Tuesday, July 15, 2008
MUHYIDDIN CABAR NAJIB ?

Jika ini lah yang akan berlaku , saya berpendapat ahli UMNO akan ‘berteriak kegembiraan’ sambil melompat-lompat dan bersyukur kerana salah seorang pejuangnya yang diyakini akan kemampuan beliau selama ini akan menyatakan hasratnya untuk bertanding.
Dan saya juga yakin, keberanian beliau ini turut di sokong dan direstui oleh ahli-ahli UMNO keseluruhannya. Pada pandangan saya juga, TS Muhyiddin ini juga ‘layak’ untuk di gelar sebagai ‘Timbalan Presiden’ ataupun Timbalan Perdana Menteri ataupun juga ‘layak’ juga digelar Presiden UMNO. Ini kerana beliau telah lama ‘berkorban’ untuk berkhidmat dan berjuang di dalam UMNO ini.
Dan seperti yang kita maklum, TS Muhyiddin ini juga mempunyai ‘rekod bersih’ dan ‘cemerlang’ diantara pemimpin-pemimpin UMNO yang ada hari ini. Selama beliau berada di dalam UMNO ini tidak ada satupun kontroversi dan juga salah laku TS Muhyiddin ini kita dengar dan baca di akhbar-akhbar dan juga di internet. Dan jika adapun adakah ianya dapat dibandingkan dengan kontroversi-kontroversi ataupun skandal yang ada pada DS Najib dan juga DS Abdullah sendiri.
Di sini saya ingin ulas dan memberi pendapat serba sedikit tentang apa yang telah dikatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad siang tadi semasa menghadiri perasmian Pejabat Pentadbiran dan Biro Pengaduan Awam Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) di sini hari ini ( Sila baca di sini). Beliau menyatakan bahawa TS Muhyiddin ini berpeluang untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO yang kini disandang oleh DS Najib pada pemilihan jawatan peringkat tertinggi UMNO yang bakal diadakan pada hujung tahun nanti.
Menurut beliau lagi, tanggapan rakyat ataupun ahli-ahli UMNO amnya kepada DS Najib nampak beliau ini begitu ‘lemah’ dan ‘takut’ untuk melakukan suatu perubahan dan pemulihan segera di dalam UMNO yang sedang mengalami masalah kepimpinan yang ‘syok sendiri’ hari ini. Menurut beliau lagi, beliau menggambarkan TS Muhyiddin ini nampak bebas dari ‘kongkongan’ DS Abdullah berbanding Najib yang dikatakannya dikongkong dan bersikap ‘Yes Bos!’ ini.
Hari ini terus terang saya katakan, Ahli UMNO dan juga rakyat mahukan ‘perubahan besar’ dalam kedudukan tertinggi di dalam UMNO. Ahli UMNO khususnya telah bosan dan marah tentang ‘kepimpinan tertinggi UMNO ketika ini. Mereka nampak begitu yakin dan membuat keputusan sendiri tanpa menghiraukan permintaan ahli akar umbi ini. Mereka juga telah menyuarakan pandangan dan pendapat mereka untuk di dengari oleh pemimpin-pemimpin ini.
Tetapi malangnya ‘suara kecil’ ini tenggelam dan langsung tidak dipedulikan. Mereka sudah berangan-angan dan menentukannya terlalu awal untuk melihat dan menampakkan masa depan UMNO ini akan ‘selamat’ dan ‘pulih’ sepenuhnya tanpa di ajak ahli-ahli akar umbi ini sama untuk menentukannya. Ini semua telah kita lihat dan saksikan tentang keputusan-keputusan yang telah di putuskan oleh mereka-mereka sebelum ini. Dan adakah kita juga akan menyaksikan mereka-mereka ini akan membuat satu keputusan yang membelakangi ahli akar umbi umno lagi? Jawapannya adalah Tidak dan sudah cukup bagi muka kepada mereka-mereka ini. Nasihat saya jangan kita ulangi kesilapan yang lalu lagi dan insaflah berkenaan perkara-perkara yang telah kita lakukan untuk UMNO ini.
Sekiranya TS Muhyiddin ini menyatakan hasratnya dan mendapat sokongan penuh untuk bertanding, apakah beliau juga sudah ‘bosan’ dan ‘marah’ dengan DS Najib yang menurut Tun Dr Mahathir Mohamad yang berucap pada suatu majlis di Port Dickson sabtu lalu. Dalam kenyataanya itu, beliau telah mengatakan terdapat perjanjian diantara mereka berdua ini iaitu diantara DS Najib dan TS Muhyiddin berkenaan jawatan dan kedudukan mereka ini di peringkat tertinggi UMNO. Adakah TS Muhyiddin ini telah ‘naik angin’ dan ‘tidak boleh menerima’ pengkhianatan najib tentang perjanjian mereka ini?
Jika betul lah terdapat perjanjian diantara mereka di mana DS Najib dikatakan telah mengkhianati perjanjian tersebut. Saya rasa sebagai seorang pejuang bangsa, agama dan Negara yang tulin, beliau harus menyatakan hasratnya dengan ikhlas untuk bertanding pada pemilihan UMNO kali ini. Sama ada ‘membalas dendam’ terhadap Najib setelah pengkhianatan yang dilakukan oleh DS Najib ini ataupun beliau lagi ‘berani’ untuk ‘membalas dendam’ terhadap DS Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden UMNO yang dikatakan ‘punca’ segala permasalahan yang berlaku hari ini di dalam UMNO dan Negara amnya.
Walau apa-apapun yang berlaku saya harap pertandingan ataupun pemilihan yang bakal diadakan nanti ini akan mendapat satu keputusan yang adil dan bersih. Dan juga boleh diterima oleh semua ahli akar umbi dan bukannya setakat ketua-ketua bahagian ataupun wakil-wakil rakyat tertentu sahaja yang menerima keputusan tersebut. Ketua-ketua bahagian juga diingatkan supaya ‘jujur’ dan ‘bertindak betul’ dalam menyuarakan hasrat ataupun usul yang akan dibentangkan pada menyuarat cawangan UMNO yang bakal menyusul tidak berapa lama lagi ini.
Beranilah, lantanglah dan jujurlah pada diri sendiri untuk menyuarakan ketidakpuasan hati anda dan juga tentang masalah-masalah kepimpinan yang terdapat hari ini yang akan membinasakan UMNO itu sendiri pada masa akan datang. Sekirannya ketua-ketua bahagian ini ‘tidak menghiraukan langsung’ dengan ‘suara kecil’ ini maka ‘berdosa’ dan ‘jahil’ lah saya ingin katakan kepada mereka-mereka yang telah dilantik oleh suara-suara kecil ini. Saya juga menyeru kepada anda semua, jika mereka-mereka yang tidak bertanggung jawab membawa ‘suara’ kecil ini keatas akan kita adili mereka ini ataupun kita singkirkan sebagai wakil kita kerana ketidak jujuran yang telah mereka lakukan selama ini.
Diharap juga mereka dapat ubah pendirian dan betulkan diri sendiri dahulu tentang apa yang telah mereka lakukan sebelum ini yang lari dari matlamat asal dan perjuangan mereka di dalam UMNO ini. Kepada mereka-mereka yang ‘benar’ dan ‘sayang’kan UMNO ini demi bangsanya, agamanya dan juga negaranya. Bertindaklah segera dan ikhlas untuk memperbetul dan mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada hari ini. Semoga apa yang diharapkan oleh ahli-ahli akar umbi selama ini di terima dan dipandang serius oleh mereka-mereka yang bertangungjawab ini. Kita masih ada masa lagi sekarang ini, lakukan lah dengan cara yang tertib mengikut perlembagaan UMNO ini dan jangan di salah gunakan UMNO ini untuk kepentingan diri sendiri. Dan juga demi menyelamatkan UMNO, orang-orang melayu khususnya ahli-ahli UMNO harus bersatu padu, sepakat membuat keputusan dan mengambil tindakan dengan segera.
Monday, July 14, 2008
LAPORAN – PROGRAM BERSAMA TUN MAHATHIR DI PORT DICKSON

Tarikh : 12 Julai 2008 (Sabtu)
Masa : 9.30 Pagi
Tempat : Port Dickson Golf & Country Club
Anjuran : Kelab Alumni SMK Bukit Saujana, Port Dickson
Sebelum saya meneruskan laporan saya berkenaan Program Bersama Tun Mahathir bertempat di Port Dickson Golf & Country Club ini, saya ingin mengucapkan sekalung ‘Tahniah Dan Syabas’ kepada Kelab Alumni SMK Bukit Saujana, Port Dickson kerana ‘berjaya’ menganjurkan majlis yang penuh bermakna lagi bersejarah ini. Mereka ini terdiri daripada bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana Port Dickson yang diketui oleh saudara Syuhairie Shaharuddin.
Dianggarkan sebanyak 600 orang yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, tidak kira tua, muda, dan yang mengharukan saya lagi kehadiran beberapa ‘pelajar sekolah rendah’ turut hadir ke majlis ini demi untuk mendengar amanat dan penjelasan daripada orang yang mereka sanjungi dan kasihi iaitu negarawan unggul kita Tun Dr. Mahathir Mohamad dan juga ‘ahli fikir negara’ TS Sanusi Junid berkenaan isu-isu semasa dan politik tanahair yang sejak akhir-akhir ini yang tidak menentu dan ‘hanyir’.
Seperti biasa saya dan sahabat baik saya Mr Styloo memulakan perjalanan kami dari rumah. Yang paling istimewanya rombongan kami ini disertai oleh ‘Brother Jinggo’ yang juga saya gelarkan ‘The Best Malaysian Photographer’. Kami tiba di majlis tersebut pada pukul 10.30 pagi. Kami disambut dengan senyuman dan layanan yang cukup istimewa daripada petugas-petugas yang terdiri dari ahli jawatankuasa penganjur program ini. Kami seterusnya menjamah sarapan pagi yang telah di sediakan sambil menunggu kehadiran Tun Mahathir Mohamad.
Setelah menjamah makanan dan juga sempat menghabiskan sebatang rokok (amaran oleh kerajaan Malaysia, merokok membahayakan kesihatan) kamipun menuju ke Dewan Utama untuk mendengar amanat dan mesej penting daripada pemimpin-pemimpin dan ‘pejuang bangsa’ ini. Kami dapati ruang dewan telah dipenuhi dengan manusia-manusia yang ‘prihatin’ tentang nasib diri mereka dan juga nasib negaranya ketika ini. ‘Syabas dan Tahniah’ juga saya ucapkan kepada mereka-mereka yang telah hadir ke majlis ini.
Kami juga telah dibekalkan dengan atucara majlis di samping 2 helai kerta A4 putih karangan bahasa inggeris yang bertajuk Racist? What Racist? Yang telah di tulis dan dikarang oleh Saudara Kamarul Azman Habibur Rahman iaitu Pengerusi Pengelola Program tersebut . Beliau juga merupakan ‘Cikgu’ di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana Port Dickson. Saya akan paparkan isi kandungannya di tajuk yang yang lain.
Dalam ucapannya juga beliau menyentuh tentang ‘mereka-mereka yang lupa’ dan kecewa dan dianggap tidak mengenang budi dan lupa daratan. Beliau juga menceritakan beberapa pengalaman menarik beliau semasa menuntut di luar negara untuk di kongsi bersama kepada semua mereka yang hadir di majlis itu. Beliau juga sempat menyentuh peranan ‘menantu’ PM dan juga ‘tingkat 4’ yang mencampuri dan yang menentukan corak pemerintahan negara hari ini. Saya sungguh tertarik mendengar ucapan dan penjelasan beliau ini.
Antara kata-katanya yang saya petik dan dianggap menarik yang ingin dikongsikan di sini adalah, antara katanya ‘Jika Tunku Abdul Rahman di kenali sebagai Bapa Kemerdekaan, Tun Abdul Razak di kenali sebagai Bapa Pembangunan, Tun Husien Onn sebagai Bapa Perpaduan, Tun Mahathir Sebagai Bapa Permodenan, Manakala Abdullah Ahmad Badawi dikenali sebagai ‘Bapa Mertua Khairy Jamaluddin’. Kemudian seterusnya keadaan dewan menjadi gamat dengan gelak ketawa para hadirin termasuk aku ini.
Sebagai seorang pendidik beliau juga sedar tentang ‘masalah-masalah’ yang di hadapi oleh anak-anak muda pada masa ini dan seterusnya berharap agar mereka ini dapat mengubah minda, sedar, prihatin tentang nasib bangsanya, agamanya dan juga negaranya supaya masa depan negara ini akan terjamin dan selamat di tangan bangsanya sendiri. Amanat dan nasihat beliau ini sangat berharga dan boleh dijadikan panduan kepada anak-anak muda yang mendengarnya. Saya juga sentiasa akan ingat dengan pesanan dan nasihat-nasihat daripada cikgu ini tentang apa yang telah beliau perkatakan dengan panjang lebar di dalam ucapannya itu. Tepukan yang gemuruh telah diberikan kepada cikgu ini oleh para hadirin selepas beliau mengakhiri ucapan beliau pada pagi itu. Syabas dan Tahniah juga patut saya berikan kepada ‘pendidik bangsa’ ini.
Antara ucapan dan mesejnya yang menarik yang ingin saya ceritakan di sini ialah tentang ‘budi’. Mesej ini di tujukan kepada pemimpin-pemimpin yang ada hari ini dan juga kepada semua orang-orang melayu amnya tentang sikap dan perangai mereka yang sudah lupa akan jasa dan budi seseorang yang telah banyak menaburkan jasa dan bakti kepada bangsanya, agamanya dan juga negara yang tercinta ini.
Dalam ucapan beliau juga, beliau menyatakan perasaan sedih dan kesal bagaimana pemimpin-pemimpin yang dahulunya di beri peluang dan dijadikan menteri-menteri kabinet oleh Tun Dr Mahathir Mohamad telah lupa dan tidak mengenang budi langsung di atas jasa-jasa Tun selama ini kepada mereka. Malah mereka juga turut ‘mengutuk’ dan ‘megeji’ Tun dengan kata-kata kesat ataupun senang saya cakap di sini mereka ini bersikap kurang ajar. Mereka-mereka ini tidak langsung menghargai dan menghormati apa yang telah Tun lakukan dan laksanakan demi untuk bangsa, agama dan negara ini.
Menurut beliau lagi, semasa perjumpaan ketua-ketua bahagian dengan DS Abdullah Badawi yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini, mereka telah diberi wang sebanyak RM100, RM200 dan juga ada yang menerima RM300 sebagai hadiah untuk kehadiran mereka di sini. Disamping wang tunai tersebut, mereka juga di berikan kain pelikat setiap seorang dan juga penginapan percuma semata-mata untuk mendapat sokongan daripada semua ketua bahagian yang hadir. Begitu murahnya maruah diri mereka-mereka ini sehingga di gula-gulakan oleh DS Abdullah Ahmad Badawi ini.
Beliau juga menceritakan dan memberikan sedikit gambaran dan kisah tauladan bagaimana seekor lembu dan seekor anjing boleh menghormati dan mendengar kata tuannya kerana mengenangkan jasa tuannya yang memberikan makan dan minum dan juga menjaga mereka dengan sebaik-baiknya. Itu binatang tetapi bagaimana dengan manusia-manusia yang kita panggil pemimpin ini? Adakah mereka lagi rendah martabatnya daripada binatang-binatang yang disebutkannya tadi. Jikalau saya, saya beranggapan ianya ‘benar’ bahawa martabat dan maruah mereka ini lebih rendah berbanding dengan lembu dan anjing yang di sebut oleh TS Sanusi Junid ini tadi. Terpulanglah kepada anda, apa yang patut anda katakan pula berkenaan kenyataannya ini.
Di sini juga saya tidak dapat menghuraikan dengan lebih lanjut lagi kerana banyak juga ucapan dan kisah tauladan yang di petik dari kata-kata ahli pemikir dan ahli-ahli falsafah yang lain seperti ‘Alexander Fraser Tytler’ dan yang lain-lain lagi. Ini kerana saya bukanlah seorang pengkaji dan pembaca buku ‘tegar’ seperti TS Sanuji Junid ini. Cuma di sini saya dapat tuliskan dan paparkan tentang kata-kata yang di petik dari seorang ahli fikir dan juga seorang peguam dari barat ini untuk kita fahami bersama-sama yang berbunyi :
“From bondage to spiritual faith; From spiritual faith to great courage; From courage to liberty; From liberty to abundance; From abundance to complacency; From complacency to apathy; From apathy to dependence; From dependence back into bondage.”
Kenyataan ini juga saya petik daripada seseorang yang pemberi komen yang juga dikenali sebagai ‘pesanan’ di dalam posting saya bertajuk "Pak Lah Serah Kuasa tahun 2010 – Ikhlas Atau dot.dot.dot. ?".Terima kasih saya ucapkan kepada mereka-mereka ini. Apa yang ungin saya sampaikan di sini mesej dan cerita daripada TS Sanusi Junid ini juga penuh dengan ‘mesej’ dan ‘pengajaran’ yang kadang-kadang agak sukar kita fahami dan dalaminya. Ucapan beliau ini juga di berikan tepukan gemuruh dan semua hadirin berdiri sebagai tanda hormat dan berterima kasih di atas ucapannya itu. Semoga apa yang telah disampaikan oleh TS Sanusi Junid ini dapat ‘menyedarkan’ dan ‘sampai’ kepada para hadirin yang hadir di majlis itu.
Saya tidak akan menyentuh semua perkara yang telah di sampaikan oleh negarawan Unggul kita ini. Ini kerana banyak-banyak perkara yang beliau sentuh sudahpun kita ketahui dan baca ataupun kita dengar tentang apa yang telah berlaku mengenai masalah kepimpinan kita hari ini. Diantaranya mengenai sejarah dan perjuangan UMNO sejak sebelum merdeka hinggalah kehari ini, tentang kejayaan UMNO yang luar biasa yang dapat menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa, tentang kekalahan yang juga luar biasa Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum yang lalu, tentang penerimaan rakyat sejak merdeka kepada kepada parti perikatan seterusnya menjadi parti Barisan Nasional (BN) ini, tentang pembangunan yang kita lihat hari ini berbanding dengan pembangunan yang sedang ataupun yang telah dilaksanakan oleh DS Abdullah Ahmad Badawi hari ini, dan juga beliau menyentuh tentang kelemahan dan cara-cara pemerintahan DS Abdullah Ahmad Badawi hari ini yang semakin hari semakin menunjukkan kuasanya itu.
Di sini saya cuma ingin menyentuh tentang isu terbaru yang hangat dan sibuk di perbincangkan oleh rakyat ketika ini yang turut disentuh oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu mengenai peralihan kuasa oleh DS Abdullah Ahmad Badawi kepada DS Najib pada bulan Jun 2010 nanti. Saya juga ada menghuraikan serba sedikit sebelum ini di posting saya berkenaan hal peralihan kuasa ataupun layak dipanggil ‘pemimpin gila kuasa’ ini.
Dalam Ucapan Tun Dr Mahathir ini juga telah menyelar dan mengutuk keputusan DS Abdullah Ahmad Badawi ini berkenaan peralihan kuasa yang telah diputuskan pada tahun 2010 ini nanti. Menurut beliau lagi Keputusan yang telah di buat ini akan menyebabkan UMNO ini akan lumpuh dan susah untuk diperbetulkan dan seterusnya akan hancur binasa pada suatu hari ini jika kita tidak bertindak mulai sekarang in juga. Beliau juga tidak menafikan kemungkinan ini berlaku jika Perdana Menteri yang ada sekarang ini iaitu DS Abdullah ini kekal sebagai Perdana menteri dan tidak akan meletakkan jawatannya sekarang ini juga. Kenyataan beliau ini turut diberikan tepukan gemuruh tanda mereka juga bersetuju dengan kata-kata Tun Dr. Mahathir ini.
Diantara kata-katanya yang mencuit hati saya dan juga para hadirin ialah tentang cara-cara penyerahan kuasa pemimpin-pemimpin terdahulu. Di mana belum ada diantara mereka-mereka ini termasuk dirinya yang berkata bahawa mereka akan meletakkan jawatan 2 tahun daripada sekarang. Kemudian di sambut gelak ketawa para hadirin.
Beliau juga mengingatkan juga bahawa sebelum pilihanraya yang ke-13 nanti, iaitu dalam jangka masa 4 tahun dari sekarang ini kita akan mempunyai 2 orang Perdana Menteri. Yang di maksudkan beliau ialah DS Abdullah Ahmad badawi dan juga DS Najib Tun Razak. Beliau juga menyatakan keresahan beliau jika masa yang di beri kepada DS Najib Tun Razak ini tidak cukup masa untuk memperbetulkan dan memulihkan UMNO yang sekarang ini di dalam keadaan yang begitu lemah dan tidak bermaya ini. Beliau juga menyingkap bagaimana perkembangan parti-parti kompenan Barisan Nasional (BN) hari ini seperti MCA, MIC dan Gerakan telah di tolak oleh rakyat dan secara keseluruhannya Barisan Nasional ini juga di tolak oleh rakyat khususnya.
Beliau juga tidak yakin kepada Perdana Menteri yang ada sekarang ini dapat memulih dan memperbetulkan UMNO ini termasuk DS Najib sendiri jika penyerahan kuasa ini akan dilakukan pada tahun 2010 nanti. Katanya lagi kita cuma ada satu jawapan sahaja bagaimana untuk memulihkan dan memperbetulkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) ini iaitu “DS Abdullah Ahmad Badawi mesti meletakkan jawatannya sekarang ini juga”. Seterusnya para hadirin terus bersorak dan memberikan tepukan sebagai tanda setuju tentang apa yang negarawan unggul ini katakan.
Mengenai DS Najib pula, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mempertikaikan kenyataan-kenyataan yang telah di buat oleh DS Najib ini yang selama ini menyokong segala keputusan dan kenyataan DS Abdullah Ahmad Badawi. Dan dalam masa yang sama DS Najib juga di serang dengan pelbagai tuduhan yang akan membawa kepada ketidakpercayaan rakyat kepadanya. Tun Dr. Mahathir berkata demikian kerana beliau begitu yakin terhadapan kemampuan DS Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada DS Abdullah Ahmad Badawi ini, jika tidak beliau akan ‘kempunan’ untuk menjadi Perdana Menteri pada suatu hari nanti.
Menurut beliau lagi, terdapat satu perjanjian diantara DS Najib dan TS Muhyidin Yasin berkenaan kerusi Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO yang bakal dipertandingkan pada bulan Disember nanti. Menurut perjanjian tersebut DS Najib telah bersetuju akan menjadi Presiden UMNO manakala TS Muhyidin Yasin akan menjadi timbalannya. Yang menjadi persolannya sekarang adakah DS Najib telah melanggar perjanjian tersebut dan berpaling tadah oleh kerana beliau telah bersetuju dan akur dengan keputusan DS Abdullah Ahmad Badawi untuk bertanding dan kemudiannya akan kekal sebagai Presiden UMNO?
Dan diakhir ucapan beliau ini, beliau telah mengingatkan semua ahli UMNO supaya bersatu padu, berani serta rasa bertanggungjawab untuk memperbetulkan dan juga memulihkan parti UMNO yang tercinta ini. Kemudian hadirin memberikan ‘standing ovation’ serta memberi tepukan yang sangat gemuruh kepada Negarawan unggul ini. Nampak mereka begitu memberi perhatian penuh sewaktu Tun Dr. Mahathir memulakan ucapannya hinggalah keakhir ucapan beliau. Diwajah mereka begitu puas setelah mendengar penjelasan yang agak panjang juga daripada Tun Dr. Mahathir ini. Saya juga sempat melihat salah seorang peserta yang hadir menitiskan airmatanya yang tidak dapat ditahan lagi.
Sekian dahulu laporan saya yang agak panjang lebar ini di samping ingin memberi gambaran yang jelas tentang majlis yang diadakan di Port Dickson ini buat semua pengunjung-engunjung di blog saya ini . Saya berharap anda tidak bosan membacanya. Akhir kata saya memohon ampun dan maaf sekiranya penulisan saya ini agak tersasar dan terdapat kesalahan di dalam laporan saya ini.
- Laporan ini telah disediakan oleh : AMN – moderator akubencipaklah.blogspot.com
Gambar-gambar berkenaan majlis ini boleh didapati di laman web - Jinggo Fotopages
Friday, July 11, 2008
Pak Lah Serah Kuasa tahun 2010 – Ikhlas Atau dot.dot.dot. ?

Bukankah beliau sendiri tahu tentang kehendak ahli akar umbi UMNO supaya ‘menyegerakan peralihan kuasa kepada DS Najib’. Ataupun membiarkan ahli akar umbi membuat penilaian di atas kemajuan dan prestasi beliau yang di tunjukkan selama ini dan membuat keputusan siapa yang mereka hendak pilih? Kalau beliau seorang ‘gentlement’, biarkan lah sahaja mereka ini hendak buat apa pun. Beliau mesti akur dengan kehendak akar umbi dan rakyat khususnya jika mereka rasa beliau tidak diperlukan lagi dan perlu digantikan dengan orang lain. Dan bukannya dengan bertindak untuk membuat ‘rancangan’ tertentu ataupun menentukannya sendiri dan membelakangi suara akar umbi UMNO ini.
Nampak seperti ada satu rancangan ‘BESAR’ selepas ini untuk mengekalkan jawatannya sebagai Presiden UMNO seterusnya jawatan Perdana Menteri yang di sandangnya ketika ini. Tahun 2010 yang dinyatakan ini bukan untuk tujuan menyegerakan peralihan kuasa tapi seperti hendak melambat-lambatkan waktu selagi ‘nawaitunya’ selama ini belum dimakbulkan. Apakah ‘nawaitunya’ itu. Saya pun tidak tahu. Hanya tuhan dan dia sahaja yang mengetahuinya. Baik nawaitunya itu baiklah bagi diri saya dan anda semua tapi tidak baik nawaitunya itu, biar tuhan saja yang menentukan dan membalasnya.
Mengapa pula di sekat orang-orang tertentu bercakap dan menegur berkenaan dirinya dan yang memeranjatkan saya pula beliau ini telah ‘menyerah’ diri untuk bertanding pula jawatan Presiden Umno pada bulan Disember nanti. Dan lagaknya hari ini seperti ingin mempertahankan kedudukan paling atas dan bukannya sebagai PM ataupun presiden UMNO. Paling atas maksud saya di sini ialah untuk mengekalkan ‘KUASA’ yang dimiliki sekarang ini. Bukan pasal UMNO ataupun ingin membela nasib rakyat yang ada kat Malaysia ini. Mungkin ada ‘nawaitu’ lain di sebalik ini semua. Percayakah anda jika saya katakan setelah kenyataan yang dibuat ini iaitu akan menyerahkan kuasa kepada DS Najib pada 2010, perancangannya selepas ini adalah untuk mengekalkan Kerusi Presiden UMNO dengan apa cara sekalipun dan seterusnya kekal memegang jawatan Perdana Menteri? Jik anda tidak percaya, kita tunggu apabila tiba masanya.
Walaupun dia tahu ahli akar umbi tentu tidak akan menyetujuinya. Sekarang kita lihat di dalam-dalam akhbar dan stesen TV hari ini semunya memaparkan dan menyatakan sokongan-sokongan yang padu kepada Pak Lah dan DS Najib. Walaupun ini juga belum di putuskan oleh akar umbi melalui mesyuarat cawangan mahupun bahagian. Macammana orang seperti Pak Lah dan Mat Taib ini tahu apa yang akan berlaku dan keputusan yang akan di buat selepas mesyuarat cawangan dan bahagian yang akan di mulakan tidak berapa lama lagi ini? Inilah sikap pemimpin kita hari ini yang selalu membuat kenyataan yang terlalu yakin ataupun bahasa Inggerisnya ‘Over Confident’. Jangan sampai pisang berbuah dua kali wahai pemimpin-pemimpin melayu ku. Bak kata pepatah, kerana mulut badan binasa. Binasa yang macammana? Teruskan membaca.
Mengapa beliau masih ‘dungu’ dan masih ‘tebal kulit mukanya’? Apakah yang beliau hendak tunjukkan kepada rakyat lagi sebenarnya. Apakah beliau rasa perlu untuk mengekalkan jawatannya kerana untuk memulihkan ekonomi negara yang saban hari semakin merundum ini?. Bukan di negara kita sahaja yang merundum. Malah negara-negara di dunia ini juga dalam keadaan yang sama. Apakah beliau ini di kira ‘bijak’ ataupun ‘genius’ untuk mengatasi segala masalah ini? Kenapa beliau perlu tunggu lagi sehingga 2010? Jika beliau ‘bijak’ dan ‘genius’ sekalipun adakah kita rasa bertuah dan ‘menghargai’ tentang apa yang beliau telah lakukan selama ini?
Sudahlah Pak Lah! Bagi saya dan juga masyarakat yang ada disekiling saya ini merasakan Pak Lah sepatutnya awal-awal lagi sudah menarik diri ataupun meletakkan jawatan secara ‘gentlement’ samaada sebagai Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO. Awal-awal lagi itu saya maksudkan di sini, selepas kekalahan ‘teruk’ dan ‘mengaibkan’ kepada BN tempoh hari ini. Walaupun 'berdegil' untuk melepaskan jawatannya, tetapi atas dasar ‘tolak ansur’ dan ‘sayang’ kepada Pak Lah ini kerana beliau tergolong dari kalangan orang melayu dan juga islam. Saya rasa tindakkannya itu perlulah ‘dihormati’ dan ‘terpaksa’ mengikut prosedur biasa iaitu melalui pemilihan di dalam UMNO sendiri. Ini lagi baik dan terhormat. Saya yakin rakyat semua menyetujuinya dan membuat keputusan melaluinya.
Jika beliau sebagai Pengurus ataupun Jurulatih Real Madrid ataupun Liverpool sudah lama beliau di buang kerja dan ditamatkan perkhidmatannya. Dan tentunya juga akan mendapat cemuhan dari penyokong-penyokong setia pasukankan itu. Apa beliau fikir, beliau akan ‘mati’ selepas tidak memegang jawatan tersebut? Kalau inilah yang beliau fikir, saya rasa Pak Lah ini dah macam bukan orang islam lagi. Nampak zahir nya seperti orang Islam, tetapi di dalamnya, Allah sahaja yang tahu. Saya cuma berkata ‘macam’ sahaja ataupun ‘seperti’, sila fahami maksud saya ini. Saya tidak suka orang salah mentafsirkan kenyataan saya ini. Jika keimanan dalam nya kuat kerana Allah dan demi untuk rakyat, Alhamdulillah. Seperti yang dikata di dalam kitab, Allah janjikan syurga baginya.Tetapi jika sebaliknya anda sendiri tahu dimana tempatnya.
Tapi jika niat dan tujuannya lari dari matlamat dan perjuangan yang sebenar, aku cuma mintak tuhan tunjukkan ataupun pertontonkan ataupun bongkarkan segala perbuatan beliau yang buruk-buruk itu kepada rakyat dan di hukum semasa di dunia ini jika beliau berniat ‘tidak baik’ dan juga menzalimi rakyatnya. Dan biarlah tuhan yang menentukan amalannya di akhirat kelak. Kita sebagai manusia ‘berhak’ berdoa dan memohon petunjuk dariNya. Tiada apa yang perlu ditakutkan ataupun dirisaukan tentang perkara ini jika beliau selama ini bertindak betul dan tidak lari dari tanggungjawab beliau yang sebenar.
Pak Lah tidak merasakan apa-apa kesalahan berkenaan kekalahan teruk dan mengaibkan Barisan Nasional (BN) tempoh hari. Itu yang saya musykil dan rasa tidak sedap hati hingga ke hari ini. Beliau tidak langsung nampak bertanggungjawab ataupun memberi 1001 sebab ‘kukuh’ berkenaan kekalahan teruk ini. Memanglah BN masih mengekalkan kuasanya lagi. Tapi kekalahan seperti ini juga tidak boleh di terima oleh orang-orang UMNO, MIC, MCA dan parti kompenan lain khususnya rakyat jelata.
Mana ‘post mortem’nya tentang punca kekalahan BN ini? Sampai hari ini ‘diam seribu bahasa’ dan masih bermain’ nyorok-nyorok’ berkenaan hal ini. Melainkan apa yang saya dengar tentang kekalahan ini beliau menyalahkan Tengku Razaleigh, Tun Mahathir dan Ketua-ketua bahagian UMNO yang sabotajnya dan menyebabkan kekalahan itu. Itu sahaja alasan yang diberi hingga ke hari ini. Mana dia semua ini tunjukkan kepada saya. Kalau saya salah berkenaan hasil post mortem ini, yang mungkin sudah diedarkan kepada semua ataupun di paparkan diakhbar-akhbar semasa. Saya minta maaf dengan kenyataan saya ini. Maknanya saya ini ‘outdated’ tentang perkara ini.Maafkan saya sekali lagi.
Mengapa sebelum pilihanraya , mereka nampak ‘bersemangat’, ‘terlalu yakin’, ‘bongkak’ dan ‘riak’ dengan mengatakan BN akan merampas kembali Kelantan serta menamakan Bakal Menteri Besar Kelantan yang baru. Dan saya juga cukup ‘benci’ tentang misinya iaitu menjadikan negara ini ‘pembangkang sifar’. Ingat ini macam nak buat ‘setinggan sifar’ seperti di Selangor ker?. Baik beliau cakap misi utama beliau ‘kemiskinan sifar’, InsyaAllah BN akan menang tempoh hari.
Tapi kalah akhirnya juga. MasyaAllah. Apa masalah mereka-mereka ini sehinggakan ‘terlalu yakin’ untuk mencapai ‘kemenangan besar’ seperti itu. Adakah ini sebagai ‘hadiah’ ataupun ‘petunjuk’ dari Tuhan berkenaan sikap-sikap dan perbuatan mereka ini? Dan benarlah doa dan sembahyang hajat yang dilakukan oleh Tok Guru Nik Aziz bersama orang-orang islam yang lain di Stadium Sultan Muhammad IV itu dimakbulkan oleh Allah. Allah sahaja yang mengetahuinya. Wallahualam. Anda fikirlah sendiri.
Segala persiapan dan promosi di TV yang saya sendiri rasa agak keterlaluan. Dan yang paling saya benci mengapa Pak Lah yang hendak menentukan dan menapis serta memilih orang-orangnya untuk di ketengahkan sebagai wakil kepada rakyat. Mana undang-undang beliau pakai ini? Bukankah sepatutnya Wakil kepada rakyat ini, rakyat sendiri yang pilih dan tentukan siapa yang berhak. Ini tidak, apa yang saya perhatikan dalam pilihan raya yang lepas ini kebanyakkannya mereka ‘terkejut berok’ dan ‘tension’ dengan wakil-wakil yang dilantik oleh kerajaan Pak Lah ini. Memanglah bukan semua tempat Pak Lah meletakkan orang-orangnya, lagipun ini bukan negara milik beliau. Ini negara untuk semua orang yang ada kerakyatan dan kewarganegaraan Malaysia. Sukahati mak bapak dia sahaja nak buat seperti itu.
Adakah beliau tahu bahawa sebelum pilihanraya bermula ‘mood’ rakyat terhadap beliau begitu benci dan kurang percaya dengan cara pentadbiran dan pemerintahan beliau? Adakah beliau buat-buat tidak tahu tentang pandangan dan ‘fitnah’ masyarakat tentang anak dan menantunya? Dan adakah beliau buat-buat tidak tahu tentang ‘beberapa orang’ yang terlibat dan mempergunakan dan membazirkan wang rakyat begitu sahaja? Dan adakah beliau buat-buat tidak tahu dan menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh Tun Mahathir dan juga penulis-penulis blog kepada beliau? Adakah beliau buat-buat tidak tahu tentang ‘idea’ dan ‘wawasan’ nya ini ‘kosong’ dan tiada memberi apa-apa makna kepada rakyat amnya?
Jika beliau tidak bersalah dan beliau benar, mengapakah tidak diberi penjelasan yang jelas lagi terang supaya tidak menimbulkan segala keraguan (syubhah) dan ‘fitnah’ nyata ini kepada rakyat amnya. Mengapakah di biarkan rakyat membuat segala bentuk ‘fitnah’ dan ‘perkara-perkara yang beliau sendiri kata “Ini semua tidak betul!” . Dan mengapa ‘fitnah-fitnah’ dan cerita-cerita tentang keburukan beliau hampir satu dunia telah mengetahuinya.
Jika beliau benar tentang perkara ini dan beliau tidak melakukan apa-apa kesalahanpun kepada negaranya dan rakyatnya . Sepatutnya tidak timbul perkara-perkara ini. Logiknya saya bagi contoh terdekat dengan kita iaitu Menteri Besar Kelantan, yang telah memegang tampuk pemerintahan negeri Kelantan selama 18 tahun. Saya yakin beliau Betul dan Jujur kerana sehingga hari ini tidak timbul sebarang fitnah ataupun cerita-cerita yang tidak elok berkenaan hal beliau? Jika saya salah sila betulkan saya. Tidak pula penulis-penulis blog menghentam Menteri besar Kelantan ini. Jika Mohamad Sabu, Hadi awang dan lain-lain ini saya percayalah ada juga terdapat di forum-forum ataupun blog-blog di internet. Dan saya bukannya penyokong PAS pun. Buat apa pulak saya nak puji-puji berkenaan dengan PAS ini dengan menggunung. Ini cuma sebagai contoh dan sebagai perbandingan saya berkenaan kenyataan saya diatas tadi dan juga sebagai penilaian untuk anda nilaikan sendiri. Bagi saya Orang-orang PAS juga orang Islam dan orang UMNO juga orang Islam.
Dan menambahkan kemusykilan saya ini. Mengapa pula orang seperti Menteri Besar Kelantan ini tidak menegur dan cuba memberi nasihat kepada Pak Lah seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad lakukan? Adakah Menteri Besar ini merasakan apa yang telah dilakukan oleh Pak Lah ini benar-sebenarnya betul dan ikhlas untuk kepentingan agama, bnagsa dan negaranya? Adakah Menteri Besar Kelantan ini menganggap Pak Lah seperti ‘George W. Bush' ataupun Ehud Olmert? Dan tidak perlu ditegur dan di larang langsung? Jika Pak Lah ini benar dan betul. Tidak mengapa, saya akan memohon maaf secara terbuka di blog saya ini berkenaan ‘cerita fantasi’ saya ini kepada anda semua. Saya masih menunggu kebenaran beliau ini.
Tetapi Jika beliau ‘salah’ ataupun telah melakukan perkara-perkara yang sudah menyimpang jauhnya, Tidak wajarkah sebagai orang islam dan juga melayu yang kuat luar dan dalam agamanya ini menegur dan memperbetulkan kesilapan yang telah dilakukan oleh Pak Lah ini? Katakanlah, jika dikatakan sebab parti yang berlainan punca beliau tidak boleh menegur dan memperbetulkan kesilapan yang dilakukan oleh seseorang mukmin di dunia ini.Susah saya untuk mengkategorikan apa maknanya semua ini terhadap Menteri Besar Kelantan ini. Mungkin ada yang hikmah ‘tersembunyi’ di sebaliknya. Wallauallam.
Hari ini kita lihat, sebagai orang melayu dan tentunya beragama Islam, hanya membiarkan sahaja dan langsung tidak mahu mengambil berat tentang masalah dalaman orang-orang melayu itu sendiri. Hari ini kita lihat berbagai-bagai masalah sosial yang berlaku terutamanya kepada orang melayu islam ini. Banyak anak-anak orang melayu ini jadi ‘bebas’ dan seperti tiada pedoman dalam kehidupan mereka seharian. Maafkan saya berkata sedemikian rupa. Tiada yang sanggup membimbing dan membawa mereka serta berusaha menunjukkan kepada mereka kepada jalan yang benar sebenar-benarnya.
Orang kita nampaknya sudah tidak kisah berkenaan hal dalaman ini. Dan kemudiannya terus menghukum dan meyisihkan mereka-mereka ini atas apa yang mereka telah lakukan. Inilah kesilapan kita yang paling ‘besar’. Kita semua kalau boleh mahu buat ataupun ikut apa yang bangsa lain buat. Jika tidak buat kita ini dikira jumud ataupun ketinggalan zaman ataupun tidak professional ataupun tidak ‘standard’. Saya rasa inilah ‘punca’ permasalahan orang melayu yang paling besar hari ini. Kita mesti merubahnya sebelum ‘terlambat’ dan ‘menyesal’ suatu hari nanti.. Kalau saya salah, sila betulkan saya dan maafkanlah saya. Jangan biarkan saya membuat tuduhan melulu ataupun melampau ini kepada bangsa saya sendiri.
Terus terang saya cakap, jika beliau rasa betul dan tahu apa yang di buat selama ini demi kepentingan rakyat, sebenarnya beliau telah ‘silap besar’ dan ‘tidak sedar diri’. Seperti dialog di dalam cerita P.Ramlee bertajuk 3 Abdul.- “Tua kutuk tak sedar diri, nak mampos” yang di katakan oleh Abdul Wahid – anak kedua Ismet Ulam Raja di dalam cerita itu. Saya pasti sangat anda semua telah menonton cerita tersebut. Sungguh terhibur dan tidak berasa jemu apabila melihat cerita ini berkali-kali.
Jika beliau tahu tentang perkara-perkara yang telah saya sebutkan di atas dan masih bersikap buat-buat tidak tahu, maaflah apa yang ingin saya cakapkan di sini bahawa mata dan hatinya telah tertutup untuk menerima sebarang kebenaran dan menolak segala kemungkaran yang berlaku di depan mata beliau. Beliau juga akan meneruskan ‘nawaitu’nya itu demi kepentingan peribadi semata-mata ataupun mempunyai agenda pihak-pihak tertentu. Wallaualam. Terus terang aku katakan, sekarang ini saya tidak percaya ‘bulat-bulat’ tentang ‘kealiman’ dan ‘ketawadukkan’ seseorang yang dikatakan imam besar Islam Hadhari ini iaitu Pak Lah ini.
Jika ikutkan pandangan aku ini selain Allah sahaja yang tahu akan hakikat dan kebenaran beliau, dan ketaatan beliau mengikut suruhan agama. Saya yakin sebagai manusia yang telah dianugerahkan oleh Allah ‘Akal’ kepada kita dan ‘cahaya’ islam yang benar lagi suci yang telah di turunkan kepada kita. Kita akan dapat menilaikan seseorang itu melalui perwatakkan, percakapan, mahupun melalui perbuatannya itu. Ini sudah cukup jelas bagi kita mentakrifkan sesuatu ‘kebenaran’ dan ‘keburukan’ yang berlaku di depan mata kita. Bukan aku sahaja sebagai orang melayu islam, tetapi bangsa lain yang bukan islam juga memahami dan mengetahui tentang beliau ini. Percayakah anda dengan kata-kata saya ini? Jika anda percaya teruskan membaca. Jika menganggap kenyataan saya ini salah. Berhentilah sampai di sini, teruslah lakukan kerja-kerja anda yang lain.
Jika hati dan mata orang-orang lain yang duduk disekeliling beliau juga sudah tertutup dan membenarkan segala ‘kemungkaran’ dan ‘keburukan’ ini berlaku, maka betullah apa yang telah dikatakan oleh ‘guru’ saya berkenaan dengan ‘hijab nafsu’ dan ‘hijab akal’ yang telah di sebut dalam Islam. Maafkan saya berkata sedimikian kepada ‘orang-orang ini’. Maafkan saya sekali lagi tentang apa yang telah saya maksudkan ini. Jika saya salah mentafsirkan tentang perkara ini di harap ‘mereka yang bertanggungjawab’ dapat memperbetulkan pengertian saya ini Ini kerana supaya saya ini tidak sesat dalam mencari ‘cahaya’ Islam yang sebenar-benarnya. Carilah maksud tersebut di yahoo ataupun google untuk memahaminya maksud yang saya sebutkan tadi dengan lebih lanjut ataupun merujuknya kepada ‘orang-orang yang tahu’ mengenai hal ini.
Bukan niat saya untuk memandai-mandai di sini ataupun ingin menunjukkan kehebatan saya sebagai orang islam yang terlalu pandai ataupun tinggi ilmunya ataupun disuruh oleh orang-orang tertentu untuk menjatuhkan beliau ini, dan ataupun membuat ‘fitnah’ seperti yang beliau gambarkan dan katakan tempoh hari di akhbar-akhbar dan stesen-stesen TV. Anda silap. Saya di sini sebagai rakyat biasa dan juga ahli umno yang begitu sayangkan UMNO ini, saya bukannya ahli professional, bukan wali, bukan Tok Imam ataupun guru agama. Saya adalah insan biasa seperti anda semua, masih kurang ilmunya dan mungkin lagi teruk lagi dari anda. Saya perlu menyatakan apa yang datang dari dalam hati saya, perasaan saya dan juga penglihatan saya ini kepada anda semua. Itu sahaja.
Terpulanglah kepada anda menilainya. Jika saya salah, sila tegur dan betulkan apa yang saya salah. Saya tidak kisah dan bersedia di tegur tentang kesalahan saya ini dan pada bila-bila masa juga. Tidak salah bagi saya jika ada orang yang ‘prihatin’ dan ‘baik niatnya’ untuk membetulkan pendirian seseorang itu. Asalkan menuju kebaikan dan kemajuan sesama umat manusia di bumi ini terutamanya untuk orang-orang melayu khasnya. Saya juga memohon ampun dan maaf sekiranya kata-kata saya di dalam tulisan saya ini menyinggung dan mengguris perasaan anda. Saya minta maaf sekali lagi.
MELAYU SUDAH LUPA
Sekarang bangsanya juga masih dipijak,
Melayu sudah lupa,
Dulu bangsanya retak,
Sekarang bangsanya juga masih retak,
Melayu sudah lupa,
Dulu bangsanya teriak,
Sekarang bangsanya sunyi dan gelita,
Melayu sudah lupa,
Dulu bangsanya haprak,
Sekarang bangsanya lagi haprak,
Melayu sudah lupa,
Dulu bangsanya kelas dua,
Sekarang bangsanya kelas ketiga,
Melayu sudah lupa,
Dulu bangsanya hina,
Sekarang bangsanya juga hina,
Melayu sudah lupa,
Dulu bangsanya sengketa,
Sekarang bangsanya masih juga bersengketa,
Melayu sudah lupa,
Dulu bangsanya derita,
Sekarang juga bangsanya masih juga menderita,
Melayu sudah lupa,
Dulu bangsanya kerdil,
Sekarang bangsanya masih juga kerdil,
Melayu sudah lupa,
Dulu bangsanya terpencil,
Sekarang bangsanya lagi terpinggir,
Melayu sudah lupa,
Tiada daulat, Tiada hormat,
Tiada maruah, Tiada muka,
Tiada bebas, Tiada merdeka,
Dulu melayu mudah lupa, Sekarang Melayu sudah lupa,
Dulu melayu mudah lupa, Sekarang Melayu sudah lupa,
Dulu melayu mudah lupa, Sekarang Melayu sudah lupa,
Sejarah bangsanya yang lena, Akan kita hebatkan dan perkasakan,
Tanah lahirnya yang merekah berdarah, Akan kita sedarkan mereka,
Ingatlah Ingatlah Ingatlah,
Wahai bangsaku,
Insaflah Insaflah Insaflah,
Wahai bangsaku,
Melayu Sudah Lupa,
Melayu Sudah Lupa,
Melayu Sudah Lupa,
Kita sudah lupa sekarang ini, Bangun dan sedarlah,
Kerana perjuangan kita ini tidak akan selesai selamanya,
Dan akan kita pertahan sampai bila-bila,
Hingga keakhir hayat .
Ditulis dan diolah kembali oleh : AMN, Petaling Jaya, Selangor
Karya asal : Melayu Mudah Lupa – Tun Dr. Mahathir Mohamad
Read more on this article...
Thursday, July 10, 2008
Melayu Menangis Bila Mahathir Sudah Tiada
Sila mainkan video ini semasa membaca tulisan ini
Hari ini 10 Julai 2008 bersemaan 7 rejab 1429 S.M., maka genaplah umur Negarawan Ulung ataupun dipanggil dengan panggilan ‘Malay Ultra’ yang selama ini yang cemerlang, gemilang dan terbuang iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ke-83 tahun. Terlebih dahulu seperti biasa apabila kita menyambut harijadi seseorang yang tertalu istimewa bagi kita, kita akan ucapkan selamat Hari Lahir Atau Ulangtahun kepada beliau.
Tetapi tahun ini, saya berkesempatan ataupun secara jelasnya ingin mengambil kesempatan yang terlalu berharga buat diri saya ini di dalam seumur hidup saya ini, dan juga sebagai penghargaan yang cuma sedikit ini jika hendak dinilaikan dengan jasa dan pengorbanan beliau semasa hayatnya ini kepada aku dan mungkin kepada semua bangsaku dan juga rakyat jelata yang terdapat di negara ini.
Tidak aku nafikan bahawa jasa dan pengorbanan beliau selama ini tidak boleh kita lupakan begitu sahaja. Tidak aku nafikan juga ‘idea’ dan ‘wawasan’ nya telah dapat aku rasai dan nikmati. Tidak aku nafikan juga ‘pekerjaan’nya dan ‘lakonan’nya begitu memikat dan memukau diri aku. Tidak aku nafikan juga ‘jiwa’nya dan ‘hati’nya juga ‘bersih’ dan ‘terang’.Dan Tidak aku nafikan juga ‘nawaitu’nya ‘jujur’ dan niatnya ‘ikhlas’.
Ini memang tidak boleh aku nafikan sampai bila-bilapun.Tidak kira apapun orang berkata kepada aku.Aku juga bersedia menerima tamparan dan teguran daripada bangsaku sendiri Asalkan bukan dari bangsa asing yang ada di sini.
Aku sudah muak dan mual mendengar beliau di perlekeh-lekehkan kewibawaan dan kehebatan beliau selama aku masih lagi hidup dan juga selama beliau ini masih lagi hidup di dunia ini. Aku marah dan benci kepada mereka-mereka ini yang tidak sudah-sudah memaki, mengeji dan bersikap kurang ajar dengan beliau ini.Aku ‘sedih’ dan ‘berdukacita’ tentang apa yang dilakukan oleh bangsanya kepada dirinya.Dan aku menangis apabila bangsaku sendiri melupakan apa yang telah beliau lakukan demi untuk bangsanya sendiri.
Dan aku merayu dan sujud kepada bangsaku supaya insaf dan lupakan segala persengketaan yang ada demi menyatupadukan bangsa kita kembali. Aku juga masih menangis sekarang ini, untuk aku persembahkan tulisan yang tidak seberapa ini dimataku.
Tapi wajib bagi aku untuk ingat-mengingati antara satu sama lain di antara bangsa ku ini. Aku tidak kisah apa yang akan diperkatakan tentang tulisan aku ini. Tapi aku percaya, cara aku ini dapat menyampaikan ‘Hadiah’ yang tidak seberapa ini untuk Negarawan Ulung ataupun juga pernah dipanggil dengan ‘Ultra Melayu’.
Hari ini dan disaat ini aku rasakan bangsaku sendiri telah ataupun sedang melupai beliau ini. Cukup mudah bagi ku melihat bagaimana beliau ini telah dilupakan oleh bangsanya sendiri.Tiada cerita, tiada berita, tiada amanat, tiada wawasan, dan tiada gambarnya.
Di manakah beliau ini? Sudah hilang di dunia ini kah?Ataupun dia sudah meninggalkan kita? Ataupun dia masih hidup sekarang ini?
Bagi aku nyatalah dia masih hidup dan sentiasa segar di dalam hidup serta perjuangannya. Buat apa dia susah-payah untuk memikirkan nasib bangsa, agama dan negara.Buat apa dia bersusah payah kehulu dan kehilir untuk berjumpa bangsanya. Buat apa dia bersusah payah untuk berkata-kata dan bercakap.Buat apa dia bersusah-payah menegur dan mengkritik pejuang-pejuangnya?
Sengajakah dia untuk menghabiskan masanya dengan perkara-perkara yang tidak untung baginya? Sengajakah dia memberi segala teguran dan kritikan semata-mata untuk mempertahankan dan memperjuangkan hak dan kepentingannya sahaja? Sengajakah dia memporak-perandakan bangsanya sendiri?Namun aku masih tidak mempercayainya. Dan aku tidak akan mempercayainya sampai bila-bila.
Aku juga tahu bangsaku ‘kuat’ dan bangsaku ‘perkasa’.Aku juga tahu bangsaku ‘hormat’ dan ‘taat’ dengan ‘budaya’ dan ‘adat’. Aku juga tahu bangsaku ‘gagah’ dan ‘hebat’ di dunia dan akhirat. Aku juga tahu bangsaku ada ’semangat’ dan ‘pintar’ di dunia ini. Aku juga tahu bahawa bangsaku sudah lupa pada Tun Dr. Mahathir Mohamad
Antara manusia yang kita puji dan kita sanjung tinggi ini selain Rasullullah s.a.w, para sahabat, para anbiyak, para mujahidin, para kiyai-kiyai, para mufti-mufti,tok guru-tok guru para raja-raja dan sultan-sultan melayu yang ada, dan juga tokoh-tokoh melayu yang pernah berjasa kepada agama, bangsa dan negara tercinta ini.
Dahulu ‘Melayu Mudah Lupa, Sekarang “Melayu Sudah Lupa”.
Dahulu Melayu ‘Melayu mudah Lupa’ telah dibisikkan ditelinga bangsaku.
Sekarang ‘Melayu Sudah Lupa’ inilah yang terus melupakan segala bisikan itu.
Dahulu ‘Melayu Mudah Lupa’ inilah yang memperhebat dan memperkasa bangsaku. Sekarang ‘Melayu Sudah Lupa’ inilah yang ‘menghancur’ dan 'membinasakan' bangsa ku sendiri.
Dahulu ‘Melayu Mudah Lupa’ inilah yang berani dan tidak gentar kepada sesiapa. Sekarang ‘Melayu Sudah Lupa’ inilah yang duduk di dalam ketakutan dan kejahilan.
Dan akhir sekali ingin aku katakan ‘Melayu Sudah Lupa’ inilah yang akan menangis juga suatu hari nanti, jika ‘Melayu Mudah Lupa’ ini sudah tiada lagi nanti di dunia.
Mengapa? Kerana hari ini sudah ramai dari bangsaku menangis dan sedih melihat insan ini diperlaku sedemikian rupa oleh bangsanya sendiri. Sedangkan dia masih hidup, masih kuat dan masih bersemangat.
Akhir sekali ingin ku nyatakan rayuanku ini kepada semua bangsaku,
Ingatilah, hargailah, ‘hadiah’kanlah ucapan kemaafan kepada beliau diatas jasa dan pengorbanan beliau selama ini kepada bangsa kita, agama kita dan negara kita ini.
SELAMAT HARI LAHIR KE-83 - TUN MAHATHIR

KEPADA
TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
JASA DAN PENGORBANAN DIKAU AKAN KUSEMAT DI DALAM HATIKU DAN AKAN KU PERJUANGKAN “PERJUANGAN’ MU INI DEMI BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR TERCINTA INI.
Yang benar lagi ikhlas,
AMN & AHLI KELUARGA
MODERATOR AKUBENCIPAKLAH.BLOGSPOT.COM
PETALING JAYA SELANGOR
ILMU, KUASA DAN EKONOMI - Bahagian II
tidak Bro..kita org islam tidak tamak seperti Bansa Pendatang..kita duduk negara org contohnya di UK pun kita hormat dengan tradisi masyrakat sana..tapi bangsa pendatang ini kurang ajar Bro tak hormat kat kita..mempersoalkan agama kita yg sudah wujud sebelum mereka mendapat permit kerja di lombong..mempersoalkan institusi di Raja kita yg sudah wujud sebelum mereka di bawa sbg buruh asing..mempersoalkan hak kita yg telah dipersetujui oleh tok nenek moyang mereka...saudara PJ pernah dengar org melayu mempersoalkan atau mengadakan forum tentang kerakyatan bangsa pendatang? Tentang sjkc dan sjkt..tak ada saudara so sy tahu org melayu mempunyai hati perut yg baik bukan mcm kafir laknatullah ini..kecuali saya sahaja yg tidak iktiraf mereka sbg rakyat Tanah Melayu (Tamat tempoh permit bekerja di laombong dan estet)..
Elok ada org tgh mcm saudara untuk meredakan keadaan tp kita lihat org melayu jugak yg baik hati tak nak gaduh2 dengan CINA ni macam saudara..saudara jd pendamai tp saya agak radikal dalam isu agama, sultan dan hak melayu kerana sy benci dengan propaganda komunis bangsa pendatang serta hujah2 mereka mengenai perlembagaan yg menyimpang jauh..
Saya mahu katakan pada saudara, jgn percaya dengan muka manis mereka serta janji2 transparency, fair, keterbukaan and so on krn itu sumenya tipu..nak tahu perangai CINA kita kene pergi kat tempat majoriti CINA seperti di Johor, N9, Selangor, Perak dan Penang. Mengapa org melayu tempatan di Kelantan dan Terengganu tidak racis se racis melayu di 5 negeri melayu ini? Kalo saudara bekerja atau belajar ditempat mereka..saudara boleh tahu betapa adil ke tak mereka ini..sama juga dengan business betapa jujur ke atau nak menolong kita ke tak mereka ini...
Wallahualam..
Salam,
Saudara Pembela Negara,
Saya sungguh menghargai dan hormat dengan pendapat dan pandangan saudara Pembela Negara tentang kenyataan ini. Saya juga berharap, ramai lagi di dalam forum ini yang bersikap seperti anda.dan terus terang say ajuga berniat begitu.Di mana kita cuba sedaya upaya kita untuk mempertahankan agama kita, bangsa kita iaitu melayu dan juga negara kita iaitu Malaysia. Tapi jangan sesekali kita menidakkan juga bangsa asing yang ada 'kerakyatan' dan 'kewarganegaraan' Malaysia ini. Mereka juga berhak dan mereka juga layak dapat apa yang telah kita sama-sam persetujui. Dan peringatan juga kepada mereka-mereka ini supaya jangan sesekali menidakkan hak-hak dan 'keistimewaan' kita sebagai penduduk asal ataupun penduduk pribumi ini.
Dan terus terang saya katakan kepada anda, bahawa saya juga sentiasa 'was-was' dan 'berhati-hati' dengan sikap 'muka dan mulut manis' mereka dari kalangan bangsa asing ini. Dan juga perasaan yang sama juga kepada umat manusia yang lain juga termasuklah orang kita sendiri. Seperti yang saya pernah katakan 'rambut sama hitam, tapi hati lain-lain'. Kita tidak tahu niat seseorang itu apa yang ada di dalamnya. Jika kita semua tahu, mungkin kita akan selamat dan polis akan senang kerjanya untuk menagkap orang-orang jahat ini.
Bukan saya ingin memperlekeh-lekehkan bangsa saya sendiri tetapi terdapat dari segelintir kita ini yang hatinya hitam, busuk, dengki-mendengki, tamak haloba dan juga 'panas baran'.Anda setuju? Ingin saya tegaskan di sini juga, Perkara2 ini juga bukan hanya pada orang melayu sahaja tetapi 'semua umat manusia' di bumi yang bersifat sementara ini. Anda setuju?
Saya percaya mereka-mereka terutamanya bangsa asing ini juga mempunyai niat serampang 3 mata yang telah dikatakan oleh saudara solaris sebelum ini. Mereka juga ingin mengusai ILMU, EKONOMI dan KUASA. Ini termasuklah Amerika dan Yahudi (Israel) yang lagi jelas 'KUASA' mereka di dunia ini. Kita lupakan kisah mereka dan lebih baik kita tumpukan hahal yang berkaitan dengan negara kita sahaja.
Tetapi... bangsa asing yang ada dinegara kita ini, mereka sebenarnya ada satu sahaja di dalam ketiga-tiga ini iaitu EKONOMI. ini memang kita kalah dan kita kene akui hakikat ini. Jangan kita salahkan mereka ini bulat-bulat kerana mereka telah berjaya mengusai ekonomi kita. kedudukan ekonomi orang melayu kita sekarang ini berada di kedudukan No.3. Jatuh satu anak tangga. Sebelum ini seperti diketahui kita berada nombor 2. Selepas bangsa Cina. Dan Hari ini kita No. 3 Selepas bangsa cina dan India. Mengapakah ini terjadi? salah bangsa asing ni kah? salah bangsa melayu inikah? ataupun salah pemimpin kita yang dahulu dan terkini yang telah membiarkan mereka dapat mengusai ekonomi negara kita ini? Mengapa kedudukan kita semakin jatuh, jatuh dan terus jatuh.
KUASA. Cuba kita lihat hari ini berkenaan KUASA yang ada dan terdapat di dalam negara kita ini. Siapakah yang Lebih berkuasa? bangsa kitakah? ataupun bangsa lainkah? Setuju kah anda bahawa saya yakin dan saya kunci jawapan saya ini bahawa KUASA masih lagi di miliki oleh orang Melayu. Kecuali saya masih kurang pasti tentang di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan ini. dan juga termasuk Sabah.Anda setuju?
Siapakah yang memegang KUASA ini? adakah mereka benar-benar 'menjadi wira' membantu dan menyelamatkan bangsa nya sendiri? Adakah mereka-merekaini berslah melepaskan segala peluang yang ada kepada bangsa asing di sini? Siapakah kita ini untuk menghadkan dan menyekat kemaraan bangsa asing ini untuk terus maju lagi kehadapan walaupun jika saudara dilantik menjadi PM? Saya juga kurang pasti samada anda dapat melakukan yang terbaik. Kerana KUASA ini besar 'alamat'nya dan sanagt 'Kuat' pengaruhnya di dalam diri seseorang itu.
Dan yang ketiganya ILMU. Inilah lah yang kita perlu perhebatkan dan juga amalkan berserta 'nawaitu' yang baik dan murni untuk 'mencari' dan terus mencari apa segala ilmu yang ada di dunia ini. Ilmu yang ada pada kita dan bangsa-bangsa lain di dunia ini sebenarnya cuma setitik air laut sahaja daripada laut-laut yang ada di muka bumi ini. Inilah dia perlu kita carik dan 'perhebat'kan ilmu itu supaya kita menjadi 'tuan' di negara sendiri. Seperti saudara saya ini yang tidak perlu saya sebutkan namanya. Dari seorang miskin hingga menjadi kaya. dan mempunyai sarikat dan kilangnya sendiri. Dan juga mempunyai seramai lebih kurang 200 orang pekerjanya dimana 80 orang daripada nya dalah bangsa asing termasuk cina, india, indonesia. Bangla tidak ada. Bukankah secara psikologinya dia adalah diantara orang2 melayu lain sudah menjadi 'tuan' di negara sendiri? Adakah anda sudah menjadi tuan kepada mereka-mereka ini saudara Pembela Negara? ataupun masih menjadi 'kuli' (bukan tengku Razaleigh) di negara sendiri? Dan berapa ramaikah antara kita yang sudah menjadi 'tuan' seperti ini?
Jika semua orang melayu menjadi 'tuan' seperti ini. InsyaAllah saya yakin melayu akan menjadi 'hebat' dan 'perkasa' pada suatu hari nanti. Itu saja yang dapat saya huraikan tentang penjelasan saudara kepada saya. Sesungguhnya saya amat menghargai 'keberanian' anda serta 'semangat' anda ini di dlam berforum dan seterusnya ingin lihat bangsa anda maju. Daripada kita memikirkan hal-hal yang berkaitan dengan mereka (bukan lagsung diam membisu jika mereka benar2 mempertikaikan hak kita secara terbuka), biarlah kita serahkan tugas kita ini kepada pemimpin yang telah kita pilih mewakili kita dalam memperjuangkan hak-hak ini. Jika semua orang bersuara maka 'alamat' tak baiklah bakal menimpa kita dan mungkin juga mereka-mereka ini. Marilah kita pikirkan bagaimana untuk kita maju kedepan, seterusnya memperbaiki kedudukan kita yang telah jatuh ini. Inilah jawapannya untuk kita jadi 'tuan' di masa depan dan dinegara sendiri.
Saya juga mendoakan semua orang melayu akan menjadi 'tuan' dinegra sendiri. Ini kerana kita semua patut menjadi 'tuan' sebab ini tanah kita dan ini juga negara kita.InsyaAllah.
Anda juga boleh membaca segala-galanya yang ingin saya sampaikan kepada semua umat melayu yang ada di serata dunia ini, melalui blog saya di : http://www.akubencipaklah.blogspot.com. Banyak yang ingin cuba saya sampaikan untuk kita saling ingat-mengingati dan bukannya untuk kita abaikan dan sengaja kita lupakan begitu sahaja. Saya minta maaf jika penulisan saya ini ada menyinggung persaan saudara dan mereka2 yang membaca tulisan saya ini.
Wassalam.
NAJIB YOU DID RIGHT?
Ijabah2u.com: Amal Jariah Dari Keuntungan E-dagang
Sebuah portal telah dibangunkan yang mempunyai hasrat untuk pembangunan ummah melalui amal jariah, yang diusahakan setelah keuntungan dijana melalui e-dagang. Yayasan Al-Ijabah telah berjaya membangunkan laman web www.ijabah2u.com, portal perniagaan dengan pembayaran menggunakan e-tunai MEPSCASH dalam MyKad.
Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak telah bersetuju untuk menjadi penaung program yang mengabungkan e-dagang, kemudahan bagi orang ramai dan amal jariah dalam satu program. Pelancaran ‘lembut’ (soft launch) telah dilakukan Sabtu 5 Julai 2008 lepas.
Selaras dengan dasar kerajaan yang menekankan ICT sebagai salah satu teknologi mesra pengguna, adanya portal Ijabah2u.com adalah tepat pada masanya. MyKad, sebagai kad pintar telah dikeluarkan sejak tahun 2000 dan pelbagai usaha bersepadu telah dilakukan bagi mempromosikan MyKad dalam penggunaannya selain sebagai kad pengenalan diri.
Dato’ Seri Najib berbangga kerana Yayasan Al-Ijabah peka dengan kemajuan teknologi dan menjadi perintis dalam membangunkan portal perniagaan untuk menampung kos operasinya. Sebahagian dari hasil transaksi portal Ijabah2u.com akan disumbangkan kepada rumah Ijabah Anak Yatim dan Al-Hafiz.
Ini merupakan projek ulung seumpamanya diMalaysia yang layak dikategorikan sebagai pembangunan ‘Modal Insan’, dimana pembangunan masyarakat diusahakan dari keuntungan perniagaan yang berpunca dari teknologi kommunikasi. My Kad mempunyai perisian MEPS Cash sediada yang membolehkan sesiapa sahaja mengunakan transaksi e-purse dengan mudah, murah dan effisyen, serta mengurangkan risiko disamun.
Wednesday, July 9, 2008
ILMU, KUASA DAN EKONOMI - Bahagian I
SOALAN :
aku pernah katakan dalam satu thread psl keupayaan org MELAYU....kalau kita nak hak ketuanan MELAYU di kekalkan, kalau kita nak MELAYU ni terus jadi tuan adalah dgn ILMU, ECONOMY dan KUASA....
Kalau tak de ilmu mcm mana nak kuasai economy,
kalau tak kuasai economy macam mana kita nak dptkan kuasa
kalau tak dak kuasa nampaknya merempat lah kita....
Semua ni bukannya datang dgn sikap akulah jaguh,akulah kuat...tak puas hati keluar parang.....zaman sekarang bukan zaman parang lagi dah zaman ilmu pengetahuan....
asas ketuanan MELAYU harus berpaksikan pada ILMU kuatkan ILMU didik anak2 supaya berilmu...jgn biar anak2 muda berpeleseran jadi mat rempit, minah bohsia, mat dadah....
Inilah agenda bangsa mata sepet, melalaikan anak muda MELAYU dgn hiburan, lepak, dadah, judi etc...anak MELAYU skrg dah termakan semua tu.....abih mcm mana???
nak salahkan pemimpin juga ke?
JAWAPAN :
Saya paham maksud saudara di sini, tapi la ni berapa orang yang salahgunakan ILMU, salahguna EKONOMI dan salahguna KUASA yang kita tengok hari ini?. Siapa mereka-mereka ini ? Adakah mereka ni orang2 yang duduk kat kampung tu menoreh getah? Adakah mereka yang duduk kat dalam hutan tu? adakah mereka yang duduk kerja kat kilang Proton tu? bukan kah kalau kita sebut 'KUASA' maknanya kita refer kepada 'pemimpin' la straigt to the point.....Bila jadi pemimpin ni mesti nak banyak 'ILMU'. Ilmu apa? ilmu matematik? Sains? Ilmu Hitam? Ilmu 'orang terbang'?, Ilmu politik? Ilmu TOTO (tolong orang tipu orang), Tapi orang kita banyak lupa dan buat-buat tak tahu tentang Ilmu 'ISLAM' ni.
Dan jgn lupa bukan hanya bangsa kita sahaja yang perlu ketiga-tiga ini. Bangsa lain juga PERLU kan ini untuk kepentingan diorang juga. bila Saya sebut bangsa mungkin dalam fikiran anda terbayangkan india, cina, pariah, hindu, hindraf, keling, sepet, babeee, dsb. Bagi saya hanya dua sahaja iaitu ISLAM dan KAPIAQ. KAPIAQ ni anda semua kenal termasuk lah dari bangsa kita sendiri pun ada. Jangan cuba nafikan semua ini. KAPIAQ ni tidak semestinya jelas di depan mata kita sahaja. Dan jangan kita lupa akan tujuan dan matlamat orang-orang KAPIAQ ni. Seperti yang saudara coretkan tadi.(sila rujuk diatas).Tetapi adakah dia orang ini 'sedar' ataupun 'berhati-hati' dengan 'hasutan' ini? Berapa ramai dari kita yang sedar dan bersikap berhati-hati ini? Tidak ada statistik yang boleh dijadikan fakta tentang kenyataan saya ini. Harap-harap anda memahami maksud saya ini. itu sudah cukup bagi saya. Ini jugalah yang mungkin menjadi punca masalah kita hari ini terutamanya bangsa yang ku cintai ini. cerita bab KAPIAQ dah habis. kita cerita bab 'ISLAM' pulak.
ISLAM itu bukan PAS, bukan PAKIDA, bukan PAKEDA, TIGA LINE, bukan JAKIM, bukan JAWI, bukan JAIS,bukan OIC, dsb. Tapi ISLAM satu ajaran dan pegangan hidup yang diturunkan oleh Allah SWT untuk seluruh manusia di bumi ini berpandukan Al-Quran dan hadis2 Sahih. (tak disebut pula "Islam Hadhari")
Dan Nabi Muhammad itu dilahirkan ke dunia ini adalah untuk memberi 'PEDOMAN', 'PEGANGAN' SERTA 'KEIMANAN' yang ‘KUAT’ kepada semua umat manusia di muka bumi ini, terutamanya untuk orang-orang ISLAM. Rasulullah s.a.w. juga di jadikan 'Role Model' ataupun 'Contoh' dan 'Teladan' yang terbaik antara yang terbaik. Tiada siapa yang boleh menandingi akan segala-galanya dengan beliau. Dan Beliau juga di'amanah'kan untuk menyampaikan 'SuruhanNya' kepada kita semua umat manusia. Itulah dia apa yang terkandung di dalam Al-Quran itu. Bukan kulitnya, bukan kertasnya, bukan tulisannya, bukan bacaannya, dan juga bukan setakat hafalan sahaja. Tapi 'Isi' nya yang 'tersurat' dan 'tersirat'.
Adakah anda para pembaca dib log saya ini sudah memahaminya dan mendalaminya. Kalau sudah Alhamdulillah, mungkin anda tidak akan tergolong dalam orang-orang yang sesat. Anda akan berjaya menjadi seorang ‘muslim’ dan ‘muslimah’ yang ‘sejati’ di sunia dan diakhirat nanti. Jika anda tergolong dalam insan-insan yang saya sebutkan ini, saya tidak perlu risau dan bingung tentang masa depan orang-orang melayu ini. Sedarkah kita semua gejala-gejala sosial yang berlaku hari ini yang anda sebutkan tadi ini merupakan ‘agenda’ ‘tersurat’ dan ‘tersirat’ dari orang-orang yang memusuhi ISLAM, iaitu orang KAPIAQ? Saya suka menyebut ‘orang ini’ dari saya tertumpu menyebut orang cina, orang India ataupun orang putih. Bagi saya mereka ini ‘kurang’ mengetahui tentang ISLAM. Tapi ‘orang ini’ amat mengetahui tentang isi kandung Al-Quran untuk mereka ‘mengkaji’ dan ‘bersedia’ untuk mereka menghapuskan orang-orang seperti kita ini yang beragama islam.
Tidak kira lah imannya nipis ataupun tebal, tidak kira ia ada haji dipangkal namanya, tidak kira ia merupakan pelajar terbaik di Oxford, dan tidak kira dia merupakan anak orang alim ulama di muka bumi ini. Kita semua di muka bumi ini sama kejadiannya yang diciptakan olehNya, yang membezakan kita adalah ‘keimanannya’. Inilahlah yang menentukan segala-galanya. Orang kita lupa tentang ini. Sebaliknya ‘iman’ mereka ini diterjemahkan melalui perbuatan sahaja seperti sembahyang lima waktu, berpuasa, menunaikan haji, berzakat dan sebagainya. Dan disamping itu juga ‘iman’ mereka ini juga diterjemahkan dengan perkara-perkara yang ‘haram’ seperti meminum arak, berjudi, berzina, rasuah, mencuri, merogol, meliwat dan lain-lain lagi seperti yang ditegah oleh-Nya. Adakah perkara-perkara ini tidak berlaku di depan mata kita? Adakah anak-anak kita tidak melakukan perkara-perkara tersebut? Adakah ibubapa kita membiarkan benda-benda ini di amalkan oleh anak-anak mereka? Dan adakah anda bebas dari perkara-perkara ini? Maafkan saya berkata demikian. Ini bukan saya yang berkata tetapi ini jugalah saya yakin antara apa yang ditegah dan terdapat dalam ajaran ISLAM kita. Kalau saya salah dan memandai-mandai berkata demikian, sila betulkan kenyataan saya ini.
Maafkan saya kerana menghuraikan lagi jawapan saudara ini supaya kita dapat sama-sama memahaminya dengan tepat tentang ‘ILMU’, ‘EKONOMI’ dan ‘KUASA’ seperti yang saudara sebutkan tadi. Saya tidak mahu menerimanya bulat-bulat kerana saya takut penerimaannya akan disalah ertikan dan dengan cepat membuat kesimpulannya. Sebab ianya terlalu general bagi saya untuk diterimanya dan perlu diperhalusi lagi maksudnya supaya kita yang berada di sini dan yang tengah membacanya dapat memahami maksud dan pendapat dari saya ini mengenai ‘ILMU’, ‘EKONOMI’ dan ‘KUASA’ ini.
Ini kerana saya mahu lihat bangsa saya ‘Hebat’ dan menjadi ‘Perkasa’ pada suatu hari nanti. Terutamanya untuk kita mempertahankan kesucian dan kebenaran tentang Islam ini di negara kita. Saya juga mahu lihat bangsa kita di pandang mulia oleh semua manusia di muka bumi ini. Inilah juga saya mahu lihat anak-anak saya sentiasa di beri pedoman dan keimanan mengenai hal ini semua di samping kejayaaan akdemiknyer yang cemerlang, kehidupan yang aman, gembira dan tentunya diredhai olehNya.
Bukankah apa yang telah kita saksikan dan dipertontonkan didepan mata kita ini seperti peperangan-peperangan yang berlaku dengan negara-negara islam masa kini dan sejak dahulu lagi. Lupakah kita ini semua? Anda tidak lihatkah, bagaimana umat islam di seluruh dunia ini di tindas, dan dibunuh dengan kejam semata-mata dengan ‘KUASA’, ‘EKONOMI’ dan ‘ILMU’ ini. Mereka di bom dan tembak hidup-hidup demi menyekat akan ‘KUASA, EKONOMI dan ILMU yang ada pada kita hari ini. Mampukah kita manandingi ‘KUASA’, ‘EKONOMI’ dan ‘ILMU’ ini dengan mereka? Saya yakin kita masih belum mampu dan tidak akan mampu menandingi mereka lagi. Dan mereka juga akan mengatasi kita atas segala-segalanya demi matlamat dan tujuan mereka iaitu memusuhi umat islam hingga hari kiamat. Mampu dan bersediakah kita ini? Tepuk dada tanya selera.
aku mintak maaf kalau aku ni terlebih pulak, tapi ini just nak kongsi pendapat aku bersama anda. klau saya salah sila tegur dan betulkan.Lagi satu saya bercakap ini bukan dari Pihak 'UMNO', pihak PAS, ataupun pihak DAP Dan saya bukan 'BEBAS'. lagi satu nak sebut, saya bukan dari ahli parti 'LIWAT'. Tapi saya cuba luahkan apa yang ada dalam hati dan pemikiran saya ini sekarang ini untuk kongsi bersama di samping untuk kita ingat-mengingati sesama kita. maaflah panjang sedikit tulisan saya ini membuat kan anda jemu dan bosan membacanya.
Sekarang ini orang-orang kita, maaf sekali lagi saya nak katakan ini, Mari kita cuba perhatikan pendidikan anak kita bermula dari bawah hingga ke peringkat Universiti..Berapa banayak mana pelajaran tentang 'ISLAM' ni diajar kepada mereka. Berapa bnayak Ibubapa yang mengajar atau mengalakkan anak-anaknya mendalami dan memahami apa itu ISLAM?
Apa yang ada dalam fikiran orang kita ni semua nak anaknya belajar tinggi-tinggi sampai masuk universiti. Kalau boleh tu sampai pi hantar ke Oxford, Cambrige, kira universiti terkenal di dunialah senang cerita. Macam ngan budak melayu sorang ni yang telah aku gelarkan 'Malay Super Hero' di posting sebelum ini. Lihat begitu dasyat dan berani dengan 'KUASA' yang di milikinya ini. Saya berharap semua orang dapat mencontohi 'Malay Super Hero' kita ini. Dan tidak juga lupa dengan 'kebijaksanaan' bapa mertua super hero kita ini. Inilah contoh dan 'role model' untuk kita contohi bersama-sama. Seperti apa yang saudara sarankan dan pertikaikan di akhir solan saudara itu.
Ada tu pulak yang hantar anak sekolah 'cina', sekolah ‘orang putih’ ataupun 'international school'. Adakah matapelajaran 'ISLAM' itu diajar kepada mereka. Melainkanlah ibubapa nyer memastikan anak-anaknya mendapat kedua-duanya. Niat ibubapa memang baik. Tapi anak kita itu esok yang akan menentukannya tuhan mana yang dia hendak ikut. Kita hanya mampu berdoa dan berserah sahaja. saya minta maaf sekali lagi, jika tulisan saya ini menyinggung perasaan anda. Ini juga menjadi peringatan kepada saya.
Aku suka dan bangga sebenarnya orang kita sampai belajar luar negara dan ini sudah menjadi trend masa kini. Klau kat planet marikh tu dah ada universiti, kompom aku dia orang akan hantar anak mereka kat sana. Terus terang aku tak jelous langsung kat mereka2 ini, Sebab aku juga tergolong dari salah seorang lulusan universiti luar negara, beza nya aku menuntut di belajar di negara sendiri. Alhamdulillah tercapai juga cita-cita ini. walaupun hajat tak sampai nak juga kesana.
Tapi cuba anda bayangkanlah jika sudah ada duit, sudah banyak harta, sudah, ada kuasa, dan sudah ada ilmu, kalau ajaran islam nyer kurang, imannyer nipis, saya percaya hancur bangsa, hancur negara. Tidak sempat kita untuk mengusai ketiga-tiga perkara yang anda sebutkan itu. Kerana hari ini manusia terlalu sibuk mengejar harta dunia dan pangkat semata-mata. Bagi mereka inilah perkara utama atau cita-cita yang perlu ada dalam diri mereka. Jika ini semua sudah dapat, akhirnya mereka ‘jadi lupa’ hingga sanggup bertuankan ‘Syaitan’ dari tuhannya sendiri. Merak jadi lupa…lupa….lupa…..Maafkan saya sekali lagi dengan kata-kata saya ini yang menyinggung perasaan pihak-pihak tertentu.
Inilah mungkin maksud Tun Dr Mahathir kepada kita semua bahawa 'Melayu Mudah Lupa'. Tapi itu dulu Tun Dr Mahathir berkata. Tapi hari ini saya nak berkata 2 perkara tentang melayu ini ialah bahawa "Melayu Sudah Lupa" dam "Melayu Buat-Buat Lupa". Kepada "MELAYU YANG TIDAK LUPA" - Kamu merupakan "Melayu Yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang" - ini kata bapak super hero kita iatu Pak Lah sendiri. Tapi bagi aku Pak Lah ni hanya pandai berkata-kata tapi 'Penyediaan' dan 'Perlaksanaan' nya masih lagi kosong semata-mata. Adakah Pak Lah sudah Lupa? Ataupun Pak Lah Buat-Buat Lupa? Jawapan ini hanya ada pada Pak Lah dan menantunya serta anaknya. Ataupun cuba tanya kepada mereka sendiri?
Maafkan saya saudara kerana tulisan saya ini agak panjang untuk saya ulas berkenaan dengan 'perdebatan' kita sebelum ini. Saya juga banyak belajar daripada 'perdebatan' kita ini untuk kita sama-sama mencari kebenarannya. Saya tidak menganggap saudara ini musuh ataupun lawan saya. Dan saya juga tidak menujukan kepada saudara semata-mata. tetapi untuk kita kongsi bersama rakan-rakan yang lain di sini. Yang mana baik itu datang dariNya dan yang buruk dan tak baik ini datangnya dari saya. Saya hanya manusia biasa seperti anda. Saya juga bukanlah orang yg tinggi ilmu agamanya, bukanlah ustaz, bukanlah haji, bukanlah imam dan bukannyer bilal pun. Saya hanya jemaah biasa di bahagian saf yang pertama dari belakang. Selepas tangga masjid kampong medan.
Untuk pengetahuan anda, saya juga ada menulis sedikit tentang isu-isu melayu ini di blog saya iaitu di http://www.akubencipaklah.blogspot.com/. Jika ada masa masuklah, kalau tidak masuk pun tidak mengapa.
Melayu Akan Mengemis di Bumi Sendiri - Part II
Melayu Akan Mengemis di Bumi Sendiri - Part III
Memperhebat dan Memperkasakan Melayu
Pesanan Brader Bro Untuk Semua Orang Melayu - Bahagian 1
Pesanan Brader Bro Untuk Semua Orang Melayu - Bahagian 2
Pesanan Brader Bro Untuk Semua Orang Melayu - Bahagian 3 (akan datang)
"SELAMAT MEMBACA"
KHAIRY JAMALUDIN (BN-REMBAU) - "MALAY SUPER HERO"?
Dia ini lah 'Malay Super Hero' Melayu kita yang ada dan sungguh 'berani' pada hari ini. Inilah salah seorang pembela dan penyelamat Melayu yang kita ada hari ini. Kau orang tengok berapa berani nyer dia mempertahankan hak melayu khususnya kaum bumiputera di malaysia ini. Saya merujuk berita yang terdapat di muka depan Utusan Malaysia semalam bertajuk "Agong diminta campur tangan, hak bumiputera makin terhakis" (Klik Sini Untuk Baca!)
Korang tengok lagi betapa beraninya dan lantangnya dia menyuruh Yang Dipertuan Agong (YDPA) untuk masuk campur tangan mengenai hak-hak bumiputera semakin hilang dari bumi malaysia sini. Dasyat bro! tak payah hantar memorandum bro! main cakap jer... tu yang gempak yang ada kat 'Malay Super Hero' ni. Sungguh respek aku bro. korang tengok mana ada lagi orang melayu lain, para pemimpin yang berani bersuara macam tu. masing-masing semua happy dan gembira di alam fantasi masing-masing bro, termasuk aku ni.
Mengapakah dia tidak menyampaikan hasrat nya itu melalui bapak mertuanya? Ataupun adakah bapak mertuanya memberikan arahan supaya memberitahu YDPA tentang masalah bumiputera hari ini. Ataupun Bapak Mertuanya sudah tidak mahu dengar cakap menantunya yang sombong lagi bodoh ini? Ataupun hubungan mereka sudah retak menanti belah?. Entahlah aku sendiri pun tidak tahu apa masalah mereka berdua ini. Keranan sejak akhir-akhir ini, semenjak menjadi 'wakil orang-orang rembau' ni dia begitu lantang 'mengkritik' dan membuat 'cadangan' yang sangat bernas demi kepentingan orang-orang Rembau.
Orang-orang Rembau semuanya membantu membawa dia dari seorang ahli UMNO biasa kini akhirnya menjadi kepujaan hati orang 'malaysia' amnya. Sudah menjadi tanggungjawab beliau untuk membalas jasa-jasa orang Rombau ini dan akan diingati oleh beliau hinggalah ke akhir hayat beliau. Sekarang dengan adanya 'Malay Super Hero' ini, para pemimpin atasan sudah tidak payah bekerja keras lagi untuk membantu dan menjaga kebajikan rakyat. Mereka juga tahu bahawa kredibiliti 'Malay Super Hero' ini tidak ada tolok bandingnya lagi. Tugas Ketua Pemuda UMNO juga menjadi ringan, hasil dari berkat kesungguhan dan keberanian beliau ke depan untuk 'memperhebat' dan 'memperkasakan Melayu'. Terutamanaya kepada Pemuda-pemuda harapan bangsa. Ketua Pemuda tentu berasa bangga dengan kehadiran 'Malay Super Hero' ini dikala orang-orang melayu sekarang ini dihimpit dengan berbagai-bagai tekanan yang meruncing.
Tindakkan dia bersuara pada YDPA ni yang paling aku respek giler. Tidak melalui Presiden UMNO, maknanya dah kira melebihi "suara Pak Lah" sendiri. Tak Payah hantar surat rasmi kepada YDPA, kiranya macam kes Tun Salleh Abas dengan YDPA dulu. Di mana menurut kenyataan Tun Dr Mahathir di dalam blognya menyatakankan bahawa Tun Salleh Abas telah megutus surat kepada YDPA dulu kerana marah dan tidak puas hati berkenaan 'kerja-kerja renovation' yang sedang berjalan di kawasan istana dan berhampiran pula dengan rumah Tun Salleh Abas ini. Sila rujuk BlogTun Dr Mahathir untuk keterangan lanjut. Maksudnya di sini , Punya ada respek lagi Tun Salleh Abbas dengan YDPA dan sebagai hakim 'terhebat malaya' telah mengutus surat secara 'gentlement'. Tapi bagi saya 'Malay Super Hero' ini lagi 'gentement' rupanya. Dengan melalui akhbar harian sahaja. Berapa ramai kah umat manusia di Malaysia ini membacanya? Dan berapa ramaikah umat manusia yang membaca Surat Tun Salleh Abas itu?
Itulah begitu dasyatnyer 'Kuasa' yang ada pada 'Malay Super Hero' kita ini. Dengan adanya 'Kuasa' yang 'luarbiasa' itu, dialah melayu paling hebat abad ini yang sedang ada di negara kita selain Perdana Menteri kita sendiri. Dia juga tahu bapak mertuanya dilanda bebarapa simton sakit tua dan terlalu lemah untuk beliau menjaga dan mengurus semua harta negara. 'Malay Super Hero' ini sepatutnya layak di ketengahkan dan seterusnya nanti dapat menggantikan bapa mertuanya sebagai PM ataupun presiden UMNO. Lagipun 'banyak' orang yang suka dan bangga dengan 'Malay Super Hero' kita ini. Jasa-jasa beliau kepada orang melayu terutamanya orang-orang kek rombau itu sendiri tidak dapat dinilaikan dengan wang ringgit.
Inilah apa yang saya gelarkan 'Malay Super Hero' di tajuk posting saya ini. Sebagai rakyat biasa dan yang kerdil ini dan berapa kerat sangatlah yang nak membaca tulisan dan cerita di blog saya ini hanya dapat meluahkan apa persoalan dan 'pemerhatian' dan 'rasa' dari naluri hati saya ini untuk saya kemukakan di blog saya ini. Kepada mereka yang sudi mengunjungi dan membaca tulisan-tulisan saya ini , saya ucapkan berbanyak terima kasih dan saya sedia menerima sebarang pandangan dan pendapat bagi membetulkan apa yang saya rasa tidak betul.