bantu-membantu sesama mereka dengan memberikan peluang perniagaan dan bantuan kewangan kepada bangsa mereka sendiri tanpa memilih bulu. Mereka mendominasi dalam bidang-bidang tertentu dalam sektor ekonomi, perniagaan, pekerjaaan dan sebagainya, bagi memberi jalan dan peluang kepada bangsa mereka sendiri. Kita tidak boleh menyalahkan mereka dalam hal ini kerana mereka begitu bijak, berani dan mementingkan masa depan mereka dan bangsa sendiri. Mereka juga tahu asal dan ketuanan melayu di negara ini. Dan mereka juga tahu hak mereka dimana berbanding dengan orang melayu di negara ini. Tetapi hari ini mereka berhak mendapat apa yang telah mereka usahakan oleh generasi mereka sebelum ini. Mereka berusaha untuk mendapatkan hak sama-rata dengan orang melayu. Malah sekarang ini mereka begitu bangga menjadi rakyat malaysia di mana di sinilah mereka telah dapat segala-galanya berbanding dengan orang melayu yang masih terkapai-kapai dalam arus pembangunan negara. Saya percaya, jika masih di negara asal mereka, nescaya mereka mungkin tidak sehebat ini. Mereka juga tahu dan kita juga mengetahuinya yang orang melayu ini adalah mempunyai kuasa beli yang tertinggi di sini berbanding dengan bangsa lain. Mereka membuat keuntungan yang besar dari kuasa beli orang melayu itu sendiri.

Ada antara kita juga menyatakan walaupun jumlah bangsa lain dinegara ini terlalu kecil dibandingkan dengan jumlah org melayu di negara ini. Sebab itu statistik 18% penguasaan ekonomi bagi orang melayu ini menjadi kecil . Cuba kita banyangkan sejenak. Jika bangsa mereka yang jumlahnyer kecil tetapi ekuiti/taraf hidup mereka tinggi nescaya selepas ini anak-cucu mereka yang bakal mereka lahirkan secara automatiknya juga taraf hidup mereka juga akan lebih tinggi dan terjamin hasil dari kekayaan nenek moyang mereka pada hari ini. Apa bezanya 5,10,20 tahun akan datang. Dimanakah kedudukan anak-anak dan cucu cicit kita pada masa itu ? adakah mereka ini akan bertuankan bangsa asing di negara sendiri ataupun menjadi tuan di negara sendiri? Eloklah kita fikirkan sejenak, bermuhasabah diri dan merancang untuk meningkatkan taraf hidup kita sebagai orang melayu di negara sendiri.

...bersambung

0 comments: